Ummi tengah mengikuti blog RM citer Cinta.. Biar Saja Ada..Malangnya dah beberapa hari takde entry baru. So terbayang2 gaya tulisan RM. Apa lagi Ummi pun pegi la grab Terlerai Kasih. Kalau citer Bila nak Saksi tak terasa sangat nak baca. I prefer Terlerai kasih. Dan kalau ada Suami tak Kuhadap, sure Ummi dah sambar.Tapi tulisan RM memang berhantu. Terasa Ummi lak yang berada dalam novel tu. Memang best la.. Teringat masa mula2 baca Terlerai kasih kat blog, meleleh2 air mata.. So bila baca novel kurang sikit tapi masih ada gak bab sedih2 tu. Ni heroin yang degil skit. Dan hero yang terburu2. Tapi yang pasti happy ending..
Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31
ILHAM FITRI…
Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji
padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu
kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja.
Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta.
Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau
sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan
berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak
bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin
menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah.
– Nur Wafiah.
“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu
dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah
“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am
peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah
aje.” – Ilham Fitri
NUR WAFIAH…
Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang
berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta
atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai
peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus
kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun
kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri
“Akaun dengan cinta, sama ke?” tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket.
- Wafiah
“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri
Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu
mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan
tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri
membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih
itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai
kasih mereka mungkinkah akan bersambung?
No comments:
Post a Comment