Saturday, December 11, 2010

CITER DI KAMPUNG

Banyak gambar Ummi dah snap tadi dalam handphone. Alah..susah bebeno nak transfer dalam ni.. Nnt bila dah ok Ummi masukkan ye..
Banyak betul aktiviti masa kat kampung. For Ummu tentu ler aktiviti masak memasak. Ngan Mak Ngah lak tu. Satu kepala. Ade aje resepi nak dibuat. Kuih apa ye yang Ummi masak.. Kebetulan birthday Pak De. Konon2nya nak surprise ler. So Ari Sabtu masak mee bandung, popia sayur ngan daging, kuih sago, untuk anak2 ader ler fries ngan nugget..
Pastu Ari ahad Adriana tak sihat. Bawa gi klinik swasta. Ader satu resepi tu yang Ummi buat ngan mak ngah dan sangatlah menjadi. Nnt Ummi tepek resepi ngan gambar sekali. Ambil resepi dari blog kak Ummi Kuantan. Mmg best dan sedap. Dan paling best, senang nak buat. Tak yah nak tunggu lama2.
Awal Muharram ari tu semua org kumpul kat umah Atuk. Pak long pun balik. Atuk kata nak buat bubur asyura. Since semua dah ade, so buat jelah. Menu makan tengahari ialah nasi kerabu.
Sekarang musim mata kucing ngan jambu. Buah salak takde.. Pokok gaharu atuk pun dah besar2. Wah.. kalau dah cukup umur 5 tahun, atuk kata nak jual. Jadi org kaya baru la atuk ye.. Jangan lupa hulur2 kat kami ye... Atuk pun dah tua. Dia pun nak pencen dah dari tanam pokok. So tanam gaharu boleh la bantu atuk bila dah pencen...
Petang awal muharram tu bawa Adriana ke hospital Raub. Teruk sungguh dia masa tu. Sian.. Batuk tak henti2.. Kena nebulizer, ok jap..
Rabu..balik umah.. Bye mak ngah ngan kakak2 dan abang2. Nanti kami balik lagi......

No comments:

Post a Comment