Friday, October 22, 2010

CABUT GIGI

Semlm Ummi gi cabut gigi. Konon2nya tak nak makan sebelum pegi tu. At last kena suruh makan jugak. Sebab dia nak bagi LA. Takut pening or pitam lepas cabut gigi. Maklumlah nak cabut gigi yang bongsu. So pegi la Ummi beli roti cream 60 sen tu dan makan. Masa masuk dalam kul 9.30 pagi. Tau tak keluar kul bape? 10.30 pagi. Aduiiii.... Lega betul bila dah habis. Memang la dia bius tapi suction tu yang tak tahan. Asyik nak muntah aje. Gag reflex kuat sangat. Nurse tu pulak kureng pandai skit. Asyik touch bahagian yang sensitif. Sabo jelah.
Habis tu doktor pun explain. Dia kata susah sikit nak cabut sebab gigi tu dah keluar dari soket dia. Ummi tau ler yang tu. Dulu masa mula2 datang pun diaorg dah explain. Pastu doktor tu kata dia kena belah beberapa bhgn gigi tu supaya mudah nak keluar. Masa dia tekan2 kat gigi tu sabo jelah. Memang x sakit tapi ngeri ngan cara dia pegang tu.
Doktor nak bagi antibiotik tapi disebabkan Ummi bresatfeed do tak bleh bagi. So dia bagi ubat tahan sakit ngan ubat kumur. MC dia bagi 3 ari. Tapi dia kata kalau ada apa2 bleh kol diaorg. So Ummi pun tanyalah bleh ke nak keje Monday ni. Maklumlah bz Ummi cakap ngan orang. So dia kata supposed to be ok tapi kalau tak ok bleh ambil MC ngan dia. Next Friday kena pegi bukak jahitan.
Weiiii.. serik rasa nak cabut gigi. Tapi sakit punya pasal gasak jelah. Dari sakit kepala dibuatnya baik sakit kejap aje. Harap2 oklah and cepat baik.
Balik tu Ummi tido jap. Pas bangun teringat nak ubah katil. Dah boring ngan position yang sama. So semalam jugak aktiviti kemas bilik dijalankan. Ubah semua kedudukan perabot. Basuh semua cadar and tanggal semua langsir untuk dibasuh. Mission complete jam 11 malam. Siap ngan mop lagi. Tapi kat balkoni tu, masyallah.. Banyaknya sampah coz Ummi sapu kat sana terus. So mission ari ni untuk kemaskan balkoni ngan susun semua barang kat situ. Ingat nak buat tempat main budak2 tapi ntah laa.. Silap2 jadi tempat keje Ummi.
Update : Alissa dah baik demam tapi masih batuk and selsema. Suara dah seksi.. Adriana on and off demam. Bila makan ubat dia sihat. Bila tak makan, panas badan dia. And she is also having a flu and coughing.

No comments:

Post a Comment