Monday, December 23, 2013

JANGAN BENCI CINTAKU

Assalamualaikum w.b.t

Yahuuuuuuuu.. Akhirnya sampai gak novel yang telah diorder secara online. Bestttt.. Ari tu baca separuh je dalam blog tuan tanah. Sekarang boleh baca sampai habis. As expected, they are lived happily ever after. Baru lah seronok nak bacakan... Tapi masih menanti satu lagi buku dari syarikat yang berbeza. Nampaknya Ideakreatif menang dalam melayan online customer. Expected sampai by Saturday. Apa jadi ngan company satu lagi nih.. Jangan tak dapat dah ler.. Fuhhhh

Ni la pos lajunya.. balik dari shopping tengok dah ada atas meja..

Ni dia.. Jangan Benci Cintaku..

Dan dapat ni jugak. Ca, poskad ye.. Dan itu dia penulisnya.. Orang Sarawak rupanya.. Dahsyat ler BM..
Sinopsis yang diambil dari web ideakreatif...
 
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan. “Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal ‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi….. “Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah. ‘Make him fall for you!’- Damia Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah. “Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal “Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa “Mari, saya peluk.” - Shahrizal Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya? 

KOMEN..

Ummi suka jalan citer ni. Pertama kali baca kat blog terus jatuh suka. Yelah nak tengok bagaimana seorang isteri tackle back si suami. Dan bagaimana si suami menyedari yang dia masih jatuh cinta ngan si isteri.. Jalan cerita yang simple cuma apa jadi ngan Husna di akhir cerita terus jadi tanda tanya.. Mcm incomplete lak.. Biasa la nak tau jugak kena sumpah ke, mati ke, jadi benda yang tak elok ke?... Happy ending tu yang penting. Siap masukkan En Sawi dan hero handsome Syazwan, Mia dan mama Mia sekali... Ok tak rugi beli dan baca ok...

No comments:

Post a Comment