Sunday, June 29, 2014

FIRST DAY PUASA

Assalamualaikum...alhamdulillah tamat sudah hari pertama puasa. Azam tahun ni kurangkan beli makanan di luar. Dan memandangkan hari pertama puasa jatuh pada hari Ahad, jadi marilah kita memasak. sebenarnya tekak pun  tak lalu nak makan makanan kat luar. walaupun masak biasa2 tapi ok jugak. Menu ari ini ialah roti jala dan kari ayam. ada juga cekodok pisang dan nasi goreng. tidak lupa ayam pop corn..air sirap bandung dan teh songkek perisa strawberry.. alhamdulillah kenyang.. pagi tadi masa sahur under estimated nasi. konon tak nak masak lagi ,ingatkan cukup. sekali ummi makan ayam goreng 2 ketul dan sedikit mushroom soup. huhuhhu. nasib baik minum ephrya. tahan lapar..  nampaknya nak kena kurangkan makan dengan cara macam ni.. bagus juga...

Friday, June 27, 2014

FUN FAIR

Assalamualaikum..

Ummi pernah pergi Fun Fair sekali aje seingat Ummilah.. Memang pergi nak bersuka ria jelah. Tu namanya menghabiskan duit. Sekarang time anak2 plak yang excited bila tengok macam2 game..Ni citer benda dah lepas. Fun Fair dah habis ok. Dah nak puasa pun. Ummi baru nak upkan citer pasal ni. Biasalah peram dulu citer ni. Bila rajin baru dok nak menaip.

Dijadikan cerita, budak2 ni nampak mainan yang berpusing2 tu. Jadi masing2 nak cuba. Ummi OKkan aje. Tapi nak suh Mr Kingshah bawa memanglah satu masalah. Orang tak suka nak layan mainan cenggini. Tapi ari tu dia ok plak. So jom kita..

1 token = RM 2. Ambik ko tukar duit sampai RM40. Yelah nak naik benda yang pusing2 tu aje dah sekian duitnya. Tapi layan jelah. Bukan selalu. Sebenarnya dalam hati kalau Mr Kingshah tak nak naik, takpe.. Ummi bawa aje budak2 tu. Muka excited and Ummi pun happy.

Ni namanya balloon wheel. Ummi sebenarnya gayat.. Tapi layan jelah. Alissa naik ngan Mr Kingshah. Ummi naik ngan Adriana. Huhh.. bila dia buat pusingan, rasa cam tak nak duduk kat seat tu. Hahaha.. apa kaitan?

Sempat lagi Alissa menyibuk di situ...

Layankan budak2 naik train. As usual 5 pusingan dia berenti..

Lagi... Mak bapak pun ada yang naik sekali. Udahnya anak2 sapa nak pegang

OK jom pusing plak... Diaorg memang enjoy ler...




 Nak bawa pergi Genting, theme park under renovation. Tunggu siap ye anak2. Pastu kita apa lagi.. Jom main2. Sambil nak balik umah Mak Ngah kita tido dulu kat Genting satu malam. Bila nak buat camni? Tunggu ajelah satu hari nanti.

Yelah, nak ikut perangai Mr Kingshah tu, hura hara betul. Ummi lebih suka plan sendiri. Kalau nak, ikut.. Kalau tak nak, boleh tunggu ye..








PUASA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, lagi sehari kita akan berpuasa. Tahun ni 1 Ramadan1435H jatuh pada ari Ahad bersamaan dengan 29 Jun 2014 iaitu ari Ahad. Ermmm bolehlah memasak sendiri untuk buka puasa. Takut nanti bila ari keje dah tak sempat nak masak. Sampai rumah pun dah pukul 6 lebih. Alissa balik awal dalam kul 5.35 petang.

Sekarang Ummi prefer masak dari beli. Tapi ada hari malas, beli jugak. Cuma bila dah selalu beli rasa muak pulak. Bulan puasa pun bukan makan banyak. Satu lauk dengan nasi dah cukup. Tapi tulah, nafsukan. Bila pergi pasar Ramadhan mulalah nak beli macam-macam. Nafsu belaka...

Ummi ingat lagi tahun Ummi tengah diet. Hari2 makan bihun sup ok. Tak pernah rasa muak. Sedap aje. Dan sepanjang bulan puasa tu tak makan nasi langsung. Ok, tu extreme diet ok. Sahur minum 3 in 1 nestum chocholate tu. Masa tu makan jamu. Tu aje. Tapi boleh tahan sampai petang. Ummi plak keje kat office asyik bercakap aje tapi boleh tahan lapar gitu.. Ok, yang tu berbaloi sebab within 2 months boleh kurang 8kg.. Sekarang, uwaaaa perut rasa pedih kalau lambat makan.. Camne nak diet ni..

Dan teringat juga masa sekolah dulu. Nak tunggu buka puasa melepek terus. Sampai isi air dalam plastik lepas tu tuam kat muka dan badan. Huhuhu memang tak tahan. Hari2 camtu. Tapi dah tua2 ni, ok aje. Makan memang dah kurang cuma berat tu macam liat lak nak turun. Tak tau lah exercise macam mana boleh bagi turun.

OK, Ummi cuma nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Ampun maaf ye kalau ada tersilap kata dan bicara, terkasar bahasa, tersalah fizikal dan sebagainya. Semoga kita dapat menamatkan Ramadhan ini dan dipanjangkan umur untuk menyambut Syawal... Dan semoga berjumpa Ramadhan pada tahun2 yang akan datang..


Sunday, June 15, 2014

ORGANIZING - ALAT TULIS

Assalamualaikum..

Dah lama tak adakan sesi kemas mengemas. Hari2 pun kemas tapi xdelah yang xtreme.. Tapi ari ni nak kemas alat tulis. Geram ngan Alissa yang suka sepahkan alat tulis. Merata2 dia letak barang2 sekolah. So Ummi decide untuk letak semua alat tulis dalam bilik Ummi dan hanya tinggal skit kat Alissa untuk kegunaan harian. Dah habis baru top upkan... Mcm tepon plak bunyinya...

Tempat letak alat tulis Alissa, Ummi gantungkan. Tak ambil gambar plak. Lebih kurang camni..

https://www.alejandra.tv/wp-content/uploads/2012/09/HangingGiftBagOrganizer.jpg
Nilah bendanya.. Letak alat tulis dalam compartment tu

paper clip masuk dalam bekas kecil (beli yogurt)

Macam ni...

Pin kertas ni pun sama..

Masukkan dalam bekas....

Ambil laci berdrawer camni.. Asalnya memang simpan alat tulis tapi masih banyak yang letak merata2... Jadi nak selaraskan kat satu tempat. Bila nak tak payah sibuk2 nak cari..
Bahagian bawah sekali.. Puncher, stapler dan bullet.. Stapler je ada 4-5. Puncher lagi dahsyat sampai 7-8. Ni hasil kemas barang mak mertua ok. Ummi pun adalah satu sebagai syarat aje..
Bahagian atas - water color, pemadam, pisau Mr Kingshah masyallah ada 7-8 jugak dan pen yang boleh ganti ink
Bahagian tengah - semua benda yang telah dimasukkan dalam bekas kecil dan stamp pad..
Label sementara.. Insyallah nanti Ummi buat label cantik2 ye...
Pandangan atas.

All the tape masukkan dlm bekas yang Ummi dah siap2 balut....

Letak dalam rak buku. Tape terpaksa di sengetkan sebab tak cukup ruang. Harap2 lebih mudah nak cari alat tulis lepas ni....
Tu aje yang nak dikongsikan.. Sampai jumpa lagi.......

KEK BATIK

Assalamualaikum..

Kek batik pula.. Tiba2 teringin nak makan kek batik. So jom ke Mydin cari bahan2nya ok.. Ok semua dah ada. Resepi Ummi ikut blogger ni SINI.  Ummi nak buat kek yang mudah dan ringkas. Setelah dijenguk2 blog yang ada, resepi Cikepal ni yang paling ringkas..

BAHAN-BAHAN
- satu ketul butter (250gm)
- 1 paket milo kecil
- 1/2 tin susu pekat
- 1 bungkus biskut marie
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
1. Masukkan butter, milo dan susu pekat dalam kuali atau periuk. Kacau rata. Jangan sampai berketul. Masukkan juga esen vanilla
2. Apabila sudah sebati, masukkan biskut marie yang telah dipatah2. Kacau rata.
3. Angkat dan masukkan ke dalam loyang. Tekan supaya menjadi padat.
4. Sejukkan dan potong bila dah sejuk.

butter, susu pekat dan milo
Masukkan biskut marie dan kacau rata
Dan lagi.......
Tada.. sudah siap ditekan..
Senang je kan.. Ada dlm fridge lagi. Esok kena potong dan simpan dalam bekas. Horay.. siap satu resepi. Masih menunggu untuk buat kuih bunga cina. Anak2 dah merengek nak buat kuih bunga cina. Adriana kata kuih cina. Tak dapat buat ari ni sebab tak cukup plak tepung jagung. Ok esok kita buat ye. Janji...

Saturday, June 14, 2014

DUMPLING UDANG BERGORENG

Assalamualaikum..

Wah.. Tajuk cam gah aje. Ummi guna kulit wantan untuk buat dumpling goreng. Isinya ialah udang.

BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor udang sederhana besar - dibuang kulit
- kulit wantan
- sos tiram
- garam secukup rasa
- serbuk perasa @ perasa secukup rasa
- minnyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Potong udang yang telah dibuang kulit dan dibersihkan.
2. Masukkan sos tiram, garam dan serbuk perasa@perasa secukup rasa
3. Kacau udang 
4. Letakkan atas kulit wantan. Lipat
5. Goreng sehingga kekuningan

Udang dipotong dan dicampur dengan sos tiram, garam dan perasa
Letakkan atas kulit wantan. Sapukan sekeliling dengan air. Lipat..
Beginilah rupanya sebelum digoreng
Dan lagi.. Kemekkan aje di bahagian atas tu sepaya tak terbuka
Goreng sehingga kekuningan
Tadaaaa. Inilah rupanya dumpling udang yang digoreng
 Selamat mencuba. Boleh juga ditambah bahan selain udang... Terpulang pada kreativiti masing2..

SHEPHERD PIE LAGI.....

Assalamualaikum....

Makanan kegemaran Ummi dan Mr Kingshah. Suka order Ummi buat bila balik kampung. Kan ke susah nak mencari cheese. Ingat cam Ipoh ke? Memandangkan dah diminta maka baiklah ditunaikan. Nak resepi sila ke SINI. Malas nak taip lagi.. Sebenarnya resepi ni boleh diubahsuai. Sejak pandai sikit memasak ni, Ummi memang taram aje sesetengah resepi tu. Tak payah nak ikut sangat. Insya allah jadi. Cuma Ummi lebihkan cheese di bahagian atas supaya lemak lebih.. Hahhaha..

Tunjuk gambar satu loyang gitu. Senang. Cuma berkuah sikit sebab masih panas. Kalau dah sejuk, Insya allah tak cair dah..

Nampak cheese kat atas tu. Memang banyak giler cheese taruk kat atas.

RESEPI - KEK BERAISING..





 Assalamualaikum...
 
Selamat berhujung minggu.. Masih citer tentang balik kampung. Seronoknya balik kampung sebab boleh bersembang dengan adik beradik. Mr Kingshah keboringan kerana dia sorang je lelaki kat umah tu. Yelah balik kampung Ummi mana lagi nak pergi. Dia plak jenis malas nak berkawan kalau kat kampung ni. Selalunya peramah terlebih, lebih2 lagi ngan pompuan. Hishhhhhh..

Anak sedara Ummi belajar kat Giat Mara. Dia ambil bahagian pastry. Jadi banyak la benda belajar lebih2 lagi bab2 kek dan roti. So balik kali ni ngan mengetest oven baru maknya beli khas untuk dia. Takpe la kak, lepas ni boleh buat kek selalu... So dia buat kek span katanya. Masa dia buat Ummi tak tengok. Sibuk siapkan baju raya dan baju yang berpasang2 beli kat Bandung ari tu. Kebetulan kak Long pun balik. So semua orang pakat jahit baju Ummi dan anak2. Alhamdulillah siap lah 5 pasang. Raya sakan ler yeee...

So bila dah siap masak, nilah hasilnya.. Tara.. Not bad kek dia..

Nilah hasilnya kek span.. siap ada corak2 lagi..
 Dah siap kek, nak tunjuk buat aising lak. Ummi memang nak belaja sangat. Rupa2nya senang aje. Hhahaha.. Malu den. Takpe belajar kan..

Nak buat aising

Bahan-bahannya:
- Krimwell (ni dia beli siap aje- beli kat kedai kek)
- gula aising (dibancuh dengan air, ikut suka nak letak banyak mana tapi kalau banyak sangat mau kena kencing manis)

- Putarkan krimwell
- Kemudian masukkan gula aising dan putar sampai lembut dan bertukar sedikit warna putihnya. (tak reti nak terangkan)
Putar krimwell

bancuh gula aising dengan air

putar lagi.....

Tara.. dah boleh letakkan atas kek

Tapi nak kena sejukkan sebelum dihias....

Colorkan bancuhan.. Memandangkan hanya ada warna merah, maka seluruh tema adalah merah - bunga ros aje

Masukkan dalam piping beg

Mari mulakan melukis

Siput ooo siput..

Tengok siput yang terlentok tu.. Tu disebabkan aising telah mencair. Maka cepat2lah letak dalam peti untuk keraskan. Pastu boleh lukis lagi..

Yang tengah tu Ummi buat. Hhahahaa carca merba jadinya..

Sekarang nak buat bunga ros.. Dulu jenuh fikir camne nak buat bunga ros yang terletak aje. Takde plak penyet atas kek. Rupa2nya kena guna kon tu ye. Boleh dimakan.

Kalau tangan dah berseni apa pun cantik


Yang bunga nampak putih ditengahnya tu Ummi buat. Kembang semangkuk

Tara... kek bunga ros

Nilah hasilnya. Cantik dan rasa pun not bad. Esoknya licin...
 Rupanya memang senang nak buat kek aising camni. Ermm boleh buat untuk birthday anak2 bila dah start cuti nanti. Tak susah pun.. Cuma kena pandai cari kedai kek yang halal untuk beli barang..

Ummi plak petang tu jugak buat kek coklat kukus. Macam biasa siapa lagi yang kena, mestilah Ummi. Anak2 minta ditambah dengan permintaan mak buyung yang tengah tunggu hari. So dua kek dalam satu hari. Ntah mengapa kek Ummi jadi hitam sesangat. Tapi rasa masih sama. Habis juga malam tu. Esoknya buat lagi satu....