Assalamualaikum..
Best dapat habiskan citer Senah ngan Dolah ni.. Citer yang sempoi tapi mengasyikkan. Mula2 baca kat blog la dah jatuh cinta. Dolah yang macam tak berperasaan dan Senah yang memasang impian..
Ermm susah gak nak beli online. Banyak proses yang rumit. Tapi at last dapat gak buku ni. Cam serik pun ada nak beli dari penerbit ni. Ummi memang selalu beli online but this time rasa nak marah pun ada. Beli sekali ngan buku Jangan Benci Cintaku tapi dapat seminggu lewat dari tu.
|
Tada.. ni pos laju |
|
Best2 |
|
Nampak gambar anakku.. Sibuk nak menyelit jugak |
|
|
Penerbit: Penulisan 2 U
Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27
SINPOSIS:
WANDA NURHANNAH. Seorang yang kalut, lurus dan tak capai apa-apa kejayaan yang membanggakan
selain mendapat 5A dalam UPSR. Namun dia punya hati... Dia punya perasaan...
Dan dia juga pernah dikecewakan. Akhirnya dia bangkit menjadi Wanda Nurhannah yang baru.
NICK RAYYAN LEE. Dikenali dengan gahnya, disegani dengan kebijaksanaannya dan diidami wanita kerana
ketampanannya. Tapi dia juga punya rahsia sendiri. Satu keinginan hati, dia
hanya inginkan yang memahami dan yang tulus menghargai.
Dua sifat, dua insan, dua jiwa ditemukan oleh satu peristiwa dan satukan oleh satu ‘Hati’.
“Ada syiling tak?” - NICK
“Kenapa?” - WANDA
“Nak tukar, boleh?” - NICK
“Nah!” - WANDA
Homai! Hati aku! Hati aku dalam beg syiling tadi! Dia dah terambil hati aku.
Dan bermulalah kisah dua hati. Dua insan yang bertemu kerana satu percaturan, satu takdir.
“Nama siapa?” - NICK
“Senah. Saya nak panggil awak apa ni?” - WANDA
“Panggil saya Dollah!” - NICK
Akhirnya pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Wanda berbunga-bunga dan membuatkan
hati wanda memainkan irama kompang setiap kali terpandang wajah Nick... Namun
kehadiran FAHIM memulakan kembali segala sejarah hitam kelabu dalam hidupnya. Fahim yang dulu
bukanlah yang sekarang... Begitu juga dengan dirinya... Dulu dia ditolak, kini dia
disayang...
Benarkah karma akan berlaku? Dan, benarkah Dollah yang ada dalam hati Wanda?
Silalah dapatkan buku ni di pasaran. Tak rugi beli.. Lawak pun ada jugak. Yang pasti bila baca boleh
senyum2 sendiri.
No comments:
Post a Comment