Monday, January 28, 2013

TERLERAI KASIH

Ummi tengah mengikuti blog RM citer Cinta.. Biar Saja Ada..Malangnya dah beberapa hari takde entry baru. So terbayang2 gaya tulisan RM. Apa lagi Ummi pun pegi la grab Terlerai Kasih. Kalau citer Bila nak Saksi tak terasa sangat nak baca. I prefer Terlerai kasih. Dan kalau ada Suami tak Kuhadap, sure Ummi dah sambar.Tapi tulisan RM memang berhantu. Terasa Ummi lak yang berada dalam novel tu. Memang best la.. Teringat masa mula2 baca Terlerai kasih kat blog, meleleh2 air mata.. So bila baca novel kurang sikit tapi masih ada gak bab sedih2 tu.  Ni heroin yang degil skit. Dan hero yang terburu2. Tapi yang pasti happy ending..



Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31


ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi  cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.
“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah
“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa!  Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri

NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri
“Akaun dengan cinta, sama ke?”  tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket.
- Wafiah
“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri

Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?

PROJEK MEMIKAT SUAMI










Projek Memikat Suami

 
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
Projek Memikat Suami 
Ni pun best jugak.. Seronok baca citer Una melayan suami yang tak suka dia last2 tersungkur gak ngan Una. Tabik spring kat sifu Una.. Hebat. Description Hanina tentang masakan dan pakaian, best.. Ummi bukan jenis yang tau pasal baju ngan masak2 ni. Tapi bila dah baca buku ni best gak dapat knowledge baru..
So bagi isteri2 di luar sana, cuba la pikat suami korang ngan ajaran sifu Una ni.. Citer dari Hanina Abdullah memang best... I'm waiting for Kisah  Naz dan Kaalish, sure lagi gempak citer pasal travel2 ni..

UNTUK SEMUA DOSAKU

By Rin Ahmad.. Mula2 cam takde interest nak baca. Pastu bila baca review dari orang lain cam best lak. So Ummi decide beli jelah. Tak rugi pun. Buku ni jangan ngada2 nak skip2 ye. Kang korang tak paham lak jalan citer. Byk flasback. Tetapi Ummi memang salute la ngan penulis ni. Banyak info yang sangat berguna dalam ni. Bukan setakat plot citer yang best malah info yang ada sgt berguna. Cam boleh dibayangkan tempat2 yang dinyatakan dalan novel ni..Yang pasti happy ending. Ummi penah baca satu citer yang konon2 tak nak baca last, rupa2nya sad ending. Down kejap beberapa hari. Ummi kena baca buku yang happy ending je.Bagi motivation konon2nya. Hahahhaha..
 Buku ni tak nyesal dibeli.. Yes berubah dari zaman jahiliah ke sesuatu yang lebih baik bukan mudah.. Dapat plak husband yang belum dapat hidayah. Tapi Allah takkan uji kita selama2nya. Pasti ada kebahagiaan yang tiba samada cepat atau lambat.. Go and dapatkan buku ni. Dan jangan lupa belajar bahasa Jerman sekali.  Satu pun Ummi tak faham.. Hhahahaha..

Untuk Semua Dosaku

Untuk Semua Dosaku

No. ISBN:- 978-967-5067-32-7
SEMENANJUNG: RM 22.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00
Sinopsis:-

Kisah cinta antara Nur Lisa dan Syed Azri berputik di bumi Jerman. Nur Lisa gadis pintar yang hidupnya riang bertemu dengan Syed Azri kerana rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri.

“Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata-kata awak tadi?”

“I do the talking a lot. Which one you meant dear roommate?” Nur Lisa tergelak. Sengallah Azri ni. Pebende merepek entah.

“I’ll be the one. Betcha.”

Nur Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Nur Lisa ambil mudah. Tak menyangka jalan-jalan di hadapan yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya.

“Walk the talk Syed Azri.”

Sikap selamba Nur Lisa akhirnya memikat Syed Azri yang egonya sentiasa dijulang ke langit. Di saat cinta
berkembang mekar, cahaya hidayah menerjah ke ruang hati Nur Lisa. Kisah lampau, kisah zaman peralihan. Betul orang cakap, nak buat baik, beribu halangan sudah menanti di hadapan kita. Cinta yang menggunung dan kasih sayang yang melimpah-ruah terhadap Syed Azri terpaksa dikorbankan demi cinta barunya kepada Yang Esa.

“Lisa.” Syed Azri cuba memeluk Nur Lisa. Mahu menenteramkan Nur Lisa. Dia kalah melihat titisan air mata di pipi Nur Lisa.

“No.” Nur Lisa menolak tubuh Syed Azri dengan kasar.

“Boleh tak jangan keras sangat? We’ve been together for years and we’ve done lots more than this.

Please....”

“Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata untuk kisah silam kita.”

“Lisa!”

“I better get going before things become worse.”

“It’s worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out.”

“Then hate me.” Bergegar dada Nur Lisa mendengar perkataan ‘pretending’.

Mereka berpisah di bumi Jerman namun jodoh mengejar Nur Lisa dan dia terpaksa akur bahawa jodoh dambaan lelaki yang boleh dijadikan peneman jalan ke jannah hanya tinggal mimpi. Pertemuan semula dengan Syed Azri di Malaysia menjadi titik ketenangan Nur Lisa dirembat dan kehidupan penuh berliku di samping orang yang pernah menolak jalan yang dipilihnya. Melayani kerenah Syed Azri yang akhirnya bergelar suami atas paksaan keluarga tak semudah ABC apabila jalan hidup yang dipilih berbeza. Apabila tiba saat diri mahu berubah, orang yang paling dekat tidak memberi sokongan malah memandang sepi. Keluarga yang memandang hina dek masa lampau yang terbongkar dan suami yang masih meragui dirinya yang kini berubah.

“You know what naughty Dutches always said for their wives? There are only three ways to please their men. First please them on bed. Second, make them sandwiches and third don’t talk so much. Now do number three and get yourself ready.” - Syed Azri.

Syed Azri bukanlah lelaki kasanova dan dalam hatinya hanya terpahat nama Nur Lisa. Hanya keegoan membuat dia tegar melepaskan Nur Lisa dulu dan di saat Nur Lisa kembali dalam hidupnya, siapa sebenarnya yang didambakan dalam hidupnya kini? Nur Lisa kekasih hati merangkap roommate di studio kecil di Jerman dulu atau Nur Lisa si isteri yang kini sudah jauh berbeza?

Setiap permulaan pasti berhalangan. Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa?

Nur Lisa binti Tajudin : ~ Cinta yang berputik dalam kancah dosa. Adakah akan terpalit selamanya? Syed Azri bin Syed Gilani : ~ Cinta yang tak perlu berubah. Adakah akan kekal selamanya?

CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS

Ummi suka dengan novelis sorang ni.. Penuh sense of humour citer dia. Komedi romantik.. Buku pertama Cik Bunga dan Encik Sombong sangat menarik perhatian Ummi. Suka sangat.. Kan Ummi sangat suka hero yang cinta giler kat heroin. Kiranya akan buat apa saja untuk heroin tu. Dan of course heroin bukan jenis yang suka ambil kesempatan... Inilah antara novel yang Ummi suka sangat2.. Kalau tak cayer, korang baca..

 Cik Blur Dan Encik Ikhlas

AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.

“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas

“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha

Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.


* Tak sempat nak snap gambar. So copy paste jelah. Dah gambar jadi blur..

SPAGHETTI MARINARA

Ermm.. Ni masakan orang tengah malas. Sebab boleh main campak2 aje.. Yang penting ada sosnya.. Siap..

Bahan-bahan
- Spaghetti (Ummi guna San Remo)
- minyak zaitun / butter
- 1 biji bawang besar (dadu)
- 1 biji lada besar (cincang)
- 1 biji carrot (dadu)
- mussel (ikut suka nak berapa banyak)
- udang (pun ikut suka la)
- sotong (pun ikut suka korang la)
- sos Prego tradisional
- garam
- air
- keju (ikut suka la nak pakai apa pun - parmesan, mozarella or cheddar)

Cara-cara
1. Didihkan air dan masukkan spaghetti dengan sedikit minyak dan garam
2. Panaskan minyak zaitun or butter dalam kuali. masukkan bawang.
3. Setelah layu masukkan udang, carrot dan lada besar.
4. Sementara tu rebus mussel ngan sotong dalam 5 minit.
5. Bila carrot dan layu, masukkan sos dan mussel dan sotong yang telah direbus.
6. Kacau hingga sebati dan masukkan sedikit air. Masukkan garam.
7. Setelah masak, masukkan keju yang telah diparut. Tada.. kuah dah siap.
8. Apabila spaghetti dah masak, campurkan kuah dan sedia untuk dimakan. Yum yum yumm..

Sunday, January 20, 2013

COKLAT LAVA

yahooooo.... akhirnya coklat lava ku menjadi jugak... alahai, sebenarnya senang aje tapi ntah apa sebabnya kureng menjadi yg dulu. today, just nice... senyummm.. papa kata tak jadi, tgk kaki ye.. pantang mengalah sebelum berjaya. so akan dibuat lagi nanti..alamak tak bleh nak letak gambar la plak.. ok next time..

Saturday, January 19, 2013

apa nak jadi..

entry lepaskan geram.. nape la wujud manusia cam ni dlm dunia. rasa nak bagi penampar je.. yg dia tahu minta duit dgn minta brg dan kalau boleh dan2 tu jugak dia nak. nak motor, x sampai sebulan dapat, nak laptop seminggu je terus dpt, nak kete lama skit sbb byk soal jawab. lama tak lama la 6 bulan dah dapat.handphone rosak hentak2 kaki minta baru. demand siot.. nak harga rm 1000 ke atas. sedar la sikit, emak ko tak keje harap duit pencen aje. cuba la belaja bersyukur skit. ingat2 skit yang mak bapak ko bukan duit berguni2. kalau perangai cantik ok la jugak. dah la malas, kuat melawan, asyik keluar malam hah kan dah kluar segala mak nenek. memang aku meluat tulll.. tau la pencen mak ko banyak tapi berpada2. susah kalau dah biasa nak apa benda semua dapat. cuba jadi macam aku ni. satu sen pun aku tak penah minta duit ayah aku nak beli kete. alhamdulillah habis dah bayar.. hishhh cuba korang bgtau camne nak sedarkan org yg tak penah nak sedar diri ni. mood aku tengah tak betul..

Tuesday, January 8, 2013

RESEPI LAGI

Nanti Ummi update resepi lagi ye
1. spaghetti marina
2. muffin cip coklat
3. jacket potato cam kat kenny roger's tu
4. baked macaroni
5. sardine puff

Banyaknya.. yang benarnya malas nak menaip.. Adohaiii

THE WEDDING BREAKER



Sape dah baca buku di atas.. Best!!! Mula-mula tengok tajuk cam malas nak baca. Ummi cam biasa baca online dulu. Menarik je bunyinya so sambung beli. Tak rugi beli.. Cubalah korang baca..

Ummi sangat suka watak pompuan cantik, lelaki handsome. Tambah lagi bila lelaki tu boleh dikategorikan sebagai caring and cinta habis ngan si pompuan tu. Walaweiiii... berangan tak sudah. Tipikal pompuan lerrr.. Yang penting happy ending. So bila happy ending, Ummi pun terus bersemangat waja.. Baca buku ni sebenarnya memberi motivasi walau pun mustahil.. Apa salahnya berangan.. 


Semenanjung : RM25
Sabah/Sarawak : RM28


Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

 

CHOCOLATE LAVA

2 minggu lepas teringin sangat nak makan coklat lava. Tapi biasalah, nak makan kena pegi kenny roger's or secret recepi. So let try coklat lava sendiri. Yang sadisnya, coklat lava Ummi tak berapa menjadi. Maybe a lot of chocolate so jadi coklat cair di bawah dan kek di atas. Patutnya coklat di dalam kek. Huwaaaaa... Kena belaja lagi buat kek ni..

Sumber resepi: sini TQ Tuan punya blog

Telur ( 2biji tambah 1 kuning telur)


3 gula besar gula kastor


double boil coklat dan butter

tada.. coklat dah cair

campur ngan telur dan gula tadi

kacau......

dalam oven..



Bahan-bahan:
1. bekas (sukati la nak guna yang mana - Ummi pakai yang aluminium tu, bleh dapat 4 aje)
2. 5 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted)
3.1 sudu besar serbuk koko
4. 3 sudu besar tepung gandum
5. 3 sudu besar gula kastor
6. 2 biji telur ayam tambah 1 kuning telur ( gred A)
7. 3.5 oz atau secawan kecil coklat gelap (Ummi pakai compound chocolate - collata)
8. 1 sudu teh esen vanilla
9. secubit garam

Cara membuatnya:
1. Masukkan gula kedalam kuning telur.. pukul sampai gula tu hancur.. boleh guna mixer @ whisker aje..
2. campurkan dark coklat dgn unsalted butter td dlm satu mangkuk kecik, pastu masukkan buat double boiler. kalau nak masuk microwave pun bleh..
 3. Campurkan coklat yg di cairkan td ke dalam adunan telur.. kacau dgn menggunakan whisker / spatula.. senduk pun boleh..
4. bila dah sebati, masukkan esen vanilla pulak
5. kemudian masukkan secubit garam
6. pastu baru masukkan serbuk koko.. kalau boleh sila ayak dulu..
7. Selepas tu baru masukkan tepung gandum.. ayak jugak.. gaul sebati..
9. Masukkan adunan ke dalam acuan yg dah di griss dgn butter terlebih dahulu..
10. simpan sekejap dlm peti ais (refrigerator) selama 30 minit atau 5 minit kalau simpan dlm freezer..
11. Sebelum di bakar, sila panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 celsius.. masukkan acuan kedalam loyang yg berisi air panas.. bila oven dah panas baru masukkan adunan..
12. Bakar selama 15-18 minit je.. jgn lebih..

SELAMAT MENCUBA.. Walaupun kurang menjadi, habis jugak dimakan oleh ahli rumah. Nama pun coklatkan. Sedap aje.....

Saturday, January 5, 2013

JALAN-JALAN DI AEON STATION 18

Hari ni teringin nak mkn Nando's. so semlm dah siap bgtau papa nk gi  stesen 18. kat ipoh ni nando's hanya wujud di stesen 18. jauh gak dari umah but no hal. nak seribu daya, x nak serbu dalih..alhamdulilah selamat dpt mkn ayam peri2. pastu masuk kedai tak tau nama.. everything from japan. papa sambar bandage.. sampai 5.adohai... beli baju alissa lengan panjang sbb xde baju nak pegi ngaji.. dpt 3 helai.. sambung beli pam. nak naik basikal x bleh,angin xde... ending beli buah epal.. pastu balik.. semua terbongkang dalam kereta.. penat.. fuhhhhh