Saturday, May 18, 2013

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam 

ADIL

Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN

Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)

NAFKAH

Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”
(Al-Baqarah:233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG

Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK

Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

Credit to  http://airmien.wordpress.com.. TQ

TANGGUNGJAWAB ISTERI

Tanggungjawab Seorang Isteri Mengikut Islam 


TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.
MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.
-Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

Credit to  http://airmien.wordpress.com.. TQ

10 PERKARA YANG ISTERI BENCI TENTANG SUAMI

10 perkara yang isteri benci tentang suami


KEBANYAKKAN suami tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh si isteri. Kebanyakkan suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Namun, suami tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh si isteri. Justeru itu, apa kata wahai suami sekalian meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.
1. Suami yang panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher isteri bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. 
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!!
Semua benda dia je yang betul...isteri disepak diterajang macam bola..ingat kami perempuan ni bola ker?? 
2. Suka mengongkong
Segala gerak-geri isteri dikawal. Hendak keluar berjumpa dengan teman-teman pun tidak boleh, dikatanya pula si isteri buat perangai sampai memarahi isteri dengan berkata " awak lupa ke yang awak tu dah jadi bini orang??". Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh isteri mereka.  Mulalah dituduh psiko, penyibuk dan queen control.
Ish...agaknye suami ni lupa ke yang dia tu laki orang?? Biasalah lelaki kalau dah keluar dari rumah...status akan jadi bujang..lupa dah bini anak kat rumah..
3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri agar si isteri memujuk mereka. 
Lelaki memang ego...(o.o)
4. Suka “cuci mata”
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan seorang isteri yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun masih sempat 'cuci mata' tengok perempuan lain. Isteri mana yang suka kalau suami macam tu??
Lelaki mata nanas..(O.o)
5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai isteri. Zaman sekarang, selalu kita dengar suami scandal dengan perempuan dan ada juga yang mempunyai 'isteri simpan'. 
Tak cukup ker sorang je bini?? Ramai2 ni mampu ke nak tanggung..?? Tu ler lelaki zaman sekarang, dah jadi bapa budak pun masih main kayu 3..
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada isterinya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri sentiasa perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang. 
Suami tak pernah nak kisah dengan perasaan isteri tapi hendak isteri ambil berat dengan perasaan mereka..give and take la...sama2 memberi..sama2 merasa...barulah bahagia..
7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan janji keluar dengan isteri semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan isteri. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.
Penting dengan kawan..kawinlah dengan kawan kamu tu..huh..(O.o)...kita penat2 masak dia tak pulang rumah..makan kat luar..tengah malam hingga dini hari baru pulang rumah...
8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu suami yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan isterinya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, suami mahu si isteri terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai isteri terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
Suami harus belajar menghargai isteri...sekiranya isteri rasa dihargai..maka isteri akan lebih menyayangi anda dan melayan anda dengan  lebih baik lagi...
9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Teriak2..bukannya isteri pekak...kalau isteri meninggikan suara sikit,mulalah kata isteri dah pandai melawan..mana tak nye...kalau selalu sangat suami meninggikan suara..mana tak isteri fedup lalu berani meninggikan suara..
10. Lelaki penipu
Masalah yang ketara apabila suami suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan isteri membenci anda. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu 3. 
Susah hidup dengan suami penipu..tapi sepandai2 tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah juag..sepandai2 kamu menipu akhirnya ketahuan juga.
Credit to http://ladydianablog.blogspot.com.. TQ

PETUA KELUARGA BAHAGIA

63 PETUA KELUARGA BAHAGIA

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:Mental, pendidikan dan ilmu,Emosi,Fizikal dan ekonomi,Sosial,Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:Pendapat atau pandangan,Hobi,Kegemaran,Makanan,CitaRasa,Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Again credit to  http://q-cakes.blogspot.com.. TQ

HILANGKAN TEKANAN PERASAAN, RUNGSING

BAGAIMANA HILANGKAN TEKANAN PERASAAN, RUNSING

Firman Allah: "ketahuilah dengan mengingati Allah, Hati akan menjadi tenang" (Ar Raad : 28)

Runsing dan tekanan perasaan berpunca daripada hati yang kosong..apabila hati kosong, maka syaitan menyelinap ke dalam hati dan menaburkan benih kebosanan...
Anas r.a berkata : sesungguhnya syaitan itu menaruh belalainya pada hati manusia. Maka apabila manusia itu ingat pada Allah (zikrullah), mundurlah syaitan dan apabila ia lupa pada Allah, Maka syaitan itu menelan hatinya...
Untuk mengalahkan syaitan hati perlu di isi dengan zikrullah dan iman.Dosa sama ada kecil atau besar adalah perosak dan peruntuh iman. Orang yang benar-benar mahu meningkatkan iman, janganlah melakukan dosa. Kalau terbuat cepat-cepatlah istigfar dan bertaubat kepada Allah. Jika tidak syaitan akan menjalankan tipu dayanya.

Firman Allah: "Bahawasanya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka diganggu oleh syaitan, lantas mereka ingat kepada Allah (berzikir), jika begitu mereka akan melihat. (Al-A'raf:201)

Sebagai Muslim, kita hendaklah melazimkan zikir dan membaca beberapa kalimah Allah untuk menghilangkan rasa runsing, antaranya:
  • Ucapkan " La ilaha illallah " agar bibir kita sentiasa dibasahi dengan zikrullah siang dan malam.
  • Membaca " Bismillah " apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan.
  • Membaca " Alhamdulillah " apabila kita selesai melakukan sesuatu pekerjaan.
  • apabila terbuat kesalahan atau terserempak dengan dosa, kita harus membaca " Astaghfirullah hal azim "
  • Apabila menghadapi kesukaran, bacalah " Lahaula walaquwata illa billahil aliyil a'zim "
  • Apabila kerunsingan bacalah " La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin " (doa nabi yunus)
  • Apabila ditimpa musibah ucapkan " Inna lillahi wainna ilaihi raji'un "
Dengan mengamalkan doa-doa ini dalam kehidupan seharian kita, insya Allah hati kita akan tenang.

Credit to  http://q-cakes.blogspot.com.. TQ

Sunday, May 12, 2013

SILA BACA YE..

b) Pendapat Ustaz Azhar Idrus:(credit to noorhazirahamdan)
Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara penting seperti jual beli dan seumpamanya, maka hukumnya adalah harus. Tapi, wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja. Manakala, sekiranya mesej seperti "tengah buat apa?" "suka warna apa" ataupun "dah makan ke belum?" maka hukumnya adalah haram dalam Islam

Saturday, May 11, 2013

SEMPUT DAN TADAAA GUNTING RAMBUT

Lagi tentang Adriana... Mulut dia ishhh tak tertahan mendengarnya. Trademark dia 'Apa masalah?' 'Tak reti-reti'(ni ikut Ummi laaa, adoiii), 'tak guna'(ambik ko dia tiru dalam boboiboy, baru2 ni dengan 'terbaik'. Rabu lepas semput lagi. Ermmm almost every month kena neb. Adoi laaa. Selalu sekali je dah ok, dua bulan  ni kena at least 2 kali. Ni memang salah Ummi sebab tak monitor makanan dan minuman dia. Doktor kata dia memang dah ada mild asthma.. So mulai dari sekarang, no ice blended, no drink with ice, no nugget, no sausage or oily food. Harap2 berkesan le.. Sekarang pun bila bgtau dia ok bleh terima. Kena ugut skit cakap doktor marah so dia oklah.. Dan dia pun jenis tak takut makan ubat. Alhamdulillah...
Dah biasa laaaa..

Cam Ummi plak yang excited. Cepat sembuh ye adik.. Ummi bukan bleh cuti2 ni. Sibuk bulan ni tau
 So meh kita sambung ngan aktiviti ari ini. Setelah beberapa minggu asyik nak potong rambut so ari ni dari pagi lagi Adriana asyik tanya 'nak pegi gunting rambut ke?' Adalah dalam 10 kali dia tanya. Penat nak menjawab..Ok dah potong rambut adik. Comey sudahhh...
Saya dah biasalah potong rambut. Kena dok atas kerusi tinggi..

Tengok beranikan saya..

Hampir siapa.. Ala lupa nak snap lepas gunting. Nanti2 kita snap lagi ye..
 Lepas gunting rambut kita pegi Mydin. Pun dekat 10 kali dia tanya ' pegi mydin ke?' Last2 papa plak tanya dia.. Dan semestinya nak main benda2 macam ni.. Ari ni kakak ada Kem Solat kat sekolah. So pakai baju sekolah laa..
Jom berhimpit naik helikopter

Alissa: Saya jadi pilot.. Sedia...

KESIMPULAN DARI KISAH BILA LELAKI DAN PEREMPUAN SAMA GATAL

Ok.. Mari kita buat kesimpulan dari tajuk di atas. Pelbagai cara digunakan untuk memerah otak mencari jalan yang terbaik. So ini conclusion Ummi. Lepas ni ingat nak bukak lagi topik ni tapi cam malas aje.. Tengok jelah kalau ada tu adalahhh.. Kalau tak bye-bye..

Kesimpulan pertama
- Lelaki dan perempuan kalau dah hobinya suka mencari teman di luar terutamanya yang berlainan jantina memang sukar nak hapuskan tabiat tu. Tambah lagi dari bujang sampai kawin hobinya tetap sama. Bukan kata semua yang tak berubah tapi yang berubah hanyalah kecil bilangannya. Dapat hidayah ler tu.. Alhamdulillah.. Ummi dulu ada juga chatting2 ni tapi sekarang ni rasanya tak berbaloi tambah lagi banyak keje lain yang lebih baik Ummi boleh buat. Lebih bermanfaat. Dari asyik meluahkan perasaan atau kononnya bersembang yang akhirnya menjerumus kepada perkara yang kurang baik..Tak dinafikan kita perlu mencari kawan tapi bak kata orang2 yang pandai agama ni carilah kawan yang sama jantina sebab yang berlainan jantina ni ada maksud yang lain. Huhhhh..
Korang plak jenis camne
a) suka berchatting walaupun dan kawin
b) kadang2 ada juga tapi ngan kawan2 lama aje
c) chat juga tapi ngan kawan pompuan je
d) malas nak chat, jumpa je terus
e) tak berminat, banyak lagi keje nak buat.

Kesimpulan kedua
-Para isteri yang suaminya suka berchatting dan melayan perempuan2 di luar sana. Sabar jelah... Sesungguhnya orang2 yang sabar akan mendapat ganjarannya. Doa banyak2.. Ni sedikit petua dari Ummi, kalau korang jenis yang terus naik angin dan terus menyerang, hentikan laaa... Tak berguna idea ni. Paling teruk kita yang si isteri yang teraniaya ni juga yang kena balik. Kita serang pompuan tu, pompuan tu report kat laki kita, laki kita marah kat kita.. Adil keee??? Berasapppp je..
So gunalah pendekatan ini yang telah dipraktikkan dan alhamdulillah berjaya. Doa orang yang teraniaya terutamanya isteri lebih mujarab. Hati memang sakit, rasa tertipu dan macam2 lagi. Rasa nak mengungkit semua benda. Hentikanlah. Tenangkan hati dengan banyakkan solat, banyakkan mengaji, banyakkan berdoa dan buat macam biasa. Bila si suami melihat isterinya yang kurang bercakap, tapi masih melakukan semua perkara yang biasa dilakukan, banyak pula solatnya dan terlebih pula mengajinya maka si suami akan berfikir banyak kali. Mungkin bukan untuk semua orang tapi pasti akan berjaya pada sesetengah orang. Bayangkan lah tetiba si isteri rajin plak bangun malam solat sunat. Tak terkejut ke si suami tu. Memang nampak cam buang tabiat, tapi hasilnya lebih baik..(ni bagi yang jarang2 solat sunat ler)
Then bila si suami tanya barulah jawab. Sebab tgh ada wudukkan jadi hati lebih tenang. Takde la nak naik suara ke apa. Lepas tu si suami nak berubah atau tak terpulanglah. Kita dah usaha yang pasti tawakal jelah lepas tu.
So jangan serang membabi buta, doa dan solat la sebanyak yang boleh.. Yelah Allah melihat apa yang hambanya lakukan. Sepandai2 tupai melompat akhirnya terbongkar juga rahsia. Memang asalnya kita malas nak check handphone suami tapi bila tiba2 ternampak what's app berabang berbaby, tak ke naik darah kejap.
Mari kita jawab sikit, apa korang buat kalau suami camnni
a) perang dunia ketiga
b) suka ati ko la nak buat apa
c) takpe ko boleh buat aku pun akan buat jugak
d) redha jelah
e) diam bukan bererti mengalah, doa dan minta pertolongan dari Allah. Insyallah hati lebih tenang.

Kesimpulan ketiga
- Seronok ke ramai kawan berlainan jantina? Ummi honestly tak ramai kawan. Sombong, tak jugak. Cuma rasanya tak perlu kot. Ok orang pompuan sila jawab. Lelaki tak payah sebab korang dah memang terkenal dengan kegatalan. Abaikan..
a) Seronok sebab bleh ada ramai kawan
b)So so kira hilangkan kebosanan
c) Kalau laki orang tak layan, bujang aje layang ( ni bagi pompuan bujang)
d) Best gak layan sebab bleh kongsi citer hidup (tambah lagi kalau bab SX) Hishhhhhhh
e) Kalau ada kepentingan boleh dipertimbangkan
f) Tak perlulah, cukuplah dengan suami, ayah, datuk, bapa saudara, anak, anak saudara dan saudara mara lelaki melainkan kalau ada keperluan yang sangat2 penting

Ummi rasa tak salah nak berkawan.. berchatting pun bleh no hal. But plz jangan sampai melarat. Dari berchatting biasa sampai kepada yang luar biasa, dari online bertemu muka, dari pandang2 ke pegang2, pastu ntah.. takde pengalaman. Sedarlah wahai perempuan yang bergelar isteri, perlu ke nak kawan2 ngan ramai lelaki terutamanya suami orang? Perlu ke sampai nak bertelefon dan berjumpa? Perlu ke nak citer pasal hal rumah tangga pada lelaki yang tak dikenali? Perlu ke nak bagi gambar tak bertudung (bagi yang bertudung)? Perlu ke nak bercerita pasal benda SX? Perlu ke nak sorokkan dari si suami kawan2 anda? Tepuk dada tanya selera..

Huhhuu panjang sudah Ummi membebel. Memandangkan dah terkena pada batang hidung sendiri inilah pendekatan yang Ummi gunakan. Diam, solat banyak, berdoa banyak, teruskan hidup macam biasa insha Allah akan diberikan petunjuk. Selebihnya bertawakal pada Allah kerana Dia maha mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya. Dan kepada perempuan2 di luar sana, suami saya mungkin gatal tak sikit, banyak, elakkan lah dari melayan dia. Kalau bertepuk sebelah tangan mesti tak berbunyi. Cuma kalau dua2 saling berbalas tepukan pastilah menjadi bunyinya. Saya ada semua nombor anda semua, bak pepatah kata sepandai2 tupai melompat kena tangkap juga.. Hhahaha. Nak bukti lagi, saya simpan salinan chatting anda semua. Nak lagi, gambar2 anda semua juga ada. Kalau saya ni jahat dah lama saya paparkan dalam laman web yang macam2 tu. Dah lama saya sebar2kan. Takpelah.. Semoga saya sentiasa diberkati dan diberikan petunjuk oleh Allah...

ADRIANA DAN TAMAN

Adriana loves taman so much. Kalau pegi Mydin mesti nak main kat taman. Sekarang ada lagi baru, nak main yang guna token tu. Takpelah dik, zaman Ummi dulu takde. So kasi can la kan..

Last week masa hari mengundi we went to AEON stesen 18. So kat luar tu ada taman. Since akak tak ikut tinggal la Adriana je.. Apa lagi 1 hour main sorang2. Tunggang terbalik dia main slide. Bukan slide yang tunggang terbalik, Adriana punya stail yang tunggang terbalik. Hishhhhh... Adriana dan taman tak boleh dipisahkan..

Horeyyy.. masa untuk main.. yahuuuuu

Baring pun best gak

Jap nak betulkan kasut

Jom duduk rileks dulu

Ready.. Gooo

Hishhhh.. sibuk je kasut ni

Hahh.. Ni baru best

Ni lagi hebat..


Dan lagi.. dan lagi... dan lagi