Sunday, October 27, 2013

KEMAS DRAWER


Almari Ummi ada 4 drawers. Dulu 1st drawer tempat bedak dan lain2 barang kepunyaan Ummi, Mr Kingshah and anak2. Second drawer, tempat ubat dll. 3rd drawer tempat brooch dan ntah apa2 barang. 4th drawer, tempat file Ummi ngan Mr Kingshah punya. Sijil penting2.

So jom rombak supaya senang nak cari.. Masya Allah, kalau dulu memang pakai letak aje. Janji dalam drawer. Sekarang rasa nak letak balik elok2 supaya senang nak cari barang. Diri sendiri kalau nak organize, no hal. Tapi anak2 dan Mr Kingshah, jenuh nak bagi peringatan. Kadang2 Ummi ambik dan buatkan. Senang sah2 susunan memang betul.

1ST DRAWER - SEBELUM
SELEPAS




2ND DRAWER - SEBELUM
SELEPAS

3rd DRAWER- SEBELUM

SELEPAS

Home Made Kotak. Senang.....

Dulu letak dalam beg ni..

Sekarang boleh letak dalam.. berdiri tegak




Monday, October 21, 2013

FOOT MASK

Penah tak korang pakai foot mask? Dulu Ummi memang tak tau langsung ada rupanya foot mask. Gosok beria2 kat kaki nak bagi hilangkan bahagian yang keras tu. Tapi tetap macam tu jugak. Tensen je..So sejak si Wai Yein join kitaorg di Ipoh maka bermula lah sesi suai kenal ngan foot mask. Selalu kitaorg akan discuss pasal face mask. Tapi satu hari terkeluar topik foot mask. So Ummi decide nak cuba. Malangnya takde stok. Lama jugaklah tunggu. So beli kat SASA. Ada banyak jenis tapi pastikan pilih yang exfoliating foot mask. Kalau nak hydate and moist pun ada. So kalau target nak buang kulit2 keras, maka yang ni la yang disarankan.

Dalam ni ada sepasang mask. Ada panduan camne nak guna. Ummi cuma pakai tuk 60 minit. Setelah 4 hari barulah sesi mengelupas terjadi. Ingat tak jadi dah. So sekarang tengah tunggu semua dah mengelupas dan baru boleh decide best ke tak.

Macam ni la foot mask tu. Harga kalau tak silap RM 9.90 tapi beli ada diskaun so jadi RM 7.90

Balut kaki..

Sabar menunggu setelah 1 jam
Ada cara penggunaan kat belakang


Wednesday, October 16, 2013

HATI RUNGSING

apa ubatnya kalau hati kita rungsing? sebelum ni ummi dah bincangkan tentang mencari ketenangan hati.  ummi dah belajar cara untuk hilangkan rungsing dan alhamdulillah ianya berjaya. apa2 pun brgantung pada diri sndiri. pada ummi cara terbaik ialah banyakkan solat sunat dan mengaji. insha allah hati akan tenang. masalah mmg takkan hilang tapi sekurang2nya hati kita lebih tenang. bila hati tenang otak pun mudah nak berfikir dengan baik.
bila cerita tentang lelaki, yes ada orang beruntung sbb dapat suami yang menepati apa yang kita nak.. tapi bukan semua orang beruntungkan? allah dah tetapkan jodoh masing2 maka tentu ada sesuatu yang mengekalkan jodoh suami isteri. ada isteri yg malas masak tapi laki dia tak kisah pun. ada suami yang suka berpoya2 tapi duit tak pernah miss bagi bini. susah nak dapat yang sempurna,  seperti yang kita nak tapi perancangan allah adalah yang trbaik. allah maha mengetahui...
tiba2 off topik...…  apa korang buat bila runsing? jom share2. yang baik boleh diikuti dan yang tak baik of course kena jauhi.. opss lupa nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha.. hujan memanjang kat penang. tapi raya pun ada gak orang menggatal.. pelik? pelik...…

Friday, October 11, 2013

HOMEMADE ICECREAM SEGERA

Salam..

Korang mesti pernah buat ice cream sendirikan? Masa kecik Ummi buat aiskrim dalam plastik tu. Eemmm sedap weiii.. Perisa milo la, sirap, oren dan macam2. Ala yang seposen satu tu. Kan murah. Mana  ada nak makan Cornetto macam sekarang ni. Home made aje.

So memandangkan asyik ke Daiso, Ummi pun membelek2 la kat situ. Tak pernah nampak plak sebelum ni. Or memang Ummi yang ketinggalan zaman.. So Ummi pun beli sebab lima ringgit aje. Ala bukan pakai buang pun. Boleh guna banyak kali. So ambil satu. Anak2 ku dah request few time suh buat aiskrim tapi Umminya malas. Hujung minggu buat air milo. Ada balance air milo, Ummi tuang dalam bekas tu. Letak dlm peti. Ni kes orang malas ye..

Terlupa plak dalam peti ada aiskrim sampai Alissa bagitau nak aiskrim. Rupa2nya dia dah makan satu. Ada 4 tapi hanya berjaya letak air milo 3 aje. So kira satu soranglah untuk anak2ku. Apa lagi makan sakan ler. Jimat duit Ummi beli aiskrim. Pasni kita buat aje aiskrim ni ye. Tapi tak boleh makan selalu takut semput.

Jom makan aiskrim. Sedap

penuh gaya. Kakak memang camni..

Ambil mangkuk takut menitik..
Tengok adik makan... Menitik2
Nilah rupanya. Isi je dalam tu air apa2 pastu tutup ngan pemegang..


Bila dah keras tanggal aje. Mudah keluar..




MANA NAK CARI NI?...

Ummi sangat tertarik dengan blog2 luar negara pasal organizing or susun atur ni sebab barang2 yang diaorang guna memang sangat praktikal. Puas jugak Ummi ronda2 nak cari benda2 yang Ummi nak, tapi malangnya takde. So kenalah berangan dulu. Tak nak beli sebarangan takut nnt tak guna plak. Biar sekali beli tapi terus berbaloi. Jimat skit.

Nak pegi IKEA amatlah jauh dan tak berbaloi. Unless on the way nak balik Pahang baru singgah KL. Hajat di hati macam tu la tapi nak kena tengok dulu. Perancangan kena rapi ok sebab nak beli sekaligus. Takde nya nak pegi IKEA dua tiga kali. Kalau dok KL oklah jugak.

Antara barang yang Ummi nak beli macam ni.

Rak bertingkat. Senang nak nampak barang kat belakang kalau saiz sama aje

Tempat gantung mug. Banyaknya mug yang Ummi ada. Hari tu baru tunjuk gelas aje..

Rak yang boleh pusing2 ni. Takdela asyik nak kena belek sana sini

Rak bertingkat lagi.. Ermm mana nak cari ni.
Ermm banyak lagi sebenarnya. Tapi takpe slow2 kan.. Insha allah akan tercapai jugak. Jeles ni tengok rumah orang lain cantik tapi rumahku cam tongkang pecah. Indirectly nak ajar Mr Kingshah ngan anak2 sila kemas selepas buat sepah and letak balik di tempat asal ye..

Thursday, October 10, 2013

RAK TUDUNG PERIUK

 Salam.. Almost setiap minggu pegi AEON. Apalah yang ada kat Ipoh ni selain AEON, Mydin,Tesco dan lain2. Tempat rekreasi memang takde la.. So berjalan kat shopping complex jelah. So ke Daiso lagi. Of course nak beli barang lagi. Tapi Ummi sangat kedekut hanya budget RM 50 setiap kali ke Daiso. Bukan apa jangan membazir. Beli bila perlu. Cewahhhh.. So kali ni dapatlah rembat 2 para, 2 bekas isi dalam fridge, 2 bekas kasut, 1 bekas pasta, satu bekas serbaguna (nak isi alat tulis Alissa, satu pengantung (hajat nak buat cam dalam satu blog ni) dan satu lagi oooo rak untuk cutting board..


Nilah barangnya.. Jangan beli sekali banyak. Beli sikit2 supaya boleh pegi selalu.. Hhehhehe
Dan lagi....

Citer pasal periuk, kat umah Ummi ni semua periuk zaman crocodile. Ada ler periuk lawa skit tapi besar la pulak. So memandangkan banyak periuk crocodile of course tudungnya pun byk. Nilah yang memeningkan kepala. So apa lagi. Survey tengok benda apa boleh bagi tudung periuk ni kemas skit. Hajat di hati nak letak kat pintu kabinet tapi belum jumpa barang yang boleh sangkut kat situ. So Ummi beli la rak untuk cutting board or magazine. Kecil aje

Macam ni rupanya... Bolehlah kalau nak letak sebab ada kaki so curve kat bawah boleh masuk

SEBELUM

SELEPAS

Amacam? Kemaskan.. So settle bab tudung periuk. Tapi kalau dapat yang boleh sangkut kat pintu kabinet lagi Ummi akan cari...

SUSUN GELAS

Salam...

Semenjak dua menjak ni rajin plak Ummi nak organize rumah. Masalahnya duduk sekali ngan mertua jadi susah sikit nak buat adjustment. Tapi bila tengok rumah orang lain kemas aje jadi hati pun meronta2 nak buat benda yang sama. Yang sebenarnya nak mendisiplinkan anak2 supaya letak balik di tempat asal selain dari nak buang barang2 yang terlalu banyak dalam rumah. Yelah barang orang bukan barang kita sendiri. So benda pertama Ummi buat ialah kemas kitchen kabinet. Dry and wet kitchen. Letih weiiii... Punggah pastu letak balik. End up pening tak tau nak letak kat mana..

So kat umah ni banyak sangat gelas. Tempat sepatutnya letak barang2 kering macam tepung dan lain2, Ummi letak gelas. Jadi 4 tray tu semua gelas. Bayangkan banyaknya gelas. So Ummi pun start kemaskan semua benda dalam tu. Sebenarnya atas gelas ni ada lagi barang macam kotak aluminium foil, wrapping plastic dan macam2. Tapi Ummi dah settlekan yang tu kat tempat lain. So camni la rupanya masa dalam tray ari tu..


SEBELUM
Banyakkan gelas. Ni dua tray yang di bawah. Yang 2 lagi di atas tu dah dipindahkan awal. So tinggal yang ini aje..

SELEPAS
Ummi susun gelas dalam kabinet yang agak panjang. So boleh doublekan gelas tu. Jadi Ummi beli macam para tu kat Daiso. Boleh letak banyak sikit gelas.


Bahagian atas
Bahagian bawah


Bahagian atas dan bawah

 So dah selamat simpan gelas yang banyak tu.. Cuma bagi orang yang rendah kena guna kerusi la ye. Ummi yang tinggi ni no hal punya.. So bagus jugak idea para camni. Selama ni dok fikir kat mana nak beli para ni. Maklumlah jarang nak membelek barang2 ni. Ambil yang mana perlu aje. So sekarang ni agak rajin sikit membelek barang2 keperluan macam ni supaya senang nak guna. Mr Kingshah pun ok aje bila ajak pegi Daiso.. Kalau tak, kim salam laaaa..






Thursday, October 3, 2013

DIY FRAME

 Salam..

Citer pasal organizing ni, memang Ummi dalam proses buat sikit2. Tapi dah banyak jugak keluar belanja. Tanpa disedari.. Hehhehe.. Dulu Ummi beli frame dari IKEA. Besar jugak frame ni. So letak gambar family tapi sangatlah buruj. Bila tengok orang lain DIY frame, cantiklah la plak. So Ummi ambil inisiatif untuk DIY frame yang sedia ada ni. Sori gambar asal tak berani nak letak due to terlalu buruk untuk dilihat. Gambar ambil yang Mr Kingshsh beli. Dia memang suka beli ayat2 Quran ni sbb ada orang jual bila makan kat kedai. So sambil menderma dia pun membeli.. Good Mr Kingshah..

 .
Frame ada 2. Gambar ada 3. Pilih2

Ummi catkan jadi putih. Ummi dalam proses nak cat dinding bilik supaya kat kepala katil tu lain sikit jadinya..Kalau orang lain ada yang spray je tapi Ummi jimat aje. Cat pun senang..

Ni hasilnya... Tak clear plak gambarnya. Nampak cam ada dua frame..

Dan lagi...
Tengah cari tempat nak gantung. Kalau gantung kat bilik memang marvellous. Tapi fikir dulu ye..

SEMANIS KURMA - PASANGAN HUJUNG MINGGU

Alhamdulillah, Ummi sempat dengar dan tengok semanis kurma malam ni. Yang sebenarnya sibuk siapkan keje off sambil telinga pasang dengar topik yang dibincangkan. Ummi pun pernah mengalami perkara yang sama. Setiap minggu ulang alik KL-Ipoh. Duit habis atas jalan. Nak tunggu dapat pindah sampai 9 bulan. Hampir setiap hari gaduh over the phone. Mr Kingshah kuat cemburu. Ummi pun sama. Mana nak percaya dah asyik buat perangai je.. Sabar jelah.

Tapi berkenan sungguh dengan jawpan tetamu jemputan. Hebat walaupun masih muda. Orang lelaki yang pandai menjaga hati orang perempuan. Bilalah agaknya mr Kingshah nak jadi camni.. Ermmm.. Tunggu jelah saatnya kalau ada. Huhuuhu..

Tak sempat nak salin petua dari ustazah. 7T tapi hanya dapat 6T
1. tahan - tahan diri dari menggoda dan tergoda
2. tabah - bersabarlah dengan segala ujian
3. Tunggu - jangan curang dan sentiasa nantikan kepulangan orang yang tersayang
4. Teknologi - guna lah teknologi yang ada.
5. Tekad - kuatkan hati
6. takdir - redha dengan ketentuan Allah
7.  TAK SEMPAT NAK DENGAR SBB ASYIK CARI BUKU NAK TULIS....

Buat kawan2 diluar sana yang PJJ, bersabarlah dan pupuklah kepercayaan antara satu sama lain. Jangan pulak nak curang maklumlah kononnya single. Jagalah perasaan antara satu sama lain.. Insha Allah Allah akan berikan kebahagiaan kepada kita.