Mari kita tengok petua Ustazah bagi untuk renungan suami isteri.
1
. Puji - iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan
seperti masakan atau ucapan teria kasih apabila diberi pertolongan.
2.
Peluk- pasangan suami
isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap
mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih
sayang.
3. Penghargaan- amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4.
Perhatian - yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan
terasa diabaikan,
5. Persefahaman - persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan. Suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.
6. Pergaulan - pasangan suami
isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi
mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya
membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7.
Percutian - kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan
di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8.
Permohonan - doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami
isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami
isteri
- membaca surah Al-Imran ayat ke-31
- membacakan ayat ke-200 surah sama
bagi mengurangkan panas baran suami
.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah
mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan
mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah
tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika
kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai
akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap
keluarga,”
Belon kecil bertali
Dan bulatan besar, bulatan besar
Enam kiri kanan sifar di tengah
Tarik kiri, tarik kanan
Lurus ke bawah
Dua piring dilukis biar seragam
Piring besar di tengah ada roti pita
Pita yang lebih besar ada di atas
Tambah garis, jadilah DORAEMON!!