Saturday, August 31, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA

salam hari Sabtu.. Selamat menyambut hari merdeka kepada seluruh rakyat malaysia.. Semoga negara sentiasa aman dan makmur.. jauh dari segala bencana dan keganasan.. semoga kita lebih maju bukan saja dari segi pembangunan malah dr segi pemikiran.. insha allah.. open house masih lagi ada merata rata.. ummi mmg jarang pegi open house.. ari ni jiran buat majlis aqiqah. adriana punya kawan pun ada  yang buat aqiqah. not sure pegi atau tak.. sbb mr kingshah kata nak pegi umah kawan dia. tp yg selalu buatkan ummi pelik bila mr kingshah tak pernah ajak kitaorg pegi. tak logik la pulak hanya ajak mr kingshah sorang. ada 3 kemungkinan aje 1. mr kingshah tak nak bawa kitaorg  pegi 2. mr kingshah fikir tuan rumah jemput dia  sorang aje(tp mr kingshah mmg jenis mcm ni) 3. tuan rumah ingat mr kingshah bujang kot.. hai la muka pun dah sah2 kawin punya type.. apa pun tak berani nak pegi jugak sbb ustaz azhar kata bila  tuan rumah hanya jemput org tu dan kita ikut sekali haram makan tau.. kena bertaubat lepas tu. melainkan org yg bawa tu bgtau tuan umah yg dia bawa org lain maka haruslah tuan rumah benarkan org yg dibawa tu makan.tukan kita menghormati tetamu. so berhati2 bila pegi rumah org. kalau kawan kita ajak tapi tuan umah tak jemput,sila maklumkan pd tuan umah ye.. benda yg simple tp sgt berbahaya.. oklah mr kingshah, enjoy ur open house today.. kitaorg ada projek nak buat ni..

Thursday, August 22, 2013

13 JAM 1380


 13 Jam A380


Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31


13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR

Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI

"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA

"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI

"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA

Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.”SYED HAYDAR
Adakah  mimpi  akan  kekal  sebagai  mimpi  setelah  waktu  berlalu  dan  hari  berganti? 


Bila Ummi baca novel ni rasa macam di awang2an. Mulalah nak berangan. Ceh, takde maknanya nak berangan.. Honestly mula2 rasa cam biasa aje citer ni.. Yelah baca kat blog cam tak berapa nak faham. First novel penulis ni Ummi baca gak tapi tak berapa nak berkesan di hati as compare ngan Biar YM yang berbicara atau Bila Hati Kata Sayang atau Awak Suka Saya Tak?.. But seriously this one membuatkan Ummi rasa rugi kalau baca lompat2. Biasa ler baca lompat2kan.. Tambah lagi bila citer mendatar aje..

Citer ni ibarat Cinderella la jugak. Fair tales story but I like it.. Sangat menyentuh hati. Kalau korang baca sinopsis cuba teka Hana Sofea end up ngan sape.. Kat situlah yang bestnya.. Mati2 Ummi ingat dia ngan tutttttttt..

Oklah, Ummi nak bagitau jugak citer ni. Sorang gadis jumpa jejaka idaman dalam kapal terbang. Bagai bulan jatuh je riba. Dan si jejaka respons la plak kat dia. Turun kapal terbang semuanya stop. Si gadis jumpa jejaka kedua yang ada anak angkat Emmel. Daripada sepatutnya dok kat hostel, dia pindah ke rumah jejaka kedua sbb jadi penjaga anak jejaka kedua. Dlm masa tu ada gak si gadis jumpa jejaka pertama tapi not a good ending.

Bila balik Malaysia nak bagitau family tentang pilihan hati, rupa2nya jejaka pertama sama kapal terbang. Si gadis kata tak nak tapi jejaka pertama kata dia akan pastikan si gadis jadi surinya sebab dia suka sangat kat gadis tu. So ada la taktik tak baik sikit jejaka pertama ni buat supaya nk pastikan si gadis jadi miliknya. Si gadis menolak dan akhirnya ditolak oleh jejaka kedua kerana kisah silam dalam kapal terbang ngan jejaka pertama. Apa kisahnya... sila baca ye..

So untuk tak menghampakan family dan since jejaka kedua dah kawin so si gadis pun setuju kawin. Malam pertama dia bg ubat tido kat mr husband and lari. Tapi sempatlah mr husband kejar jadi honeymoon sambil menjlnkan misi di India. So dah tau ler kawin ngan sapekan? Nak tau lebih lanjut sila baca novel ni ye. Saya suka saya suka sangat....
Ummi bagi banyak bintang sebab citer ni buatkan Ummi rasa seronok sangat.. Biasalah fairy tales. Tak happy ending mana bestkan.... Selamat membaca..

RAYA 2013

Tahun ni giliran Ummi beraya di Pahang. Memandangkan cuti sekolah lama so Ummi pun balik awal jugak ler.. Awal tak awal la bila malam Ahad baru balik.. Ummi cuti sebelum dan selepas raya. Apa nak kisah sebab the other 2 girls tu bukan Muslim, so diaorg boleh cover. Seperti biasa jalan sentiasa lengang menghala ke Pahang sebab menentang arus. Tu yg untungnya bila balik bertentangan arus. Takde ler terperangkap dalam jam. Paling tidak hanya jam kat Karak. Setakat 5 km kira OK lah berbanding dengan dari Tapah sampai KL jam nya. Huhuuhu..Jom layan gambar raya. Tahun ni Ummi mengembang dengan pesatnya.. Memang mencanak naik berat badan. Takpe lepas raya diet ye..

Gambar family kecil Ummi.. Papa (rambut panjang dah kalahkan Ummi), Ummi, Alissa dan Adriana. Anak2 nak pakai tudung sebab kat kampung semua orang pakai tudung. So takk nak ketinggalan jugak. Tapi susahnya nak cari tudung budak..

Kami bertiga.. Sape muka cam Ummi?


Tengok rambut tu.. Cam cik Ponti je

Dengan adik bongsu.. Kitaorang ni sama saiz je.. Kira boleh la pinjam meminjam baju.

Ni kakak yang paling tua. Segala masalah Ummi kongsi ngan dia. Mak Ngah..

Mak De ngan Mak Cu.. Mak De paling kecik saiznya.. Gambar Mak Tih takde.. Mak Tih yang mulut murai..

Gambar beramai-ramai.. Tautak pasal apa gambar Ummi selalu takde sbb Ummi la yang rajin ambil gambar so sah2 takde dalam gambar...

Alissa ngan Nisha.. Sepupu

Adriana dengan Kak Syuhada..
Comel tak saya ni..?

Nilah lemang kitaorg. Diwarisi oleh arwah abah. Rebus aje.. Jangan tak cayer dalam tu ada 20 batang lemang. 14 batang lemang jagung....

Raya tahun ni meriah sikit pergi rumah orang. Malas nak duduk rumah. Tengok TV pun kurang.  Raya pertama pergi kubur arwah mak dan abah then round satu kampung pegi cari rumah saudara mara. Adalah dalam 4 buah rumah pastu balik umah pengsan.. Raya kedua gi rumah emak saudara belah emak kat kampung.. Sampai ke malam.. Raya ketiga dok umah aje makan kuih raya.. Raya keempat pergi kenduri sepupu bertunang..

Selalunya raya ketiga sepatutnya balik Ipoh tapi tahun ni minta kat En Kingshah cuti lama skit kat kampung. Nak berseronok skit kat kampung. Yelah sepanjang tahun dok umah dia aje. So apa salahnya kan...

Ok dah habis citer pasal raya.. nak tido dulu. Nak buat research proposal malas plak rasanya.. Tunggu esok ler...

Thursday, August 15, 2013

NOVEL...

Dah lama ummi tak up date pasal novel.. sebelum puasa almost every week ummi beli novel.. nnt ye ummi updatekan..  antaranya yang manais by marissa, biarkan ym terus berbicara by hanni ramsul, mama mia shaza by emy roberto,  pergi tanpa alasan by hani fazuha and yg paling ummi suka my precious iris by melur jelita.. ada byk lagi nak beli tapi ku sabarkan hati sbb nak kena kumpul duit nak gi jalan2 naik kapal terbang.. huwaaa

RAYA 2013

Dah raya yg ke 8 ari ni..alhamdulillah, dpt beraya bersama2 adik beradik ummi.. raya plg panjang selama ummi kawin ngan en kingshah.. dpt puasa kat kpg pastu raya lama skit.. selalunya raya ketiga dah kena balik..  nnt kita share gambar raya.. tema tahun ,ni MERAH.. hahahha.. merahnya mak ngah.. best, ziarah pusara arwah ayah dan  bonda, jenguk pak long yg tak sihat.. pusing keliling kmpg gi umah sedara mara, balik kmpg arwah bonda jenguk pak anjang, pok de dan andak.. pegi kenduri anak pak long bertunang dan yg paling best makan tak berhenti2... berat ummi mencanak naik.. habis laaaa...

BILA PENGORBANAN ISTERI TAK DIHARGAI...

Jangan buat spekulasi plak yg rumahtangga Ummi ada problem.. tajuk tu mcm scary la plak.. saja nak bincangkan topik ni.. yelah zaman skrg ni macam2 benda  yg jadi.. tp yg paling Ummi tak tahan bila en somi tak penah nak hargai cik  istri..  UMmi rasa zaman skrg ni jumlah suami isteri yg bekerja sama  aje byknya.. tapi brp ramai en somi yg bila balik umah tlg cik isteri buat keje umah.. cik isteri  dah jd superwomen.. mcm lipas kudung bila blk umah.. en somi goyang kaki.. ada plak yg bleh lg kuar mlm melepak ngan kawan2...tinggallah cik isteri sibuk uruskn anak,kemas umah dan lain2.. hebat cik isteri.. wahai en somi yg di luar sana, pikul la tanggungjawab sama2. tugas cik isteri hanya melayan en somi tau.. kerja yg lain en somi buat tau... ni t bknberbalik lak.. tp takpe kalau sama2 bekerjasama... HARGAILAH CIK ISTERI ANDA..bkn duit dan kekayaan yg dipinta ( tp kalau ada apa salahnya), hanya peluk cium,kata2 pujian, sentuhan, layanan dan luangkn masa bersama... mkn bersama2, tgk tv bersama2, solat berjemaah,melayan anak2 bersama2 insha allah  cik isteri bahagia...