Dah bbrp ari tak update blog. Sangat la sibukkkkkkkk..
Ari ni nak sambung sikit pasal autism.. Nak cerita bahagian mana yang selalunya budak autism fail masa buat ujian bahasa dan pertuturan.
Selalunya kemahiran pra verbal yang mmg obvius tak pass. Takde kontek mata, tak tahu ambil giliran masa main, perhatian yang terhad, atau langsung tak boleh nak tumpukan perhatian, tiada mainan simbolik contohnya kalau main ngan patung n tea set at least tahu guna tapi budak autism ni kadang2 hanya pusingkan mainan tu atau ketuk2 aje. Pastu tak tahu nak tiru action or sound. So kemahiran yang basic ni la nak kena tingkatkan. Tanpa yang basic ni, mcm mana nak proceed dengan yang lain. Tu yang kadang2 mak bapak ni tak faham. Diaorg pelik sbb nak kena main ngan anak. Hah.. Itulah rahsianya kalau nak anak autism ni success. Jangan harapkan orang lain sebaliknya mak bapak sendiri yang kena buat semua kerja tu.
Kalau nak improvekan kontek mata - galakkan anak untuk pandang ke arah muka kita. So barang yang kita nak bagi pada anak ni kenalah letakkan berhampiran ngan muka. So lama kelamaan dia biasa tgk kat face area.
Kalau nak improvekan ambil giliran- buatlah aktiviti yang menggalakkan berkongsi barang. Contohnya main bola bersama2. Passing to each other. Passing car to others. or susun barang tapi ikut giliran. Mula2 mak buat pastu anak buat.
Kalau nak improveka mainan simbolik - ajarlah anak cara yang betul untuk gunakan sesuatu mainan. Kalau sudu, gunakan untuk suap pada patung. Sambil main sambil bagi ransangan bahasa. That's the best.
Kalau nak cerita sangatlah banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Ok, nanti Ummi sambungkan sikit demi sikit ok. Banyak lagi yang nak dikongsikan.. Sampai jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment