Tuesday, September 28, 2010

APPOINTMENT ADRIANA DAN KISAH AUTISM

Adriana ada appointment ngan Peads ari ni.. Sampai lambat so kat kul 5 baru la settle. Sib baik officemate Ummi blom kunci pintu. Kalau idak, tak bawa balik la beg Ummi.
Hypothyroidism - ermmm ngeri Ummi. Kesannya ialah terencat akal. Itu key point dia. Tu yang Ummi kena pastikan TSH Adriana WNL. Alhamdulillah doktor kata dah dalam limit dia. So lega rasa hati Ummi. Dulu TSH taklah tinggi sangat tapi takut la jugak. Doktor said maybe due to premature. La ni dah ok.. Berat for today 5.9 kg with panjang 59cm. Other development OK aje.. Doktor suruh Ummi monitor aje.. So next appt February 2011.

Tapi ari ni nak citer sikit tentang satu disorder ni. Ada sape2 tau tentang autism? Mari kita share tentang ciri2 autism.

Autism ni kira long life laaa. Forever with it. Tapi kita boleh improvekan their skill to be independent and boleh involve in community.
Ini ciri2 yang paling simple. Kang kalau citer yang medical sgt, susah la pulak nak faham.
· Ketawa yang tidak sesuai
· Tidak takut kepada bahaya
· Tidak sensitive kepada kesakitan
· Tidak suka dipeluk
· Main yang berulang-ulang
· Tiada kontek mata
· Suka bersendirian
· Sukar untuk menyatakan hasrat, mungkin guna isyarat sendiri
· Suka yang melampau kepada sesuaitu benda
· Suka ulang perbuatan yang sama
· Suka meniru perkataan atau ayat
· Respon yang tak sesuai atau tiada respon pada bunyi
· Suka pusingkan objek atau diri sendiri
· Sukar untuk bergaul dengan orang lain

Jadi cubalah check sekeliling anda semua. Ada tak anak/anak sedara/sepupu/jiran/anak kawan dan sebagainya yang ada ciri2 camni. Kalau ada bawalah jumpa doktor dan dapatkan intervensi awal.

Nanti kita citer detail skit pasal autism ni. Laaa ni nak rehat dulu...

Monday, September 27, 2010

ANAK DARA UMMI

Semalam masa Ummi sibuk2 tgh nak post entry, anak dara sorang ni pun dok sibuk jugak. Dia kata 'Ummi, nape takde gambar Isha?'. So Ummi pun promise la nak letak gambar dia. Pagi2 lagi sebelum gi tadika, ambil la gambar dia ngan uniform tadika. Pastu tanya lagi 'Bila nak letak gambar Isha?'. Ishh budak ni, sabar jelah. Ummi kan nak pegi office dulu. Mlm skit Ummi letak laaa.. So as a promise to her, inilah anak dara Ummi no 1.


Dah beso panjang rupanya anak dara Ummi ni. Dan semestinya boleh diharap. Senang bangat nak mintak tolong apa2.

Dia punya sayang ngan adik dia. Cuba tengok ni..

Adik dok diam2. Sat gi jatuh, akak tak tau...



Kakak sayang adik.......












Sunday, September 26, 2010

ALISSA - BUKU 1

Sebenarnya dah banyak Ummi belikan Alissa buku. Tapi buku hari ni sangat comel. Kebetulan jalan2 kat Jusco tadi. As usual, mesti dia nak singgah MPH. Ada la tu yang dia nak.. Apa dia minta semua Ummi kata 'tak yah la'. Pusing punya pusing, nampaklah satu buku comel ni. Buku Upin & Ipin. Tapi yang speselnya tentang buku ni ialah 'Jom Solat bersama Upin & Ipin'. Ummi apa lagi, sambar terus la buku tu. Alissa tak kisah sangat janji dapat beli buku.





Comel tak buku Alissa ni? Penerbitnya Pustaka Islamiyah Sdn Bhd.

Nampak tak contoh kat atas. Dia ajar camne nak ambil wuduk. Bagus2. Senang keje nak didik anak Ummi ambil wuduk dan solat. Ada jugak cara nak solat di dalamnya. Berbaloi2 la Ummi rasa beli buku ni.

ADRIANA NAK MENIARAP...

Semalam nampak Adriana dok memusingkan badan. Bersungguh2 dia dok pusingkan badan. Ntah camne boleh la pulak dia cuba meniarap. Chaiyok2..


Dah besar anak Ummi ye.. Dah tambah 1 lagi skill baru. Lepas ni jenuh la Ummi nak dok perhatikan. Takut la pulak lemas kang. Huhuuhu.. Nauzubillah..

Bila dah letih asyik nak meniarap, minum susu pun tambah banyak. Dalam masa 1 bulan naik sampai 2kg. Sihat beno anak Ummi yee..

SEBELUM DAN SELEPAS...

Inilah wajah anak Ummi sebelum dan selepas cukur rambut.. Tapi tetap comel kan..

Tengoklah muka Adriana yang penuh dengan bedak. Habis makcik2nya taruk bedak takut gatal kena rambut... Macam jatuh dalam tepung dah...
Taraaaaaaaa... Rambut dah takde dahhhhhh.. Botak dah anak Ummi.

AQIQAH, CUKUR KEPALA DAN BERSUNAT

Sedar tak sedar dah lebih 2 minggu kita berhari raya.. Ermm masih terasa bahangnya raya tapi Ummi rasa sama aje. Jumaat lepas buat kenduri aqiqah untuk Adriana. Alhamdulillah settle dah apa yang patut. Rambut dia pun dah cukur sekali. Sian anak Ummi. Botak la pulak. Now, jalan2 kena pakai topi. Jap lagi orang ingat baby boy la pulak. Petang tu juga ada makcik ni datang rumah sunatkan Adriana. Makcik tu kata dah 2 generation dia tolong sunatkan. Maksudnya Ummi dulu pun makcik tu yang sunatkan..
















Sesi melapah daging kambing














Masa cukur rambut buat syarat














Kelapa, gunting dan bedak sejuk



















Mak Tih dan Mak Cu tolong cukur sampai botak. TQ TQ.

CERITA TENTANG RAYA

Raya tahun ni kat Ipoh. So next year kat Pahang la yerkk...As usual, ikut giliran la.
Same routine - pegi Parit Buntar rumah Tok Ngah and Penang- rumah Tok Lang and Tok Tih.
Raya ketiga balik Pahang.. Nasib baik keluar rumah awal, kalau tak sangkut dalam jem. Kan orang dah start balik rumah masing2 nak keje. Tapi Ummi cuti seminggu. Nak buat kenduri aqiqah untuk Adriana.