Alhamdulillah.. masa memberi ruang kepada Ummi untuk terus menaip sesuatu di sini. Azam baru iaitu satu hari satu post. Harap2 berkekalan lah hendaknya. Melainkan ada sesuatu yang tak dapat dielakkan. Insyaallah dalam masa 2 tahun akan datang ni, Ummi lebih relax dalam busy. Camne tu? Ermmm.. Harap2 perkara yang lebih baik akan berlaku di masa akan datang. Dah penat memendam rasa dan mengutamakan orang lain sampai diri sendiri pun tak dipedulikan. Ok, masa untuk new handbag, new shoes, new hobbies and of course new novels...
Berderet novel nak kena beli. Tapi tak tau la kenapa akhir2 ni Ummi excited nak beli novel tapi bila beli malas nak baca dari mula sampai habis. Ummi baca yang mana last Ummi baca kat blog. Takde feel. Harap2 ada novel yang boleh membuatkan Ummi mula dari bab 1.
Ni senarai novel yang telah beli dan hendak beli.. Belum betul2 habis baca so tak boleh nak review kat sini lagi.. Lately baca novel yang rasanya dekat di hati or penulisnya menulis kena ngan jiwa Ummi. Fuh... jiwang lak..
Yang dah beli
1. Lelaki sedingin dia by Syah Shah
2. Aurora hidupku by Arin Arida
Yang mesti beli
1. Temu duga Cinta by Ridhya Iman
2. Seteguh Fayqa by Hanani Abdullah
3. Dia Cinta Yang Ku Cari by Rehan Makhtar
4. Jujurlah.. Nikahi Aku by Umie Nadzhirah
THE UNSUNG HERO WIRA YANG TIDAK DIDENDANG BY MELUR JELITA. Karya Seni keluaran September 2014.
OK.. Selamat mendapatkan novel terbaru dan selamat membaca..
No comments:
Post a Comment