Saturday, December 25, 2010

IBU BAPA HEBAT LAHIR ANAK CEMERLANG

Ummi amat bersetuju dengan tajuk salah satu berita hari ni di laman metro.. Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa dalam memastikan anak2 menjadi orang yang berguna. Bukan mudah untuk menjaga anak2 zaman sekarang. Silap caturan, terpesong semuanya.

Perunding motivasi MAP Trading, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata ada 5 pengorbanan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan kecemerlangan anak2. Yelah kan bukan mudah nak dapat anak yang cemerlang. Mak bapak pun kena cemerlang jugak kan..

1) pengorbanan masa - kena sentiasa adakan masa untuk anak2. Bukan masa bersama keluarga sahaja malahan masa bersama anak2 secara individu.

2) pengorbanan perasaan - Jangan ambil hati bila anak2 mengecewakan kita. Yelah kita manusia biasa tapi buangkan ego jauh2 bila dengan anak2. Jadikan kegagalan sebagai bimbingan untuk menjadi yang lebih baik.

3) korbankan kehendak kita - contohnya kalau kita nak anak jadi doktor tapi anak nak kerja yang lain, jangan halang mereka. Itu yang kadang2 bermasam muka ngan anak2. Tak pun anak2 mengikut kehendak orang tua tapi dalam hati mereka tak menyukai apa yang disuruh.

4)korbankan keseronokan kita - galakkan anak dengan apa yang mereka sukai. Jangan hanya memaksa mereka untuk mengikuti apa yang kita lakukan.

5) korbankan wang ringgit - sudah semestinya bila dah ada anak belanja pun meningkat. Ngan barang sekolah, yuran, tuisyen dan lain2.. baik kata semuanya duit. Jangan mengeluh bila tak ada duit. Anak2 rezeki dari Allah. Insyallah rezeki ada di mana2 selagi kita berusaha mencarinya.

Ermm.. bukan mudah nak jadi ibu bapa. Banyak tanggungjawabnya. Besar tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada kita. Insyallah sama2 la kita menjadikan anak2 kita anak yang cemerlang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment