Saturday, June 14, 2014

RESEPI - KEK BERAISING..





 Assalamualaikum...
 
Selamat berhujung minggu.. Masih citer tentang balik kampung. Seronoknya balik kampung sebab boleh bersembang dengan adik beradik. Mr Kingshah keboringan kerana dia sorang je lelaki kat umah tu. Yelah balik kampung Ummi mana lagi nak pergi. Dia plak jenis malas nak berkawan kalau kat kampung ni. Selalunya peramah terlebih, lebih2 lagi ngan pompuan. Hishhhhhh..

Anak sedara Ummi belajar kat Giat Mara. Dia ambil bahagian pastry. Jadi banyak la benda belajar lebih2 lagi bab2 kek dan roti. So balik kali ni ngan mengetest oven baru maknya beli khas untuk dia. Takpe la kak, lepas ni boleh buat kek selalu... So dia buat kek span katanya. Masa dia buat Ummi tak tengok. Sibuk siapkan baju raya dan baju yang berpasang2 beli kat Bandung ari tu. Kebetulan kak Long pun balik. So semua orang pakat jahit baju Ummi dan anak2. Alhamdulillah siap lah 5 pasang. Raya sakan ler yeee...

So bila dah siap masak, nilah hasilnya.. Tara.. Not bad kek dia..

Nilah hasilnya kek span.. siap ada corak2 lagi..
 Dah siap kek, nak tunjuk buat aising lak. Ummi memang nak belaja sangat. Rupa2nya senang aje. Hhahaha.. Malu den. Takpe belajar kan..

Nak buat aising

Bahan-bahannya:
- Krimwell (ni dia beli siap aje- beli kat kedai kek)
- gula aising (dibancuh dengan air, ikut suka nak letak banyak mana tapi kalau banyak sangat mau kena kencing manis)

- Putarkan krimwell
- Kemudian masukkan gula aising dan putar sampai lembut dan bertukar sedikit warna putihnya. (tak reti nak terangkan)
Putar krimwell

bancuh gula aising dengan air

putar lagi.....

Tara.. dah boleh letakkan atas kek

Tapi nak kena sejukkan sebelum dihias....

Colorkan bancuhan.. Memandangkan hanya ada warna merah, maka seluruh tema adalah merah - bunga ros aje

Masukkan dalam piping beg

Mari mulakan melukis

Siput ooo siput..

Tengok siput yang terlentok tu.. Tu disebabkan aising telah mencair. Maka cepat2lah letak dalam peti untuk keraskan. Pastu boleh lukis lagi..

Yang tengah tu Ummi buat. Hhahahaa carca merba jadinya..

Sekarang nak buat bunga ros.. Dulu jenuh fikir camne nak buat bunga ros yang terletak aje. Takde plak penyet atas kek. Rupa2nya kena guna kon tu ye. Boleh dimakan.

Kalau tangan dah berseni apa pun cantik


Yang bunga nampak putih ditengahnya tu Ummi buat. Kembang semangkuk

Tara... kek bunga ros

Nilah hasilnya. Cantik dan rasa pun not bad. Esoknya licin...
 Rupanya memang senang nak buat kek aising camni. Ermm boleh buat untuk birthday anak2 bila dah start cuti nanti. Tak susah pun.. Cuma kena pandai cari kedai kek yang halal untuk beli barang..

Ummi plak petang tu jugak buat kek coklat kukus. Macam biasa siapa lagi yang kena, mestilah Ummi. Anak2 minta ditambah dengan permintaan mak buyung yang tengah tunggu hari. So dua kek dalam satu hari. Ntah mengapa kek Ummi jadi hitam sesangat. Tapi rasa masih sama. Habis juga malam tu. Esoknya buat lagi satu....

No comments:

Post a Comment