Sunday, May 25, 2014

JOM BERENANG...

Assalamualaikum..

Musim cuti sekolah dah nak dekat. Mesti semua orang sibuk cari tempat nak pegi bercutikan.. Hotel sah2 busy. Ummi macam biasa balik kampung Ummi laaa.. Dah la susah nak balik. Jadi semua orang sedia maklum bahawa cuti sekolah aje Ummi akan ambil cuti seminggu. Dah faham sangat..

Tapi kali ni sebelum balik kampung kita duduk hotel dulu. Ummi ada kursus tapi budak2 ni sibuk nak mandi kolam renang. Selalu duduk hotel tak mandi kolam pun. Mana taknya, Ummi sibuk meeting or kursus. Mr Kingshah dok melepak dalam bilik aje. Bengang budak2 ni. Masa kat Pullman Putraya, boleh satu ari dok dalam bilik... Sabar jelah

So kali ni kita buat perjanjian ye. Kalau nak duduk hotel kena bawa budak2 pergi swimming pool. Maka, Mr Kingshah pun terpaksa bersetuju. Hhahaha.. Nak kena buat selalu camni. Ummi kan sibuk nak berkursus, silalah melayan anak2 ye. Memandangkan baju renang takde, jom la kita membeli belah. Dengan Mr Kingshah sekali beli seluar renang. Excited gamaknya.. Alissa kena beli baju renang muslimah. Dah besar anak Ummi ok.. Adriana beli baju renang biasa. Sib baik tengah ada promotion so ada 50% less. Balik check baju lama Alissa, lorrr muat lagi. Cuma seksi nampak bontot. Hehhehe..

Ni Alissa punya. Ada seluar panjang.. Ada tudung juga. Beli kat Mydin, oklah.. Susah jugak nak cari yang muslimah. Kalau ada pun harganya mak aiiii.. Ari tu pegi Bandung tak sempat nak cari. Memang dalam list tapi x sempat nak merayau cari...

Yang ni nampak bontot. Seksi.. Baju renang Alissa masa kecik..

Hah.. yang ni Adriana punya. Sopan sikit tapi dua2 pun boleh laaaa... Ikut suka nak pakai yang mana..
OK.. Jom kita bercuti sempena cuti sekolah ni.. Tak sabar nak bercuti....

SUSUN TUDUNG

Assalamualaikum..

Camne korang simpan tudung yang banyak tu. Ummi hanya ada sikit tudung express ni. Kurang berminat sebab muka Ummi yang bulat ni. Tak sesuai. Tapi beli jugak sebab senang bila nak cepat. Sambar aje tanpa perlu diiron. Tu yang penting. Malas nak iron.

Kalau pergi keje pakai tudung bawal. Maklumlah keje ngan kanak-kanak istimewa, bukan boleh pakai pelik2 sangat. Nak melompat dan bergerak mudah. So tudung bawal pilihan yang tepat. Ada jugak shawl bila nak pergi jalan. Shawl ni ok nak pakai tapi take time ok. Tu yang malas tu.

Ummi simpan tudung dalam rak bertingkat. Tindankan tudung2 tu. Lama2 berserabut jadinya. Yelah main campak aje. Tak tau nak simpan macam mana lagi. Yang penting boleh jimat ruang. Almari padahal yang enam pintu. 2 pintu untuk Mr Kingshah. Ummi punya sampai 4 pintu tu pun tak cukup. Sabar jelah...

Jadi hari ni hari mengemas. Pikir punya pikir tetiba dpt lak idea ni. Jom kita rollkan tudung ni. Senang nak nampak dan jimat ruang. Bunyi macam best aje. So kita bandingkan..

Nilah rupanya bila pakai campak aje. Bila tarik berselerak semula. Masa nak simpan tudung pakai letak aje. Janji masuk dalam tempat dia..

Ni untuk shawl dan bawal yang bercorak. Shawl tinggi skit. So cam tak berapa kemas. Tapi ok laaa... Senang nak nampak dan ambil


Yang ni untuk tudung bawal yang plain. Ok tak? Senang nampak dan senang nak ambil..

Senang susun ikut warna. Pilih aje yang mana nak..

Dan lagi.. Jangan muntah sudah...

Gini la gaya bila dah letak dekat rak tingkat tu.. Ni yang paling atas...

Yang ni bawah dari tudung bawal.. Harap2 bolehlah berkekalan. Nak kena tengok berapa lama boleh tahan. Praktikal atau tidak cara ni...

OK.. Jom kita mengemas. Banyak lagi nak share tapi Ummi ni malas sungguh laaaa... Banyak gambar tapi buat pekasam dalam hp.. Nasib laaaa

NOVEL - MENANTU VS MENTUA

Assalamualaikum.....

Jom review novel Menantu vs Mertua.. Penulis dyadila juga penulis buku doktor cinta dan giler kau. Ummi tak beli lagi buku giler kau tapi dah baca dalam blog agak banyak jugak la... Tiba2 keluar buku ni. Tajuk cam malas sikit nak baca tapi penulis ni not bad. So grab jelah.






No. ISBN:- 978-967-0448-66-4
Jumlah muka surat:- 768
HARGA SEMENANJUNG: RM28, AHLI KN: RM24
HARGA SABAH/SARAWAK: RM31, AHLI KN: RM27


Sinopsis:-

Disebabkan satu peristiwa yang tak disengajakan, Izz Rayyan Iskandar telah menjadi hero di hati Qeesya Ameena. Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Qeesya menjadi angau, sehinggakan dia membuat keputusan untuk melamar lelaki itu.

Dalam usaha memikat hati dan cinta suaminya, dia terpaksa berdepan dengan Puan Sri Afifah. Bagi Puan Sri Afifah yang datang ke rumahnya bukan menantu tapi, hantu. “Qeesya Ameena kau ada dua misi. Satu, projek memikat Izz Rayyan Iskandar. Dua, projek memikat hati Puan Sri Afifah a.k.a Queen of the Lions.”

Sejauh mana hubungan Qeesya dan Rayyan dapat bertahan? Dan adakah mampu Qeesya melembutkan hati mak mentuanya yang keras ibarat batu-bata itu?

“Sumpah, aku menantu bukan hantu!”

Ummi suka gaya bahasa penulis yang sempoi. Watak heroin sangat tegas, berani dan tabah sama cam Mazliana dalam Doktor Cinta. Ikatan kekeluarga yang dipaparkan dalam novel ni sangat menarik perhatian. Hampir semua watak heroin penulis ni takde family or anak yatim. Tak kisahlah janji suami diaorg tip top. Ada niat pada mulanya nak terus skip ke belakang tapi lepas tu bukak balik page by page. Macam tak puas hati bila ada perkataan yang tertinggal. Lama jugak Ummi baca buku ni. Air mata jangan cakaplah. Memang mudah nangis baca. Huhuhu. Sama cam baca Doktor Cinta. Ummi yang terover ke? Dushhhh...

Qeesya Ameena atau Qees jatuh cinta dengan Izz Rayyan Iskandar. Niat nak mengorat Rayyan. Tak si Qees ni tau yang Rayyan tu boss besar tempat dia buat projek syarikat dia. Masa misi mengintip Rayyan terserempak dgn nenek si Rayyan. Apa lagi si nenek dah terbekenan dengan Qees.

Qees dari kecil duduk dengan mak angkat dan 'abang angkat' Khairul. Khairul si mekanik. Hubungan diaorg sangat rapat sampai cam pasangan kekasih je. Tapi pada Qees, Khairul tu sekadar abang dia aje.

Mak Rayyan Puan Sri Afifah plak ibu tunggal. Ada 3 anak - Rayyan, Rania dan Faez. Rania tak suka Qees. Faez lak kamcing ngan Qees. So dalam paksa memaksa Rayyan kahwin, akhirnya Rayyan pilih Qees sebab tak nak ikut pilihan tuk wan. Rupa2nya pilihan tuk wan memang Qees, Rayyan je tak nak tengok gambar Qees yang tuk wan bagi.Hahahha...

Puan Sri Afifah tak suka Qees tapi Qees selamba aje ngan mak mertua. Hebat tul berlawan cakap dgn mak mertua. Banyaklah halangan berlaku. Kekasih lama Rayyan merangkap sepupu dia balik nak tackle Rayyan semula. Nasib baik Rayyan ni setia. Mak angkat Qees meninggal tanpa sempat Qees tengok. Pastu Khairul plak meninggal masa nak selamatkan Rania. Rania jadi trauma. 

Dan banyaklah dugaan buat si Qees nni. Kesian, emosi terganggu. Nak tau kesudahannya, jom beli dan baca buku ni. Yang pasti happy ending. Jangan skip masa baca ok. Mesti meleleh air mata. Hahhaha..

Tuesday, May 13, 2014

JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

Alhamdulillah, dah merasa lalu jambatan kedua Penang. Last weekend balik Penang. So terus ambil kesempatan lalu jambatan kedua. Memang jimat masa - 30 minit jugaklah. Cantik pemandangan cuma tak berapa nampak laut. Ada laluan untuk motor. 2 lane dan kereta pun tak banyak. Tol RM 8.50. Oklah.. Jambatan ni tak lurus, bengkang bengkok skit. Reason? Angin lintang, kedalaman dasar laut? Tak tau. Tak kisahlah bengkang bengkok janji jimat masa.













ORKID

Assalamualaikum..

Siapa suka bunga? Ummi suka tengok dan pegang tapi malas nak tanam dan jaga. Senang tanam pokok yang dibiarkan aje dalam pasu dan sentiasa berbunga macam pokok bunga berduri tu ( tak tau nama). So kat umah ni banyak pokok yang tak berbunga. Senang, nampak daun aje. Kakak Ummi sangat suka tanam pokok bunga. Balik kampung berwarna warni bunga dia. Ikut season plak tu, Kalau tengok famous ngan bunga ong, dia tanam. Bunga burung, dia tanam. Rajin sungguh. Berbudi pada tanah banyak lah hasilnya. Kan.. Arwah abah jenis tangan yang menjadi bila tanam pokok. Alhamdulillah sepanjang hidup Ummi, banyak makan buah yang ditanam oleh abah. Apa buah yang tak abah tanam. Jimat beli buah. Mangga, jambu madu, buah naga, buah mata kucing, buah salak, buah pulasan, nenas, durian. Yang paling hebat tanam pokok gaharu. Tapi bukan boleh dimakan ye buahnya. Kayunya yang orang cari. Buat minyak wangi.

Ok, balik Penang minggu lepas nampak banyak bunga orkid kesayangan Mak Lang. Tuannya takde pun berbunga jugak ye. Ni yang jenis suka orkid. Semua spesis ada. Sorry gambar tak berapa cantik sebab guna hp cokia je..







Monday, May 12, 2014

LAKSA ASAM

Assalamualaikum..

Korang suka makan laksa tak? Alissa suka sangat makan laksa Penang. Tapi Ummi tak tahu nak buat kuahnya. Hehehehe. So minggu lepas Ummi cuba masak laksa asam. Selalunya Ummi buat laksa lemak (kuah putih santan). Apa lagi mari telefon master chef. Ada resepi dalam internet tapi Ummi lebih selesa telefon kakak Ummi yang boleh dikategorikan sebagai master chef. Laaa... ingatkan susah nak buat kuahnya. Rupa2nya senang aje. Sempoi aje resepinya...


Bahan-bahan
A. Laksa
- Ummi tak suka laksa kuala (Kuala Kangsar) yang licin tu. Memang jimat masa sebab rebus kejap aje. Tapi kurang urmppp.. Ummi pilih laksa beras yang kena rebus lama tu.
B. Kuah asam
- ikan sardin/selayang/kembung etc (4 ekor je) rebus dan blender isinya
-  2 biji bawang besar (blender)
- sedikit belacan
- cili kering (blender) /cili giling
- air secukupnya
- garam secukupnya
- serbuk perasa secukupnya
- daun kesum
- bunga kantan
- 5  asam keping

Cara-cara
1. Rebus ikan bersama sedikit garam dan asam keping
2. Perisikan ikan. Blender isi ikan. Kemudian blender tulang dan tapis tulangnya.
3. Masukkan bawang, cili kering/cili giling, belacan yang telah diblender ke dalam periuk. Kemudian masukkan isi ikan dan tapisan tulang ikan. Masukkan air.
4. Masukkan juga daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
5. Apabila mendidih masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Setelah siap, sedia untuk dihidangkan.
sebelum masak
Selepas masak. Kurang warna sebab tak pedas..

C. Ulam
- timur - hiris halus
- bawang - dihiris
-cili melaka  - dihiris

Thursday, May 8, 2014

REVIEW NOVEL HARI HARI AKU RINDU

Assalamualaikum..

Jom kita review novel by penulis Izz Alenjandra. First novel Ummi dah baca.Sungguh aku gilakan kau. Kalau tak silap tajuknya. Best jugak. But this second novel lagi best. I like ok. Maybe ada yang fikir apa yang seronok sangat novel ni. Tapi Ummikan jiwang karat punya orang. Of course suka ayat gula2 dalam ni. Tambah lagi dengan lelaki yang tak putus asa. Hanya dua pilihan samada lelaki yang cinta giler kat perempuan atau perempuan yang kebal hatinya. Tapi masa baca blog dia pun Ummi dah suka. Tak tau kenapa. Gaya bahasa best. Jalan cerita best. Smooth aje pada Ummi.



Angkara kisah hitam yang menghantui hayatnya sebelum ini, NUR SARAH NADYA trauma tidak berkesudahan. Harga diri dan hatinya juga hancur lebur. Apa yang dia mahu adalah membuang jauh peristiwa pahitnya ketika bersama FARIZ yang telah membuatkan kehidupannya kelam derita.
Tatkala memori hitam terpendam bersama Fariz masih tidak dapat dilupa, hadir pula insan lain menambah luka.
“I tak nak kahwin dengan you. I bencikan you. I tak tipu. I tak boleh kahwin dengan orang yang I benci. What do you expect from me? You ingat I boleh jadi isteri yang baik untuk you selepas apa yang dah jadi ni? You ingat I ni tak ada upaya? Dah tak ada jalan lain dan terdesak sangat sampai terpaksa jadi isteri you?” – Dhia.
Dialah KHALISH NAUFAL. Lelaki yang sukar diramal hati dan tingkah lakunya. Pandai bermain kata-kata manis. Tiada yang baik tentang empunya diri. Benarkah dia lelaki yang hanya tahu ambil kesempatan?
“Tak payah nak baik sangat dengan I.” – Dhia.
“Why? You takut jatuh hati dengan I?” – Naufal.
“You buat lawak ke apa, ni? You tahu I benci you, kan? You dah hilang ingatan kut? Hari-hari hidup I celaru sebab you! Hari-hari I rasa nak bunuh you!” – Dhia.
“Esok lusa you akan rindu I pula. Hari-hari. I’m sure of it.” – Naufal.
Rentetan sebuah rahsia yang sengaja disembunyikan, hidup Nur Sarah Nadya tambah tertekan. Rahsia yang menyebabkan Fariz kembali mengganggu dirinya. Apa yang dimahukan oleh Fariz? Antara harta dan dan kasih sayang, mungkinkah nyawa menjadi taruhan?
“Apabila lelaki ni tak ada nanti, Sarah akan jadi milik abang. Hanya abang sorang aje yang berhak dapat Sarah. Abang akan pastikan lelaki ni tak wujud lagi selepas ni!” – Fariz.

Naufal lelaki yang tidak berputus asa. Dhia@Sarah perempuan yang asyik menolak. Hingga satu masa terbit rasa cinta Dhia pada Naufal yang dah jadi suaminya. Fariz abang tiri yang tak putus asa nak memenangi hati Dhia kerana duit. Emak Dhia yang mata duitan.
Korang baca lah sendiri. Penat plak nak tulis panjang2. Tapi macam best kalau dapat lelaki cam Naufal (maafkan kesalahan dia yang dulu ye, kaki pompuan, kasanova) yang sekali cinta selamanya akan cinta. Pulau Maldives menjadi saksi cinta. Jangan lupa datang ngan package - muka mat salih, kaya dan sanggup buat apa saja demi Dhia. Hhahhaha..
Dhia pun apa kurangnya. Cantik, kaya (tapi penghujung cerita). Cuma asyik menolak aje. Tu yang sakit jiwa sekejap.

Anyway, banyak benda kita boleh belajar dari novel ni. Jangan ambil yang negatif aje sebab banyak pengajarannya. Inilah situasi yang berlaku dalam masyarakat sekaragN ni. Apa pun happy ending ye. Ummi bagi 5 star....

SELAMAT MEMBACA.

Saturday, May 3, 2014

NOVEL - HARI HARI AKU RINDU

Assalamualaikum..

Hari ni Ummi beli novel baru. Melihat kepada penulisnya, ermmm antara e novel yang Ummi selalu ikuti. Akhirnya keluar jugak citer ni. Hampir 1/3 Ummi baca kat blog. Lately bila baca novel macam ta k bersemangat nak habiskan. Especially kalau dah pernah ikuti kat blog. Seem like bila baca hardcopy rasa cam tak best. Or nampak cam penulis nak cepat2 habiskan citer je bila dalam bentuk hardcopy. Sbb tu sekarang ni sangat memilih bila beli buku. Kena berbaloi la dengan duit yang dikeluarkan. Yang pasti kalau novel yang penulisnya seperti Melur Jelita, Hanni Ramsul, Rin Ahmad, Hanina Abdullah, Emy Roberto dan beberapa lagi memang antara yang terbaik.

Ok, Ummi baca dulu buku ni sebelum Ummi review later. Adios....