Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA 2014

Assalamualaikum.....Hari ni last day puasa. Alhamdulillah, Alissa puasa penuh. Adriana macam biasa tukang tanya kakak nak air tak, nak kuih tak.. Sabar jelah. Dah la kakaknya puasa. Raya tahun ni di Ipoh.  Alissa tanya tak balik umah mak ngah ke? Tak best raya kat sini.. Kalau dengo dek Toknya mau kecik hati orang tua tu.. Tapi Ummi pun rasa tak best.. Yelah, bukan ada apa.. Raya pertama pergi Parit Buntar ngan Penang. Pastu dok umah. Orang pun bukan datang sangat kat umah ni.Kalau balik Pahang, sehari sebelum raya dah sibuk buat macam2. lemang, ketupat palas, nasi impit, kuah kacang dan rendang. Semua siap.. Kat Ipoh, sendiri masak.. Jadi Ummi dah siap masak sambal kerang dan rendang ayam. Giler beli kerang yang ada shell tu lagi. 3 kilo ok.. sabo jelah. yang tukang nak makan dok  terbongkang tido. nampaknya plan nak buat almond london kena tangguh dulu. letih sangat ni. SO Ummi nak ucapkan selamat hari raya kepada semua. berhati-hati di jalan raya.. jangan main mercun ye.. dan amalkan ziarah menziarahi ye.. tepon, tab dan sebagainya sila letak tepi dulu... maaf zahir batin...

Thursday, July 24, 2014

IKLAN RAYA 2014

Assalamualaikum..
Setiap tahun kita akan meihat iklan raya kat TV. Ada masa iklan raya best ada masa tak best. Tahun ni Ummi nak bagi bintang kat iklan RTM. Ada mesej di situ. Yelah, dengan peredaran zaman semua asyik dengan gadget aje. So mari kita kembali ke zaman dulu, iaitu gotong royong.

 

Ini iklan raya oleh Petronas. Short version. Ada lagi panjang..


 
 

Ini iklan raya by Nissan. Best jugak. Long version punya..



 

Ini iklan raya by RTM. Inilah realiti zaman sekarang. Ummi suka iklan ni. Bagus untuk anak2 belajar yang musim perayaan bukan untuk berkepit ngan handphone aje. Masa untuk berinteraksi dan menjalin hubungan mesra dengan keluarga.

 
 

Iklan raya by TM. Ok jugak..

Ok.. nak review iklan raya je. Tiba2 terasa nak survey iklan raya apa yang best. Ummi dah jarang tengok TV. So kena tengok kat youtube jelah..

Friday, July 11, 2014

SEMPUT

Assalamualaikum..

Dah 13 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, Alissa masih terus berpuasa. Adriana boleh selamba makan depan kakak dia. Tapi Alissa bukan heran pun. Semalam batuk. Balik dari rumah pengasuh, menangis. Kata Cikgu Ummi, lepas minum susu ngan makan koko kruch dia terus batuk tak henti2. Nampak cam semput. Aduh... Seksa jugak nak tunggu lepas berbuka. Ummi plak dah plan nak masak so tak beli kat pasar ramadhan. Huru hara sekejap. Lepas Maghrib terus pergi ke Poliklinik Gull. Tempat ni je yang ubatnya berkesan kat Adriana. Kena neb as expected. Nampak ok tapi nafas masih laju. Malam tidur suaranya asyik berbunyi. Ummi penat sangat sampai tak sedar diri. Last2 minta Mr Kingshah balik awal. Dah asyik dok melayan kawan2 kat kedai. Kul 3, kena pergi klinik lagi. Neb sekali lagi. Dan hasilnya hari ini, Ummi jadi zombie. Dah la ngan student yang nak kena supervise. Sabo jelah. Dugaan bulan puasa. Harap2 anak Ummi makin baik ye... Kata nak pergi jalan2....