Tuesday, April 15, 2014

SIMPAN BEG PLASTIK

Assalamualaikum..

Macam mana korang simpan plastik2 hasil belian barang tu ye? Ala beg2 plastik tu macam kalau korang beli barang kat Mydin then dorang isi dalam beg plastik yang ada tulisan Mydin tu. Ummi kalau beli barang memang banyak dapat plastik tu. So recyle untuk buang sampah dalam tu. Tapi bila terlalu banyak dia akan makan ruang. Yelah pakai main sumbat aje. Kadang2 penuh satu beg plastik. So again semalam (hari mengemas kot) Ummi cuba lipat plastik tu. Masa Ummi pergi Bandung ari tu, jumpa satu tempat makan yang dalam toilet dia ada satu plastik yang dilipat segi tiga, Comel aje. Bila dibuka besar juga beg plastik tu. Boleh isi diaper Adriana. Good idea. 

Ni beg plastik tu. Dilipat segi tiga. Kreatif dan rajin dorang ni. Tapi memang jimat ruang..


 So marilah kita lipat beg plastik tu ye. Memang jimat ruang. Yang besar Ummi letak satu tempat. Yang kecil Ummi letak dalam bekas macam kat bawah ni. Senang nak letak diaper Adriana bila dah BO. Nampak kemas dan mudah nak ambil. Tak lama pun nak lipat. Budak berdua ni jadi tukang sibuk nak lipat jugak. Sambil2 tengok TV boleh buat benda ni.

Tengok.. Beg plastik Mr DIY ni memang besar. So Ummi sumbat semua plastik dalam tu

Ni bekas Ummi beli kat Daiso. Dia cam plastik gitu walaupun nampak cam kain. So lipat dan simpan dalam ni.

Masih ada ruang nak simpan. Tekan aje sampai ke bawah.
Selamat mengemas ye...


NOVEL DAN NOVEL

 Assalamualaikum..

Ummi nak cerita tentang novel yang Ummi ada. Kalau tak silap sejak sekolah menengah Ummi suka baca novel. Apa jenis novel pun Ummi baca. Sampai karya Usman Awang pun Ummi layan. Boleh kata semua novel or buku cerita kat library asrama dulu, Ummi dah cover. Tak cayer cuba tengok senarai nama peminjam. Hehehhehe..

Tabiat membaca ni memang dari kecil. Apa jenis bahan bacaan Ummi tibai termasuklah masa makan nasi lemak pembungkus nasi lemak pun boleh jadi bahan bacaan. Pantang jumpa buku. Tapi of course minat utama masih kepada novel. Tak silap, Ummi mula berjinak2 dengan e novel sejak beberapa tahun yang lalu. Kalau sebelum ni kena kumpul duit beli novel sekarang ada aje novel yang free online. Cuma letih nak menunggu sampai habis. Ada juga yang tulis separuh jalan then publish. Yelah takkan nak bagi baca free ajekan. Tak untung la penulis tu. Dulu Ummi pernah bercita2 nak jadi penulis novel. Berangan memang nombor satu. Penah jugak Ummi buat novel syok sendiri. Tapi buang  sebab banyak yang merepeknya.

Tahniah kepada penulis yang berjaya menerbitkan novel korang. Korang memang hebat. Cuma lately Ummi cam kurang sikit nak continue baca online. Tak banyak cerita yang menarik dah. Dah Ummi pastinya memilih sedikit untuk membeli novel di pasaran. Dah beberapa kali beli tapi baca separiuh aje. Penghayatan kurang. Masa baca online best plak tapi bila dah beli macam tak best lak. So sekarang Ummi sangat memilih penulis ye. Yang pasti Melur Jelita, Hani Ramsul, Rin Ahmad, Ila Shanahila menjadi pilihan. Ada lagi beberapa penulis yang buku mereka Ummi beli 3-4 buah. Tapi buku Melur Jelita dan Hani Ramsul semua menjadi koleksi Ummi. Sangat suka OK. Suka Suka Suka....

Semalam Ummi kemas semua novel yang ada. Asalnya semua novel ni dalam rak buku. Tapi nak kena asingkan sebab dah tak cukup ruang nak letak benda lain. So novel akan ada rak mereka sendiri. Ummi susun buku dari yang nipis, sederhana tebal dan paling tebal. Total semua novel yang Ummi ada ialah 120. Tapi Ummi percaya masih ada orang yang ada lagi banyak novel.. Caiyok laaa


Abaikan tarikh. Sebahagian darinya..

Dan lagi abaikan tarikh yang tertera pada gambar. Salah beb. Tengok novel Ummi lebih tinggi dari Adriana.
dari kiri - nipis, sederhana tebal dan tebal


Antaranya....

Dan lagi...

Semua pun novel Melayu

Ada 2 my favorite book. Judith McNaught  -Perfect dan Paradise. Yang lain ntah ke mana. Jangan tak cayer ni buku original ok. Siap balut lagi.. Sayang ni..

KILAT OHH KILAT

 
 

Assalamualaikum...

Petang semalam hujan sekejap aje. Masa kat office hujan start pukul 4 rasanya. Tapi again disebabkan kilat, habis TV besar Ummi ngan Astro. Hhuhuhuhu... Sedih betul la. Kali ni dah tiga kali melibatkan TV dan Astro. Dulu modem asyik kena. Adoi laaaa. Rumah Ummi ni laluan kilat ke? Musykil sungguh. Jiran sebelah kena kat kipas. 

Jadi silalah tengok handphone dan tab aje ye. Jangan tengok TV dah. TV kat atas ni pun ikut sama menjadi sunyi. Yelah malas nak pasang. Sape suruh cabut semua wayar. Sorrylah kalau nama Ummi nak pasang balik. Elok untuk budak2. Semua tidur awal...

Ummi baca kat internet, diaorg boleh datang tengok repair apa yang patut. Tak tau la. Lantak ko la Mr Kingshah. Ummi dan penat seharian di office. Buatlah apa yang patut. TV tu kalau boleh direpair, akan Ummi repair. Kalau tak, silalah semua orang tengok TV kecil aje ye. Jangan harap Ummi nak beli yang baru...

Sunday, April 6, 2014

HAPPY BIRTHDAY MR KINGSHAH

Assalamualaikum..

Hari ni birthday Mr Kingshah. No celebration. Semalam dah pergi AEON, kiranya cam celebrate awal la ye. Cuma petang ni Alissa sungguh2 nak buat kad. So buat la kad ala ciptaan sendiri. Tak sempat plak nak ambil gambar. Pastu budak2 ni merengek nak makan kek. So moh la kita ke Secret Recipe. Cari coklat kek. Ummi dah muak kek coklat tapi budak2 ni mana makan cheese kek. So terpaksa beli juga kek coklat. Beli moist chocolate cake. Ermmm manis sangat. Kurang suka. Tapi nando pilihan. Ni ada yang sampai seminggu tak habis lagi kek. So esok nampaknya kita bagi jiran2 dan kawan2 budak ni. MIL kata nape beli banyak sangat. Tapi beli sikit macam rugi plak rasanya. Takpelah, yang lebih kita kongsi ngan orang lain. Tak gitu...

Tada..

Happy Birthday Papa.. WE LOVE YOU..

moist chocolate cake

Sendiri kira umur berapa..

Ready.. Happy Birthday to you Papa..

Sesi potong kek

Adriana yang teruja..

Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa diberkati olehNya.

Saturday, April 5, 2014

RAGAM ANAK

Assalamualaikum...…

Semalam waktu ambil Adriana dari rumah babysitter,  dia nangis. rupanya nak makan donut tp bgtau waktu dah pukul 10. manalah ada orang jual donut lg. so bila bgtau nak pegi mydin,  muka pun happy la sikit. memandangkan nak pegi lepas maghrib jadi kenalah tunggu kat rumah. adriana kata "ummi,  jangan masak tau". ermm tu signal nak makan kat luar atau dia takut bila ummi masak maknanya tak kluar. sabar jelah anak ummi sorang ni.

so pergi mydin tanya nak makan apa? dia kata nak makan nasi goreng (merujuk pada nasi goreng kat pak hailam kopitiam) dgn donut strawberi. nasib baik sempat beli. rezeki la tu. balik terus makan. huhhh lepas dah kempunan nak makan donut. adriana.. adriana

ummi terkaku dan terpegun sekejap bila ada laki orang ni join kelab janda: kelab cari jodoh.. apehalllll.. or apehelll.. oooo biar beno lelaki zaman sekarang ni. ke ada jugak pompuan bini orang yg join kelab duda? masyallah...…  apa nak jadi... ya allah jauhkanlah aku dari menjadi sebahagian dari kalangan ini...…  minta jauhkan..

Friday, April 4, 2014

CUTI CUTI BANDUNG 2014 DAY 5

Assalamualaikum..

Takde gambar dah sebab ingat nak balik aje. Lebih kurang kul 6.00 pagi pak supir datang. Dalam 15 minit sampai la airport. Bagi duit transport ngan upah dia sekali. Thank you Pak Norman. Next time datang saya book Pak Norman lagi ye. Masuk dalam belum boleh check in luggage lagi. Citer pasal luggage, timbang kat hotel beg merah tu 23kg dan beg biru dalam 17 kg. Ada space lagi. Dulu masa gi Sydney hambik ko dua2 beg 30kg. Datang bawa beg merah, Balik terberanak plak beg. Beg biru tu memang letak siap2 dalam beg merah. Senang nak menambah. Tak payah beli beg baru.

Sila bayar tax RP75k semasa di airport ye. Kalau tak jenuh kena halau pergi bayar. Adriana pun kena. Alhamdulillah flight tak delay. Mr Kingshah ngan alissa siap pergi makan. Mr Kingshah ajak tapi Ummi malas. Dia nak menghabiskan rp50k. Alih2 kena tambah RM 15 lagi. Kalau Ummi join dah tentu kena bayar banyak lagi. Takpe sebab dah beli meals dalam flight. Tapi bukan untuk Ummi. Huwaaa..

Masa nak take off kapal terbang ni berhenti kejap. Pilot dia sikit punya ramah. Siap bagitau route yang nak kena lalu. Tapi x nampak pun. Dari kapal terbang ni berhenti then tiba2 dia terus laju dan take off. Sabo jelah. Terkejut Ummi tapi memang laju giler. Ada la sikit turbulance tapi masih ok. So Alissa ngan Adriana makan nasi lemak Pak Nasir. Habis. Hebat betul budak berdua ni.

Sampai kul 11.30 pagi. Ambil luggage, lalu kastam then bayar parking. Total RM 153.20. Oklah tu as compare to before. So next time kena park kat zone c jelah.

So end story about Bandung. Korang kalau nak pergi Bandung untuk shopping 2-3 hari dah cukup dengan syarat bukan masuk semua kedai la.. Tapi kalau nak sight seeing kena ada xtra day. First visit, cuma pergi Tangkuban Parahu. This visit, Ummi insist nak pergi Taman Safari dan Kawah Putih. Experience yang berbeza. Nak bawa anak pun ok aje. Tapi tak boleh aktiviti padat sangat. Budakkan banyak ragam... Insha Allah ada rezeki kita datang Bandung lagi. Matlamat kali ni shopping aje. Hahhahaha.. Erm patut tak Ummi pergi untuk berbisnes kali ni?

nilah begnya. Kecil aje. Hhahahaha. Ni sebesar2 beg ok

CUTI CUTI BANDUNG 2014 DAY 4

Assalamualaikum..

Jom kita sambung dengan hari k e4. Pakai tudung baru beli. Labuh jugak. Tapi nampak serabai aje. Boleh la janji tak panas.
Tuan blog
Breakfast kat hotel. Save duit. Tapi pagi ni memang tak makan banyak. Tujuan utama ari ni ialah Kawah Putih. Korang jangan muntah tengok gambar yang banyak kat Kawah Putih.

Depan hotel

Banner Bangi Kopitiam. Masuk hotel ni akan nampak cafe ni dulu. Di belakang ada Gino Ferruci Hotel.

ginilah rupanya..






Untuk ke Kawah Putih, pak supir bawa jalan tikus. Dia kata hanya orang yang biasa aje boleh lalu jalan ni. Kalau tidak menempuh jem la korang. Sebab jalan dalm kawasan perumahan. Kami lalu Taman Kopo tapi bukan Taman Kopo Indah tempat kain tu. Di sepanjang Taman Kopo ni ada banyak kedai kain. Yang kainnya untuk buat t shirt dijual secara timbang. Tanya jugak supir murah ke? Dia kata bergantung.. kedai ni dah lama wujud cuma takde pelanggan sbb kawasan jem.. On the way nak pegi jumpa hotel POP kalau tak silap. Jauh giler dari FO. Supir pesan jugak, kalau nak cari hotel kena fikir tempat nak shopping. Kalu tak buang masa atas jalan. It's true sbb Bandung boleh tahan macet.

jambatan keretapi lama

sawah padi. saujana mata memandang

jom kita..
Dalam perjalanan ada banyak sawak bertingkat. Bau daun sup sangat kuat. Rupanya diaorg tanam daun sup ngan daun bawang. Pak Supir berhenti kat satu kebun strawberi. Wah suka suka..Banyaknya strawberi.. Free je nak masuk kebun ni. Tapi beli la strawberi tu.. Geram tengok strawberi yang merah2 tu.


posing dulu sebelum petik starwberi. Adik eksyen pegang gunting

merah kan..
jom saya nak gunting tangkai strawberi ni
Saya pun nak petik

lagi


geramnya tengok strawberi ni.. Saya suka



luas kebunnya..

kat belakang pun ada lagi
















buah banyak. merah2 aje


Sekilo RP40k. Murah aje. Dah la besar ngan manis plak tu. Ni kitaorang petik sendiri. Dalam setengah kilo. RP 20k je.. Dalam kereta kitaorg dok asyik makan strawberi.

Sampai Kawah Putih kitaorg parking kat bawah. Kat parking kereta ada orang tanya samada nak naik atas ngan kereta. Asalnya nak naik kete tapi cancel la. Naik ontang anting aje. Memandangkan tak ramai orang sebab sampai awal tak cukup 12 orang so setiap orang kena bayar xtra. Kawah putih punya entrance fee lebih murah as compare to Tangkuban Parahu. Tak ingat berapa daaa tapi Pak Supir tolong belikan. Harga lokal rasanya. Kalau naik ngan kereta kena bayar RP 150k untuk kereta sahaja dan entrance fees untuk penumpang lain.

Jom naik

Muat ke 12 orang? Kitaorang berempat pun dah takde space. Kalu semua besar2 heshhh

macam pintu gerbang gitu..

tempat ontang anting menunggu nak balik ke tempat parking



Pesanan penaja

Citer skit..


tangga nak turun ke bawah

konon nak pakai mask. last2 buang ke tepi. Bau tak kuat sangat

subhanallah cantiknya ciptaan tuhan


































Mr Kingshah ngan Pak supir



jom balik









Memandangkan masih ada barang yang nak dibeli di Pasar baru, maka siri jelajah Pasar Baru kena buat lagi. Ari ni tujuannya nak beli kain pasang untuk MIL and SIL. Tu keje Mr Kingshah sbb adik beradik Ummi sendiri senttlekan. Tapi dia buat tak tau je. Amik ko kena pegi lagi. So Adriana mengambil kesempatan untuk membeli tudung. Dari semalam dok merengek nak tudung. Jeles sbb Ummi ada tudung baru. Hahhaa.. So merayau la kitaorg dalam tu. Pusing punya pusing jumpa kedai jual tudung budak2. Comel aje. Kain pun nak berkualiti. Ada macam2 design. Princess, Bee etc. So mari kita ambil yang starwberi punya.

Dalam kedai ni ada Barbie gaya muslimah. Comel.....

Nilah tudungnya. Kalau tak silap ada size 4 tahun, 5 tahun dan 7 tahun. Harga RP 53K
Comel tak saya .. Peace lagi
brownies from amanda
Dah puas beli barang kat Pasar Baru, singgah la beberapa factory outlet. Mr Kingshah masih ngan baju hard rock. Nak beli kat kengkawan dia. Untung la jadi kawan dia ye.. Pergi balik FO Oasis dan pusing2 la kat sekitar situ. Tak beli apa pun. Jalan2 aje. Memandangkan duit dah tak berapa nak ada so decide nak beli Brownies. Tapi kali ni tak nak beli banyak sebab takut membazir. So beli 3 kotak aje. Satu bagi pak supir. Mula2 pergo Kartika Sari tapi Ummi memang tak berkenan layanan kat situ. Ermmm tak menarik untuk membeli tapi budak2 ni beli small kek kat situ. Last2 minta pak supir bawa Amanda yang kat Paskal tu. Ummi suka beli kat situ sebab senang dan mudah. So dapatlah beli seperti yang di atas. Brownies kukus coklat RP35k dan brownies kukus cheese cream RP 50k. Murah ajekan dan sedap la pulak. Rugi plak tak beli banyak. Tapi duit pun dah kering.

salam satu gambar di dinding hotel. Rasanya dekat lobi yang ini.
Malam macam biasa makan dekat Bangi Kopitiam. Nak perabihkan duit. Ermmm best plak dok melepak aje. Dah penat bekerja ni masa untuk reward diri sendiri. Balik bilik kita kemas barang. Huhhhh jenuh nak masukkan semua dalam beg. Luggage esok 50kg je. harap2 cukuplah...