Monday, January 3, 2011

KUIH KETAYAP

Petang semalam Alissa bersungguh2 ajak buat kuih. Kebetulan kelapa buat kuih buah melaka masih ada. Dan dah siap buat inti pun. Manalah tau nak buat kuih atau apa. Mmmm memang teringin nak makan kuih ketayap or kuih balak. Tambah lagi resepi ni takde telur. Mmg nak cuba. Kalau ada telur, kureng skit nak buat. Resepi masih lagi kredit to chef hanieliza. Mudah dan senang. Mcm dalm buku dia yg terbaru 1 hari 1 resepi. Mesti jadi punya. Setakat ni semua pun menjadi. Alhamdulillah........

Ni intinya. Resepi kat bawah ye......

Nilah cara-cara nak buat kuih ketayap or kuih balak. Semua bahan di campurkan dan ditapis. Supaya tak berketul2.

Lenserkan kuali ngan skit minyak. Ummi pakai non stick pan. Mudah gitu. Letakkan dua senduk kecil adunan.
Ratakan dengan menggoyang2kan kuali sehingga adunan nipis.

Tunggu sehingga adunan menjadi pucat. Nampak tak macam gambar kat atas. Dah takde putih2 gitu.
Letakkan inti kelapa di dalamnya. Gulungkan.

Beginilah hasilnya setelah digulung. Jangan lupa lipat di bahagian kiri dan kanan. Seperti nak buat popia.
Tadaaaa.. Inilah hasilnya. Amacam terliur tak kuih ni. Senang aje dan sangat sekejap nak buat. Eden pun tak kuasa nak buat kuih remeh temeh. Malas den....
Ok.. Ni bahan-bahannya
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air pandan (blender 7-8 helai daun pandan)
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan santan * boleh juga nak guna susu segar
-3 sudu makan minyak masak
- sedikit pewarna hijau * Ummi tak letak sebab takde. Tapi jadi gak warna hijau cuma kurang terang la
Ni bahan2 untuk inti
- 1 cawan kelapa parut
- 1/2 cawan gula merah
-1/2 cawan gula pasir
-1/2 cawan air
Cara2nya
-Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
- Kacau sehingga sebati dan masakkan sehingga airnya sedikit kering.

Cuba jangan tak cuba.. Ingat petang ni nak buat kuih cucur udang. Rajin ke malas? Kalau rajin nanti Ummu tepek resepi ye...

No comments:

Post a Comment