Monday, August 25, 2014

NOVEL - DIA CINTA YANG KU CARI BY REHAN MAKHTAR

Assalamualaikum..

Jom kita sambung review novel yang kedua Ummi beli bersama dengan novel Seteguh Fayqa. Penulis Rehan Makhtar atau RM bukanlah asing dengan novel yang pastinya akan menitis air mata. Ummi ada beberapa buku penulis. Penulis ni sangat pandai bermain kata2. Dah lama Ummi follow blog dia dan setiap cerita tak menghampakan. Cuma bila dah terlalu banyak baca di blog, mula la nak skip bahagian depan. Ni yang jadi masa Ummi baca buku ni. Tapi insyaallah sikit masa lagi Ummi baca dari awal sampai habis. Maklumlah nak tau apa kesudahan novel ni. Tu yang skip banyak tu. Hahhahaha...

DCYKC

Tajuk: Dia Cinta Yang Kucari
Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM 24 Semenanjung
           RM 27 Sabah & Sarawak

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH.  Pada LUTHPAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYEDLUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya.      

“Aku tak rasa aku cinta dia.  Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut.  Payah nak singkir…” -FAREED AL-FATTAH

PAYED dalam penafian.  LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu.  Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri?

“Awak pada saya seperti air laut.  Semakin saya teguk, semakin saya kehausan…”  - FAREED AL-FATTAH

Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar, PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman.  PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah.    

“Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak, ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap?”  - LUTHFIYA

Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan, PAYED menyambut dan menggenggamnya erat. 

“Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni...” - FAREED AL-FATTAH

Namun, perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH, adiknya sendiri.  PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.

“Aku nak yang macam Luth.  Fiya, Lee. Luthfiya.  Bukan Fina.”- FAREED AL-FATTAH

Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar.  Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan.  KetenanganLUTHFIYA, kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya.  Dia perlukan LUTHFIYAuntuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji. 


Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?

KOMEN UMMI

Cerita ni straight forward je. Lutfiya atau Luth gadis yang cekal dan tabah. Dikagumi oleh ramai orang kerana bijak, pandai. Tapi didendami oleh kakak sendiri sehingga menyebabkan kecacatan. Kerana kecacatan tu Luth lebih suka menyendiri.

Fareed Al Fattah atau Payed seorang kaki perempuan dan sukakan perempuan yang cantik. Syarat kawin yang dikenakan kepada ibunya "kalau nak suruh Payed kawin, pastikan perempuan tu cantik". Tapi senakal2 Payed tak pernah pulak bawa perempuan sampai ke katil.

Pertemuan pertama di rumah Payed sebab kedua family berkawan baik sebenarnya. Tapi jumpa pun hujung2. Bila Luth pergi interview, rupanya2 syarikat milik keluarga Payed. Tapi tertukar jawatan bila Luth minta jadi akauntan tapi dapat jadi PA Payed. Mulalah Payed ngan perangai nakal dia.

Bila kedua family nak satukan anak2, Luth ingat dia akan kawin dengan Palee, adik Payed. Payed pun ingat benda yang sama. Frust jugak sebab dia kalau boleh nak kawin ngan Luth tanpa mengetahui kecacatan Luth. Rupa2nya Luth kawin ngan Payed. Payed suka, Luth pun suka tapi tak lah ditunjukkan. Malam bila kecacatan Luth terbongkar, Payed balik rumah sendiri. Mulalah sengsara hidup seorang isteri bernama Luth.

Luth tak kisah jika berpisah sebab dia tahu dia cacat. Payed makin lama makin sayang plak ngan Luth yang sangat baik. Kedua family ingat diaorang still gaduh menyebabkan ayah Payed tampar Payed. Payed merajuk dan bawa diri. Sebenarnya Payed dah mula nak terima Luth.

Payed accident malam dia merajuk dan patah kaki. Doktor kata dia lumpuh. Dan bermulalah episod sedih antara Luth dan Payed. Sorry lah Ummi memang emo sikit, sure nangis baca novel ni.. Kesetiaan seorang isteri teruji tapi Luth yang tenang, Luth yang tabah dan Luth yang sentiasa ada bersama suaminya. Payed yang berputus asa, Payed yang sedikit demi sedikit mula menyayangi Luth.

Bila Luth pengsan sebab terlalu letih menjaga Payed, barulah Payed berani nak bagitau Luth yang dia sebenarnya sayangkan Luth. Luth berjaya bawa Payed menemui cinta kepada Allah dan cinta antara diaorg berdua. Sweet.. RM memang jenis penulis yang gaya bahasanya sangat berbunga. Walaupun cerita ni nampak ringkas aje tapi olahan bahasa tu yang tak boleh tahan. Ummi suka...

Jangan risau happy ending. Ummi tak baca buku sad ending sebab nanti down berhari2.. 

2 comments:

  1. Fiya tu cacat yg mcm mne? N sape yg fiya rindu sngt tu?? Hehe..curious la plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cacatnya tak nampak kalau pakai tudung. Tapi mengerikan bagi orang yang melihat. Cacat kat pipi, kesan luka berjahit terkena kaca. Ala.. macam lipan gitu.. ni kena beli buku baru tau details.. Fiya rindu mak dia.. hahaha bocor rahsia

      Delete