Assalamualaikum..
Lately malas sungguh nak update blog.. Gambar banyak dah tapi sungguh ku malas. Habis cuti panjang kerja pun bertambah banyak. Adoi laaa..
So masa cuti ari tu sempat organize beberapa tempat. Semangat nak kemas memang tinggi tapi bila mengenangkan Ummi sorang aje yang kena buat terpaksa la buat sikit2.. Tangan Ummi dua aje ok. Tempat yang nak kemas banyak dan melibatkan barang orang lain. Mr Kingshah lak bila sentuh barang dia mulalah bising. Tapi tension ok tengok barang tak kemas. Sakit jiwa Ummi dibuatnya..
Mula2 kemas dalam almari tempat buku. MIL punya almari ye dan buku anak beranak diaorg. Kemas punya kemas kena sound plak ngan Mr Kingshah pasal buku pengakap dia yang zaman bila ntah. Bila orang kemas bising. Suh simpan sendiri tak nak plak. Lepas dia bising dan blah, Ummi pun terus masuk dalam plastik dan buang OK.. Sorry nak simpan. Takde dia nak ingat punya. Tapi malas nak snap gambar. Kiranya kemas sudah almari tu..
OK.. nak citer pasal organize Mr Kingshah punya work station. Sebenarnya bukan work station apa pun. Tapi tempat dia letak barang2 dia. Ya Allah boleh bukak kedai hardware ok barang dia. Spanar dia semua size ada. Semua benda boleh dapat kat sini. Tapi bila ambil pakai letak merata. Tu yang barang jadi banyak sebab bila tak jumpa beli lain. Suka hatilah janji bukan duit Ummi.. Tapi tu la.. Penat nak mengemas barang dia.
SEBELUM
Ada rak tingkat tapi tak guna pun. Dah bertahun isi barang tapi buat perhiasan aje. Dari color merah sampai dah pudar warnanya.. |
Tengok tu.. hishh sakit mata memandang..Tempat ni sepatutnya isi kolam hiasan. Tapi Ummi malas nak cuci kolam tu so simpan je dalam stor. |
Dan lagi.. sebelah tempat Mr Kingshah ni ada tempat sidai baju. Ampaian Ummi yang boleh tarik bila nak guna dan tolak ke dalam bila dah tak nak guna. Kemas sikit.. |
SEMENTARA
Kemas la sikit tapi masih sakit mata memandang.. |
tengok masih banyak barang. tak tahu nak letak mana dah.. |
Dan lagi... |
SELEPAS
Yeahhh.. ni dia. Pasang sendiri aje. Dah biasa. sob sob sob.. Sorry la ye. Gambar teruk beno.. Kamera buruk aje.. |
Senang ok. Ketuk sikit aje. Skru semua dah siap pasang.. |
Kemas sikit2.. |
ok done.. |
Kemas tak? Senang nak ambil barangkan.. Barang spare part kete dlm storage box akan diumasukkan dalam stor.. |
Dan lagi.. |
Hahh. Amacam, better tak? Oklah dari mata Ummi. Practical sikit. Yang penting senang nak ambil dan senang nak simpan. Boleh nampak semua benda. Mr Kingshah, kalau tak kemas balik siap laaa.. Penat ok bini awak nak kemas ni..
SEBELUM
SEMENTARA
SELEPAS
No comments:
Post a Comment