Inilah rupanya ikan bakar yang Ummi buat. Bakar dengan aluminium foil. Senang nak makan sambalnya. Ala ikan bakar ala portugis gitu. Teringat dulu2 suka makan ikan bakar ala portugis kat Mid Valley. Ntah ada lagi or tak. Tapi kalau ke Mid Valley makannya mesti di situ.
Bahan untuk dikisar
-1 labu bawang besar
- 3-4 ulas bawang putih
- 15 tangaki cili kering
- 1 sudu teh serbuk kunyit
Bahan lain
-4 ekor ikan kembung
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- 5 biji bendi (dihiris nipis)
-2 batang serai (diketuk) * tapi Ummi tak letak pun, tertinggal dalam sinki
- sedikit air asam jawa
- sedikit garam
Cara-caranya
1. Kisarkan bahan-bahan untuk dikisar. Untuk lumutkan biji cili, masukkan sedikit minyak semasa dikisarkan.
2. Masakkan bahan2 yang dikisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan garam.
4. Letakkan ikan di atas aluminium foil dan ratakan dengan bahan2 yang dimasak tadi. Letakkan tomato dan bendi.
5. Lipat aluminium foil dengan cermat.
6. Masak di atas kuali leper selama 10-15 minit. *Kalau lama sangat takut hangit pulak
7. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit tu Chef Hanieliza atas resepi di atas. Resepi asalnya banyak lagi bahan2 lain tapi Ummi dah ringkaskan sebab takde bahan2nya. Belasah apa yang ada aje..
No comments:
Post a Comment