Thursday, November 28, 2013

BUDAYA MENGATA-NGATA -FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Assalamualaikum..

seronok tgk forum perdana malam ni. tajuk panas -mengata dulang paku serpih,  mengata org dia yg lebih..  tambah hot bila teknologi dikaitkan dgn budaya mengata2... ya allah kadang2 tak perasan pun yang sebenarnya kita tengah mengata orang. maklumlah lidah kita ni susah nak bagi signal. laju bercakap tanpa henti.. tapi tpok ari ni sangat berguna. banyak yang ummi pelajari..

panel bincangkan tentang adab. apabila dikaitkan dengan makanan,  yang mana zaman sekarang ni kita sibuk ambil gambar makanan.. patutnya baca doa dulu then makan tapi sekarang ni ambil gambar dulu dan makan. kdang2 lupa nak baca doa. ada ke? so adab kita dah tak betul..

satu lagi budaya menyampai-nyampai atau forward. ustaz kata elakkan lah.. lagi teruk fitnahnya.. rasulullah kata ada 2 jenis orang yang terdedah pd budaya mengata ngata ni. 1. sihat tak tahu nak buat apa 2. ada banyak masa tapi tak ada keje.. ermmm jadi kenalah sibuk2 diri supaya peluang untuk kita mengata lebih kurang.. ni kalau dok melepak aje mestilah ada potensi nak mengatakan..

tapi ummi paling suka nasihat ustaz badlishah (btul ke ni?). dia kata sifat orang putih kalau lsorang - baca buku,  berdua - travel,  ramai-jadi penjajah.. orang melayu plak kalau sorang -tido,  berdua-mengumpat,  bertiga atau ramai - buat kenduri (mesti ada makan2)...…  ada betulnya cakap ustaz.. saya setuju...…

p/s,  jadi dah tak boleh gossip.. apa langkah terbaik untuk menghentikan what's app yang tak penting ari2.. kalau sekali sekala ummi boleh terima lagi.. kalau setiap ari walaupun setakat kawan2,  patut tak ummi tegur dia.. ermmm.. i tak kisah nak kawan tapi please la bukan bermesej ari2 ok.. irritating ok.. kang ummi buat jahat plak.. hishhh jangan.. nawaitu kena betul. macam angah cakap mind set kena betul insha allah kita di landasan yang betul. apa yang kita fikir,  itulah yang akan berlaku dengan kehendaknya..

No comments:

Post a Comment