Saturday, January 11, 2014

KATA-KATA HIKMAH

Assalamualaikum....

"Ujian itu Allah beri bukan sebab dia benci kita, tapi sebenarnya DIA sayangkan kita. Dan bila Dia menguji kita, itu bermakna kita sudah jauh dari DIA. Tujuannya cuam satu, agar kita lama di tikar sembahyang."

"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri.. Aku minta kupu-kupu diberi ulat bulu...Aku sedih nak kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga.. indah sekali. Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.. Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya. Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Tuhan memberi apa yang kita perlukan. Kadang sedih, kecewa, terluka tetapi jauh di atas DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.."

Ya.. hari ini hati Ummi rawan. Sedih bila dipersalahkan. Sepatutnya dibela namun dicerca kerana mulut-mulut yang durjana. Wahai kaum hawa di sana, janganlah mengadu domba pada yang tak sepatutnya. Salah sendiri mengapa mahu dihala kepada orang lain. Mungkin tidak sedar yang diri bersalah bermain kata dengan yang bukan sepatutnya. Salah akukah yang cuba membela nasib diri? Haruskah aku mengikut telunjuk sahaja dan rela diperkotak katikkan? Tidak mengapa.. Allah masih bersama orang-orang yang benar. Hari ini hari mereka, esok lusa hari kita. Anda juga pasti akan merasa perkara yang sama di hari kemudian. Buat balik dibalas baik buat jahat jahat jualah balasan..

No comments:

Post a Comment