Assalamualaikum..
Hari ke2. Semua berbaju merah.. Hehhehe semangat nak ke Taman Safari. Ni memang Ummi dah plan dari awal. So bebudak asyik cakap nak gi tengok haiwan. Marilah kita.... Bangun pagi, Mr Kingshah ngan Alissa gi breakfast. Ummi malas konon2nya nak settlekan Adriana. Malas nak bayar breakfast. Boleh gitu...
Mr Kingshah kata Alissa makan sikit je. Tak berbaloi. Hurmm nak ajak breakfast sesama la tu esok.
|
gambar tuan blog.. |
|
Adriana dan mainan. Tak nak tinggal mainan dia. So bawa jelah |
|
tengok tu. Sempat lagi main sementara nak tunggu supir datang |
|
Ni promotion dari hotel.. |
|
Tengok bebudak ni dapat mainan. Sakan......... |
|
kat tangga pun jadi |
|
dekat reception tu ada kedai Mr Bean... |
|
Ada juga pameran pengantin.. |
|
Kat belakang tu diaorg breakfast |
|
botol air jangan lupa |
|
posing sakan.. supir lambat skit sebab kena bagi isteri dia makan dulu. isterinya kena strok. Anak plak tak balik malam tadi.. |
|
Ok.. jom kitaaaaa |
Dalam kul 8 lebih supir pun sampai. Kitaorg tak kisah sangat. Plan hari ni memang cuma pegi Taman Safari. Pertengahan jalan isi minyak dulu. Kalau korang pergi Taman Safari, charge dia akan ditambahkan sebanyak RP 150k. So jadinya RP 450k tambah RP 150 total RP 600k. Yang ni include petrol, parking, tol lain-lain.
|
Rasanya sawah kat bawah tu.. |
|
Lalu tol ni. Tapi kitaorg ikut jalan lama. Nak save duit tol kot... Apa2 jelah |
Perjalanan ke Taman Safari melalui Ciasu, Puncak, Taman Safari, Bogor dan lalu pinggir Jakarta masa balik. Kitaorg choose balik lalu highway. Tambah RP 50k untuk tol. Oklah tu dari menempuh jem masa balik ikut jalan lama. Banyak cerita dari pak supir. Nanti Ummi kongsikan bersama ye.
Ummi sangat suka pergi zoo. Apsal ye? Ntah ler.. rasa seronok tengok binatang yang ada. Zoo Negara, Zoo Taiping, Taronga Zoo dan kali ni Taman Safari. Lain skit dari zoo yang biasa pergi. Yelah masuk sekali ngan kereta. Cuma cam tak banyak binatang..
|
Sungai yang terbesar kalau tak silap kat Bandung.. |
|
Sawah lagi |
|
Angkutan yang ada di sepanjang jalan. Lain warna lain destinasi. Dan angkut2 ni sehala je. Kalau kata ada angkut2 yang salah masuk, takkan ada orang naik sebab hanya warna tertentu sahaja yang lalu setiap jalan |
|
penuh ngan kereta sepanjang jalan. Sib baik ari Isnin. Kalu tak gerenti sangat jem terutamanya ari Ahad. Tidak digalakkan pergi Taman Safari ari Ahad sebab orang Jakarta nak balik. |
Dalam perjalanan, pak supir berenti kat kedai jual kerepek dan jeruk. Lupa plak nak snap gambar kedai. Tak tau kat mana. Tak sempat tanya.. Tapi sempatlah membeli pisang sale. Dulu tak sempat nak beli so kali ni beli banyak skit.
|
pisang sale cheese.. |
|
tengok kuih belah kiri tu. Adriana la yang nak. Macam kat Malaysia takde. Beli jelah. Janji diaorang makan |
|
on the way |
|
nampak tu kereta beratur je. Rupa2nya budak sekolah baru habis dan tengah keluar.. |
|
berhenti kejap kat tempat ni. Hhehehe nama tempat tak tau. Tapi ramai orang berhenti kat sini. View cantik dan siap ada kabus lagi. Dikelilingi oleh ladang teh. Sejuk.... Orang meniaga pun ada. Nak tolong ambil gambar pun ada. Tapi no thanks jelah |
|
Cantikkan. Subhanallah |
|
lagi..... |
|
Nak jadi cerita, kitaorg baru aje park dalam 5 minit tiba2 bunyi berdentum. Rupa2nya ada accident. Nampak tak org kerumun tu. Kereta Merc masuk longkang. Nasib pemandu ok aje.. Huhhu takut dibuatnya.. |
|
Berjaya jugak Ummi dipengaruhi untuk beli mainan. Satu pegasus ni RP 10k. Boleh laaa |
|
Seronok korang ye... |
|
Memandangkan Ummi belum makan jom kita singgah lunch dulu.. |
Jom lunch kat Sinar Alam. Trademark restoran ni replika ikan besar warna merah tu ye..Masa ni hujan rintik2. So mari kita tengok apa ada kat dalam restoran ni. Wow.. macam makan tepi kolam gitu. Di tengah2 ada kolam besar dikelilingi oleh tempat makan. Bersila ye. Ala2 dalam pondok tepi kolam.. Banyak ikan. Asyik tengok ikan. Besar2..
|
ikan koi.. besar |
|
Mr Kingshah ngan pak supir.. Bersila dan berlunjur la yee |
Seronok betul budak2 ni tengok ikan. Dah la besar2. So makan apa untuk lunch ni. Mr Kingshah tak makan. Kenyang lagi. So Ummi cuma order ikan gurame bakar ngan sup buntut. Pak supir cuma nak makan sup buntut je. Ermm payah sungguh nak belanja dia. Ada aje alasan tolak makan ngan kitaorg. Segan agaknya..
|
Saiz m. tapi besar jugak. Pak supir kata ikan gurame mesti kurang dari 2 tahun baru isinya sedap. Yang ni agak2 berapa tahun daaa.. Rasa kicap banyak... Dulu masa kat sangkuriang ok lagi.. Tapi boleh laa |
|
sup buntut or sup ekor.. Rasa hanyir kit. Tapi masih boleh diterima tekak |
|
tak habis makan nasi, bagi ikan plak makan. berebut2 ikan nak makan |
|
ok sini ye kalau korang nak berenti makan |
Ada satu kawasan tu, ramai orang arab. So banyak la nama kedai berunsurkan arab. Tapi tak ingat nama tempatnya
|
ohhh dah excited. Nampak replika haiwan niiii |
|
wortel.. 5 ikat rp 10k aje... Nak bagi haiwan kat dalam tu makan |
|
Tara dah sampai.. Disambut dngan gading gajah |
|
pintu masuk untuk bayaran |
|
harga tiket.. |
Harga tiket memang mahal. Tapi bukan selalukan. Layan jelah.
Internasional dewasa (6 tahun ke atas) - RP 250K
internasional kanak-kanak - RP 230K
Lokal dewasa - RP 140k
Kenderaan - rp5k
total- RP1135k
include indoor game. tapi bukan semua la
|
jom kita mulaa.. mula2 masuk nampak hippo ngan gajah |
|
trek safari siang ngan malam ada beza.. pak supir kata kalau malam lagi ngeri sebab haiwan tengah aktif |
|
gajahhh |
|
sedia untuk menerima wortel |
|
rusa pun nak makan.. |
|
Kuda nil tengah berjemur.. |
|
kesian lapar |
|
beruang |
|
macam best je. siap lalu kawasan air.. |
Korang jangan boring ye.. Sila menikmati gambar yang tersangat banyak ini..
|
best air dia.. Sejuk je |
|
jerapah tengah makan |
|
lagi kawasan air |
|
memerang.. memerang tak makan wortel ok |
|
kuda belang makan wortel. sila bagi |
|
ok sekarang sila tutup tingkap. Adriana kata Ummi tak bagi harimau makan ke? Yelah tu dik, nak putus tangan.. |
|
pintu automatik.. ada orang jaga kot.. |
|
singa.. camera bengong je so gambar pun bengong jelah |
|
dekat giler badak ni.. memang besar |
|
ambik ko.. sampai dia ketap gigi kat tingkap. Yucksss air liur pun lekat sekali |
|
lagi air... sebelah kiri buaya, sebelah kanan kuda nil AKA hippo |
|
buaya tengah makan ikan. kecik aje buayanya |
|
nice... dan hari pun makin gelap. hujan turun dengan lebat. sampai berkabus. maka tiada la indoor games sebab tak leh berhenti. Frust jugak sebab bayar mahal. Tapi memandangkan anak dah tido jalan jelah.. |
|
sib kete besar. Tido satu baris sorang |
Dalm kul 2.30pm kitaorg gerak balik. Kalau ikut Ummi belasah aje hujan pun tapi Mr Kingshah jenis yang malas nak bersusah payah. So jom balik. Balik ikut highway. Hujan sepanjang jalan. Pak Supir kata Bogor dikenali dengan kawasan hujan. Sentiasa hujan. Makanya sampai ke Bandung pun hujan. Giler laju jugak dia bawa kete. Sampai satu highway ni dia kata highway ni di buat secara tergesa2. Jadi selalu ada construction nak betulkan balik jalan. atas cantik tapi dalam banyak air. Ada satu bukit nama bukit hijau. Dulu dorang cuba nak luruskan jalan jadi nak potong bukit ni tapi tiap kali tebang pokok, esoknya pokok tu ada lagi. Lama2 terpaksa la buat jalan bengkok sikit.
Samapi tak singgah mana2 dah. Terus gi Bangi Kopitiam. Sebelah hotel (depan) ada cafe ni. Katanya belongs to Malaysian. Rasanya kot sebab banyak menu kita. Sedap jugak. Pekena cendol..
|
King Dynasty Restaurant tu belongs to Hotel.. Ni la Bangi Kopitiam |
Oppss ada cerita yang belum dibagitaukan. Okey citernya camni. Pak supir kata ada beza bila kita beli kain dari Taman Kopo ngan Pasar Baru. Orang pasar baru tak suka Taman Kopo sebab menjatuhkan imej menjual kain. Kain yang dijual di Taman Kopo murah sebab kainnya kurang kualiti. Bagi kita yang bukan mata tengok kain, kita takkan dapat bezakan. Ada antara benangnya yang dah putus. So kain cepat rosak. Memang harga murah tapi kualiti kurang. Pak supir ni tau sebab dia yang selalu hantar barang masa keje bawak lori. So dia tau citer sebenarnya. Tapi terpulangla pada kita nak beli atau tak..
Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
ReplyDeleteMutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)
Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)
Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm
Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM
Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM
Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM
KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM
Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM
Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM
Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email:
tonybandung@smartfren.blackberry.com
or
tonytransportbandung@gmail.com
preorder pisang sale, pisang bolen, bagelen, brownies kartikasari & brownies amanda fresh from bandung.whatsapp ina 0192633431 @ IG dazlina daud
ReplyDeleteGreeting traveler
ReplyDeleteJom cuti2 Bandung,
284 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉
sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ Kereta with good aircon
Minat segera whatsapp admin yaa..
10 orang pertama dapat percuma :
✅ bags Louis vuiton
✅ free indonesian sim card 1 pack
whatsapp admin jangan lupa
+6285318490001
email : primeratrans@gmail.com
facebook : Primera Trans Bandung