Monday, March 31, 2014

CUTI CUTI BANDUNG 2014 DAY 3


Assalamualaikum..

Day 3 - Semua berbaju biru. Cadangnya nak pegi Kawah Putih tapi kesian plak kat Pak Supir. Semalam baru balik dari Taman Safari. So decide round town jelah. Ermmm Masa untuk Ummi plak membeli belah. Mr Kingshah dah settle barang dia. Kalau tak muncung aje. So let's start the day dengan breakfast dulu. Memandangkan semalam Mr Kingsah complained Alissa makan sikit so ari ni semua orang join makan.Bayaran untuk Alissa dalam RP 45k. Menu macam dulu jugak. Ada roti dan pastry, nasi dan lauk, bubur dan sup and buah. Oklah tu.

lorong baru ke superior room
Cerewet bab makan. Memang jenuh nak bawa dia gi jalan2
Steady je..
Tak habis2 ngan peace dia
Biru ok ari ni
tepi tu ada dua ekor kura2 dalam kolam kecil..
Nilah entrance hotel Gino Ferruci Kebon jati. Ada dua Gino Ferruci kalau tak silap.. Check betul2 kat area yangb mana satu
Habis breakfast jom kita ke Pasar Baru. Dekat aje ngan hotel. Tapi sebelum tu pak supir bawa gi kedai Pak Tedie dulu. Kang tak best plak anak buah tak bawa tokey punya kedai. Cuma kat sini kain pasang sume 4 meter. So beli satu tuk Alissa satu untuk diri sendiri sebab berkenan ngan warnanya. Rupa2nya susah daku nak buat baju sebab banyak sulam kat bahagian bawah. Buat baju kurung moden aje yang boleh. Hhuhuhu

Siap je terus ke Pasar Baru. Mr Kingshah siap tolong tukarkan wiper Suzuki APV si pak supir. Semalam memang tak berapa nak nampak jalan masa hujan. Sabo jelah. Sampai Pasar baru dalam kul 10 pagi. Kereta dah banyak. Pak supir memang tau selok belok jalan tikus. So jom mencelah2 dari kena beratur sampai berjam2. Cam biasa tempat yang Ummi pergi ialah Sir Cinta. Tingkat berapa lupa lak. Tapi parking kat situ dan kat situ jugalah kedainya. Cik Tina jurucakap Sir Cinta akan bagitau siap2 apa yang ditawarkan kat kedai ni. Tapi Ummi dah tau.. Yang penting kainnya 5 meter. Cukup untuk ku buat baju.

kain, kain, kain.. Cam tak banyak sulaman baru..

Rambang mata dibuatnya..

ok ke ni?

tukang kirai kain..

sempat lagi tu

model cilik

Ummi berkenan ngan kain pasang ni. Mahal sikit sebab ikut jenis kain. Yang spesial sebab hanya ada satu aje kain dan corak camni. Jangan jeles... Cam nak buat baju raya je..

penat la tu...

Ni antara corak dan kain yang ada. Paling murah RP 250K. Kira murah la kan. Ko sorang je yang ada. Takde duplicate punya..
Sempat juga Ummi singgah beli kain cotton. Belasah aje beli. Ummi bukan pandai sangat bab kain ni. Singgah juga beli tudung. Esoknya terus pakai tudung. Sila tengok tudung hari ke 4 ye kalau nak tengok rupanya..Tips nak beli kain pasang - beli yang 5 meter sebab mudah tailor korang nak jahit. Tambah kalau badan plus cam Ummi ni. Ummi prefer yang manik or sulam yang takde kaki. Sebabnya payah nak buat baju lain kalau ada sulam kaki, hanya baju kurung moden aje. Belek2 semua baju tu takut ada cacat cela. Ummi belasah beli aje. Dah balik baru bukak. Dasar....

Ok sekarang kita ke Toko Tiga. Mak aihhh harga totally different as compare to before. Mr Kingshah tak dapat cari baju Hard Rock. Ummi tengok harga jeans, baik beli kat Malaysia je. Cuma kena cari gak jeans untuk Alissa. Takde sluar dah budak ni. Dah la susah nak cari seluar. Ermmm. Akhirnya dapat jugak seluar setelah menerai beberapa kali. Ya Allah harga lebih mahal dari jeans Mr Kingshah.


Toko Tiga. Bukan pilihan lagi.
Ok, jom kita makan tengahari. Perut dah lapar. Pak Supir suggest makan kat sini. Restoren Iga Bakar. Dan harga makanan kat sini memang murah. Puas hatilah makanan kat sini. Sup buntut dia ermm paling sedap trip kali ni..







Sempat tengok abang2 askar berkawad dan menyanyi.. Semangat sungguh. Dah la hujan rintik2.

ok. set ayam bakar 2, sup buntut 1


Pastu sambung lagi shopping kat FO. Banyak cuci mata berbanding membeli. Kena fikir2 jugak duit yang tinggal. Ummi pun tak plan nak beli blaus. Cuma nak tambah skit baju budak berdua ni. Jom kita ke Heritage dan Cascade.. Heritage masih tengah renovate. Sesak sikit kat dalam tu.


Singgah lagi. Cam biasa ada jelah benda yang Mr Kingshah nak beli..

Shopping untuk hari ni... Joy Textile tempat beli kain cotton. Boleh tempah baju melayu cekak musang. kain dan upah dalam RP550k. Tapi tak buat sebab takut tak match plak kain.

Ni perfume Ummi.. Bukan semua Ummi punya - bagi adik beradik

perfume Mr Kingshah..

Peminat Versace.. Semua dia borong

Baju anak2..

Ni la baju yang Ummi bagtau tu. Cantik tak?

Kain pasang..

nak cari telekung lyra, semua pendek. Ambik jelah yang ni.. Labuh

kain cotton
Tiap-tiap malam makan kat Bangi Kopitiam. Malam ni makan western. Dah muak nasi. cepat2 makan pastu naik nak tidur. Semua pengsan..

Peace lagi...
Banyak FO korang boleh pergi. Ummi pergi yang mana bleh beli barang je. Yelah nak jugak kena budget. Buatnya belum balik duit dah kering. Naya je..Memang trip ni plan duit betul2. Kat FO banyak window shopping je. Beli barang yang perlu sahaja. Handbag pun tak beli. Pergi Terminal Tas tapi cam takde yang berkenan pun. Dulu masa pergi Rumah Tas tahan lagi. 3 handbag Ummi sambar. Ni ermm cari kat Malaysia jelah.


CUTI CUTI BANDUNG 2014 DAY 2

Assalamualaikum..

Hari ke2. Semua berbaju merah.. Hehhehe semangat nak ke Taman Safari. Ni memang Ummi dah plan dari awal. So bebudak asyik cakap nak gi tengok haiwan. Marilah kita.... Bangun pagi, Mr Kingshah ngan Alissa gi breakfast. Ummi malas konon2nya nak settlekan Adriana. Malas nak bayar breakfast. Boleh gitu...
Mr Kingshah kata Alissa makan sikit je. Tak berbaloi. Hurmm nak ajak breakfast sesama la tu esok.

gambar tuan blog..
Adriana dan mainan. Tak nak tinggal mainan dia. So bawa jelah

tengok tu. Sempat lagi main sementara nak tunggu supir datang

Ni promotion dari hotel..

Tengok bebudak ni dapat mainan. Sakan.........

kat tangga pun jadi

dekat reception tu ada kedai Mr Bean...

Ada juga pameran pengantin..

Kat belakang tu diaorg breakfast

botol air jangan lupa

posing sakan.. supir lambat skit sebab kena bagi isteri dia makan dulu. isterinya kena strok. Anak plak tak balik malam tadi..

Ok.. jom kitaaaaa
Dalam kul 8 lebih supir pun sampai. Kitaorg tak kisah sangat. Plan hari ni memang cuma pegi Taman Safari. Pertengahan jalan isi minyak dulu. Kalau korang pergi Taman Safari, charge dia akan ditambahkan sebanyak RP 150k. So jadinya RP 450k tambah RP 150 total RP 600k. Yang ni include petrol, parking, tol lain-lain.



Rasanya sawah kat bawah tu..

Lalu tol ni. Tapi kitaorg ikut jalan lama. Nak save duit tol kot... Apa2 jelah
Perjalanan ke Taman Safari melalui Ciasu, Puncak, Taman Safari, Bogor dan lalu pinggir Jakarta masa balik. Kitaorg choose balik lalu highway. Tambah RP 50k untuk tol. Oklah tu dari menempuh jem masa balik ikut jalan lama.  Banyak cerita dari pak supir. Nanti Ummi kongsikan bersama ye.

Ummi sangat suka pergi zoo. Apsal ye? Ntah ler.. rasa seronok tengok binatang yang ada. Zoo Negara, Zoo Taiping, Taronga Zoo dan kali ni Taman Safari. Lain skit dari zoo yang biasa pergi. Yelah masuk sekali ngan kereta. Cuma cam tak banyak binatang..

Sungai yang terbesar kalau tak silap kat Bandung..

Sawah lagi

Angkutan yang ada di sepanjang jalan. Lain warna lain destinasi. Dan angkut2 ni sehala je. Kalau kata ada angkut2 yang salah masuk, takkan ada orang naik sebab hanya warna tertentu sahaja yang lalu setiap jalan



penuh ngan kereta sepanjang jalan. Sib baik ari Isnin. Kalu tak gerenti sangat jem terutamanya ari Ahad. Tidak digalakkan pergi Taman Safari ari Ahad sebab orang Jakarta nak balik.




Dalam perjalanan, pak supir berenti kat kedai jual kerepek dan jeruk. Lupa plak nak snap gambar kedai. Tak tau kat mana. Tak sempat tanya.. Tapi sempatlah membeli pisang sale. Dulu tak sempat nak beli so kali ni beli banyak skit.

pisang sale cheese..

tengok kuih belah kiri tu. Adriana la yang nak. Macam kat Malaysia takde. Beli jelah. Janji diaorang makan

on the way

nampak tu kereta beratur je. Rupa2nya budak sekolah baru habis dan tengah keluar..
berhenti kejap kat tempat ni. Hhehehe nama tempat tak tau. Tapi ramai orang berhenti kat sini. View cantik dan siap ada kabus lagi. Dikelilingi oleh ladang teh. Sejuk.... Orang meniaga pun ada. Nak tolong ambil gambar pun ada. Tapi no thanks jelah

Cantikkan. Subhanallah

lagi.....

Nak jadi cerita, kitaorg baru aje park dalam 5 minit tiba2 bunyi berdentum. Rupa2nya ada accident. Nampak tak org kerumun tu. Kereta Merc masuk longkang. Nasib pemandu ok aje.. Huhhu takut dibuatnya..

Berjaya jugak Ummi dipengaruhi untuk beli mainan. Satu pegasus ni RP 10k. Boleh laaa

Seronok korang ye...

Memandangkan Ummi belum makan jom kita singgah lunch dulu..
Jom lunch kat Sinar Alam. Trademark restoran ni replika ikan besar warna merah tu ye..Masa ni hujan rintik2. So mari kita tengok apa ada kat dalam restoran ni. Wow.. macam makan tepi kolam gitu. Di tengah2 ada kolam besar dikelilingi oleh tempat makan. Bersila ye. Ala2 dalam pondok tepi kolam.. Banyak ikan. Asyik tengok ikan. Besar2..
ikan koi.. besar







Mr Kingshah ngan pak supir.. Bersila dan berlunjur la yee








Seronok betul budak2 ni tengok ikan. Dah la besar2. So makan apa untuk lunch ni. Mr Kingshah tak makan. Kenyang lagi. So Ummi cuma order ikan gurame bakar ngan sup buntut. Pak supir cuma nak makan sup buntut je. Ermm payah sungguh nak belanja dia. Ada aje alasan tolak makan ngan kitaorg. Segan agaknya..


Saiz m. tapi besar jugak. Pak supir kata ikan gurame mesti kurang dari 2 tahun baru isinya sedap. Yang ni agak2 berapa tahun daaa.. Rasa kicap banyak... Dulu masa kat sangkuriang ok lagi.. Tapi boleh laa


sup buntut or sup ekor.. Rasa hanyir kit. Tapi masih boleh diterima tekak

tak habis makan nasi, bagi ikan plak makan. berebut2 ikan nak makan

ok sini ye kalau korang nak berenti makan
Ada satu kawasan tu, ramai orang arab. So banyak la nama kedai berunsurkan arab. Tapi tak ingat nama tempatnya
ohhh dah excited. Nampak replika haiwan niiii

wortel.. 5 ikat rp 10k aje... Nak bagi haiwan kat dalam tu makan

Tara dah sampai.. Disambut dngan gading gajah

pintu masuk untuk bayaran

harga tiket..
Harga tiket memang mahal. Tapi bukan selalukan. Layan jelah.

Internasional dewasa (6 tahun ke atas) - RP 250K
internasional kanak-kanak - RP 230K
Lokal dewasa - RP 140k
Kenderaan - rp5k
total- RP1135k
include indoor game. tapi bukan semua la

jom kita mulaa.. mula2 masuk nampak hippo ngan gajah

trek safari siang ngan malam ada beza.. pak supir kata kalau malam lagi ngeri sebab haiwan tengah aktif

gajahhh

sedia untuk menerima wortel


rusa pun nak makan..



Kuda nil tengah berjemur..


kesian lapar

beruang


macam best je. siap lalu kawasan air..
Korang jangan boring ye.. Sila menikmati gambar yang tersangat banyak ini..

best air dia.. Sejuk je


jerapah tengah makan




lagi kawasan air


memerang.. memerang tak makan wortel ok


kuda belang makan wortel. sila bagi



ok sekarang  sila tutup tingkap. Adriana kata Ummi tak bagi harimau makan ke? Yelah tu dik, nak putus tangan..

pintu automatik.. ada orang jaga kot..

singa.. camera bengong je so gambar pun bengong jelah



dekat giler badak ni.. memang besar


ambik ko.. sampai dia ketap gigi kat tingkap. Yucksss air liur pun lekat sekali

lagi air... sebelah kiri buaya, sebelah kanan kuda nil AKA hippo

buaya tengah makan ikan. kecik aje buayanya


nice... dan hari pun makin gelap. hujan turun dengan lebat. sampai berkabus. maka tiada la indoor games sebab tak leh berhenti. Frust jugak sebab bayar mahal. Tapi memandangkan anak dah tido jalan jelah..

sib kete besar. Tido satu baris sorang



Dalm kul 2.30pm kitaorg gerak balik. Kalau ikut Ummi belasah aje hujan pun tapi Mr Kingshah jenis yang malas nak bersusah payah. So jom balik. Balik ikut highway. Hujan sepanjang jalan. Pak Supir kata Bogor dikenali dengan kawasan hujan. Sentiasa hujan. Makanya sampai ke Bandung pun hujan. Giler laju jugak dia bawa kete. Sampai satu highway ni dia kata highway ni di buat secara tergesa2. Jadi selalu ada construction nak betulkan balik jalan. atas cantik tapi dalam banyak air. Ada satu bukit nama bukit hijau. Dulu dorang cuba nak luruskan jalan jadi nak potong bukit ni tapi tiap kali tebang pokok, esoknya pokok tu ada lagi. Lama2 terpaksa la buat jalan bengkok sikit.
Samapi tak singgah mana2 dah. Terus gi Bangi Kopitiam. Sebelah hotel (depan) ada cafe ni. Katanya belongs to Malaysian. Rasanya kot sebab banyak menu kita. Sedap jugak. Pekena cendol..



King Dynasty Restaurant tu belongs to Hotel.. Ni la Bangi Kopitiam








Oppss ada cerita yang belum dibagitaukan. Okey citernya camni. Pak supir kata ada beza bila kita beli kain dari Taman Kopo ngan Pasar Baru. Orang pasar baru tak suka Taman Kopo sebab menjatuhkan imej menjual kain. Kain yang dijual di Taman Kopo murah sebab kainnya kurang kualiti. Bagi kita yang bukan mata tengok kain, kita takkan dapat bezakan. Ada antara benangnya yang dah putus. So kain cepat rosak. Memang harga murah tapi kualiti kurang. Pak supir ni tau sebab dia yang selalu hantar barang masa keje bawak lori. So dia tau citer sebenarnya. Tapi terpulangla pada kita nak beli atau tak..