Sunday, August 24, 2014

NOVEL - SETEGUH FAYQA BY HANINA ABDULLAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Jumaat lepas berjaya membeli dua novel yang Ummi nak sangat2 tau penghabisannya macam mana. Dua-dua novel ni best. Ok jom kita review cerita Seteguh Fayqa dulu. Hanina Abdullah bukan la penulis yang asing lagi. Cerita penulis ni tak pernah menghampakan. Menarik dan selamba aje. Bila sekali baca rasa nak baca bab2 yang seterusnya. Gaya bahasa yang bersahaja. Buku pertama penulis 'Projek Memikat Suami' dan yang kedua ' Kisah Naz dan Khalish'. Yang ini lebih kepada kekeluargaan. Betapa bertuahnya ada adik beradik yang sangat ramai dan rapat.

Buku: Seteguh Fayqa
Penulis: Hanina Abdullah
Penerbit:Penulisan 2 u
Harga: RM 29 Semenanjung
            RM 32 Sabah/Sarawak

Seteguh Fayqa
FAYQA LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang misteri, tersadai di rumah kawan baiknya kerana terlibat dalam peristiwa hitam yang menimpa kawan baiknya, Dzahim. Hidup di bawah satu bumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa kehilangan keluarganya sendiri.
 Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang Fayqa menjadikan hidupnya lintang-pukang. Dzariff ataupun digelar sebagai jeneral sengal sering mengganggu hidupnya dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh dapat bertahan dengan sikap sengal si abang.
            “Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” - DZARIFF
            “Sorry. Mulut awak tak ada insurans.” - FAYQA 
Jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir. Lalu bermulalah kehidupan yang manis namun tetap­­ tidak dapat lari daripada dugaan yang melanda.
             “Saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya tak tuduh sesiapa pun. Yang saya nampak, awak yang beria-ia hendak lindungi orang itu. Kenapa?” - FAYQA
            “Faye, can you hear what you are saying? Inilah sebabnya abang suruh Faye move on. Sekarang Faye curiga pula dengan abang, tuduh abang nak lindungi orang tu. Faye nampak tak negativity breeds more negativity.” - DZARIFF
Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu, tidak pandai bersangka buruk. Namun apabila satu peristiwa hitam menimpanya, dia sedar dia perlu bertindak. Berserah? Tidak sama sekali apabila kebahagiaan rumah tangganya menjadi taruhan. Akal digunakan untuk mengelakkan sebuah kehancuran.
  Apabila orang tua berikan nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh mana Fayqa dapat bertahan?

KOMEN UMMI
Suka baca. Meh Ummi ceritakan sedikit apa yang berlaku dalam novel ni.Fayqa atau nama penuhnya Fayqa Lara Lyana seorang gadis yang duduk sendiri di KL. Tegas dan ala2 awek brutal. Berkawan rapat dengan 3 pemuda - Dzahim , Pa'an dan Deng. Kerja part time sambil belajar. Kereta kancil diberi pinjam oleh Dzahim sebab kesian pada Fayqa yang kena hujan bila balik keje malam2. Fayqa lah yang bantu ketiga2 balak ni buat assignment. Tapi persahabatan diaorang memang terbaik la..Sape susah, ada aje yang akan menolong.
Dijadikan cerita Dzahim kena pukul dengan mat motor dan Fayqa yang selamatkan. Masuk hospital dan kena pembedahan jugaklah si Dzahim. Bermulalah episod Fayqa jumpa si sengal as known as Dzariff abang kepada Dzahim. Arahan si sengal semua kena ikut menjadikan si sengal Jeneral pulak. Fayqa tak dibenarkan balik ke rumah sewa sbb takut kena belasah ngan mat motor tadi. Jadi duduklah Fayqa di rumah Dzahim.
Bila Dzahim dan sihat, mak ayahnya nak hantar belajar ke UK. Janji ngan Fayqa maka Dzahim pun pergi. Fayqa lak sambil belaja keje ngan Dzalia kakaknya si Dzahim.. Sebenarnya Fayqa ni ada mak yang jadi isteri no 3 seorang Dato'. Bila dah asyik gaduh ngan jeneral sengal, Fayqa lari dan balik ke rumah maknya.
Masa abang tiri Fayqa propose Dzalia, si jeneral sengal pun propose jugak Fayqa. Terkejut beruk si Fayqa. Dan akhirnya dia terima jodoh yang kata maknya dah sangat baik. Lepas kawin, si jeneral sengal jadi si jeneral sweet. tapi Dzariff ni gila kerja. Dunia dia kerja aje sampai Fayqa rasa tersisih.
Fayqa kena culik. Dapat jumpa tapi jeneral sweet kata Fayqa trauma bila dia insist nak tau sapa yang padamkan log call masa dia kena culik. Maka merajuk panjanglah si Fayqa.. Dan jenuhlah si jeneral sweet nak pujuk. Nasib ada adik beradik yang super sporting bagi galakan pada si abang nak pujuk kakak ipar tersayang.
Fayqa geram bila Dzariff melebihkan business partner as known as Miss Mushy Puhsy. Yang Miss Mushy Puhsy plak memang ada hati ngan Dzariff. Dia harap Dzariff akan jadikan dia isteri walaupun isteri no 2. Dzariff kata no, isteri dia cuma Faye sweetie. So bila Miss Mushy Puhsy propose kat Dzariff nak jadi bini no 2, terbongkarlah rahsia yang dia padamkan log call. Sikit punya marah Dzariff sampai Miss Mushy Puhsy diminta letak jawatan.
Bila Miss Mushy Puhsy takde maka amanlah keluarga mereka. Itu aje.. Belilah dan bacalah cerita ni. Kisah kekeluargaan yang menarik untuk dibaca. Tidak lupa kisah si suami yang gila bekerja dan tak kisah apa yang isteri rungsingkan. Berkawan boleh tapi berpada2. Kita ingat sekadar berkawan tapi orang tu ingat lebih dari itu. Mana boleh lelaki dan perempuan berkawan baik sangat sebab mesti ada sesuatu di antaranya.. Best bila Fayqa si brutal jadi Faye sweetie dan Dzarif si jeneral sengal jadi jenaral sweet. 


No comments:

Post a Comment