Monday, September 17, 2012

ADRIANA DAN STICKER

Anak Ummi ni sangat suka dengan sticker. Semalam pegi AEON Stesen 18. So memborong buku la untuk papa, Alissa dan Adriana. Untuk Adriana, Ummi beli buku sticker. Suka dia. Untuk kakak, Ummi beli buku cerita dan word search bahasa melayu. Layan.. Cuba tengok gambar kat bawah ni.. Hishhhh.. Tak abih2 ngan sticker.
Ni la gaya terbaru dari saya... Tidur kena tutup mulut kan.. Nanti kluar air liur basi. So saya gunakan sticker la untuk elakkan air liur basi. Hahahhaha

AYAM POPCORN.. BETUL KE NI TAJUK RESEPI?..

Hahaahha.. confuse lak bila nak letak tajuk ni. Al maklumlah ni masakan suka hati aku la nak letak apa pun. Takde ikut resepi mana2. Pakai letak je apa nak letak.. Ok mari kita review skit..

Ni lah rupanya ayam popcorn.. Sedap nyum nyum nyum

Bahan-bahan

- Isi ayam - potong dadu* potong kecil dah ler
- garam
- serbuk lada hitam
-  sebiji telur * di pukul
- tepung jagung
- breadcrumb
- minyak untuk menggoreng

Sukatan terpulang kepada masing2.. Tak cukup tambah jelah.

Cara-caranya
1. Potong ayam kecil-kecil bentuk dadu. Keringkan ayam dengan tisu.
2. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk lada hitam dalam ayam. Gaul rata.
3. Dalam pinggan yang berasingan sediakan tepung, telur dan breadcrumb.
4. Golekkan isi ayam ke dalam tepung jagung, kemudian ke dalam telur dan seterusnya ke dalam breadcrumb.
5. Lakukan sehingga habis.
6. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi sehingga warna keemasan.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili.

SELAMAT MENCUBA

PUDING JAGUNG

Bab menulis dalam blog yang paling malas sekali. Ambil gambar no hal punya. Tapi nak masukkan resepi yang sakit skit. Sakit malas.. Tu yang payah tu.  Anyway, mari kita tengok resepi ni. Mudah dan ringkas. Bagi org yg pertama kali buat, ikut jelah resepi ni. Sangat senang.

Bleh dapat semangkuk besar jugak laa..

Ini lah hasilnya.. Lembut aje..


Credit to Cik Tom

Bahan-bahannya

1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis
3 cawan air
½ cawan gula
1 ½ cawan susu cair
1 sudu besar majerin (guna planta)

Cara-caranya

1. First, campurkan bahan tepung kastard, gula, jagung, susu cair dan air ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dan pekat diatas api sederhana. **pastikan sentiasa kacau untuk elakkan tepung kastard melekat pada periuk.
2. Tambahkan majerin apabila adunan puding menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian tutup api dan cepat-cepat angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai sebabnya puding ini cepat sejuk (keras). Jangan kacau lama sangat sebab nanti hangit kat bahagian bawah.
4. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk dan keras, siap untuk dihidangkan.

Sunday, September 9, 2012

kentang putar @ mashed potato


Mari kita tengok resepi kentang putar ni. Very easy.. Cuma malas ngan rajin je.. Tapi yang membezakan kesedapannya, pada Ummi la kan, jenis kentang tu. Anyway, padaku sedap aje.. Jimat...

Ni namanya malas nak ambil gambar cantik2. Janji nampak cam mashed potato sudahh
 

Sumber resepi dari SINI... nanti2 rajin Ummi taip ye.. Malas ler sekarang ni..

BIAR CINTA BERTABURAN

citer ni pun Ummi suka.Kan suka hero yang sangat caring so buku ni antara heronya yang sangat Ummi suka. Ada orang kutuk buku ni kata takde keinsafan setelah buat dosa besar. Tapi yelah, terpulang atas diri sendiri nak suka atau tak buku ni. Pada Ummi selagi kita tak ulang apa yang pernah kita buat dah ler. Suka hatilah nak suka atau tak.. Pilihan masing2..

Ok, mari kita tengok buku ni. Penulis baru Yusnida Tajuddin. Cara dia menulis not bad. Tapi sebab gambaran hero yang sangat Ummi suka so buku ni antara koleksi kesayangan ler kan.. Kalau nak tau buku2 yang Ummi suka sebab hero2nya ialah Biar YM Berbicara (suka giler buku ni dan kalaulah Encik Firdaus tu memang wujud, fuhhhh), Bila hati kata sayang, Biar cinta bertaburan, Sweet Sour, Lazuardi, Cik Bunga dan Encik Sombong dan beberapa lagi. Kalau korang telitikan heronya, semua jenis caring giler... Adoi, cair...

OK, mari kita review novel ni







Biar Cinta Bertaburan
Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.

Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.
Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan

Camne citer dia ye..Citer biasa bos ngan secretary.. Jatuh cinta dan kawin. Tapi tu lahh sebab suka hero yang caring jadi layan...yg paling penting happy ending...

resepi arini..

wah.. ari western gitu arini. Papa masak chicken pie dan Ummi masak mashed potato..  + sausage.. Oklah for breakfast. Last2 takde lunch..

Ummi ni sangat malas nak masukkan resepi. Yang penting sebenarnya adalah bahan2. Pastu main campak2 jelah.. Meh tayang gambar dulu. Kalau rajin Ummi masukkan resepi kmdn ye..

yang ni tengah dalam oven.. Lupa nak cucuk la plak kat atas tu. Layan jelah

Amacam.. ada teringin tak?

 Resepi nanti Ummi tanya Papa dari blog mana dia cilok resepi.. Biasalah, masak ikut internet. Kalau tak, jangan harap..

LAZUARDI

LAZUARDI... Berkurun nak tunggu buku ni keluar. Ummi memang suka giler ngan citer ni kat blog dia. Lain dari yang lain.. Bila baca macam ada satu feeling yang tak bleh digambarkan.. Tapi tulah, lama bebeno menunggu dan berbaloi penantian tu..

To Fatimah, thank you so much for informing akak about the book. Dah lama sebenarnya tak beli buku. So bila dengar Lazuardi nak keluar, apa lagi. Order ler online. Cepat skit... Dah akhirnya sampai semalam. Dan akibatnya tido kul 3 pagi, bangun kul 6. Cam burung antu lak..










Lazuardi-COVER_v2-a-Crop-156x269

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”



Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...



“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”



‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?




Ummi memang salute ngan Nasz...Sweet sour dan Lazuardi, dua2 best.. Lain dari yang lain. Ummi memang suka giler ngan citer hero dia yang sangat caring.. Yelah, bukan senang zaman realiti ni nak dapat lelaki camni punya hebat. So berangan jelah bila baca novel.. Hahahha..

Korang try la baca buku ni.. Ummi bagi 4 setengah bintang kat LAZUARDI...

Nak ke baca review novel tu. Oklah meh Ummi citer skit tentang lazuardi.. Anaz ada kawan baik Odie. Tinggal rumah sebelah menyebelah. Dalam keluarga Anaz ada mama dia, abah tiri dia dan adik tiri. Shark kawan adik lelaki dia Nueq yang muda 4 tahun.

Rupa2nya dah lama Shark ni syok kat Anaz. Sume member dia tau.. Hhaahha.. Bila Ain, sepupu adik tiri dia datang lagilah horor dibuatnya..So dipendekkan citer Anaz kawin gak ngan Shark.. Yahuuu, bab ni Ummi suka.. Tapi tak ramai orang tau. Selepas 4 tahun barulah semuanya terbongkar...

Nak tau kesudahan, sila dapatkan buku lazuardi di Jemari Seni.. Tapi yang pasti - Happy ending ye.. Suka suka


Friday, September 7, 2012

akhirnya...

alissa dan adriana akhirnya tido dlm bilik sndr. ya allah,  rasa berat sungguh nak berpisah tido  ngan diaorg. dah biasa tido dkt2. tapi sbb alissa dah besar so mmg kena dok bilik sndr. yg kesiannya ialah adriana bila tadi dia kata 'nak tido sana'. dia tau yg dia kena tido jauh dr ummi dia.  ya allah ya tuhanku, kuatkan lah hati ku untuk trs membiarkan anak2ku tido dlm bilik sndr.  bukan senang nak berpisah tido ngan diaorg. silap haribulan ummi suruh budak2 tu tido semula ngan ummi.. uhuk uhuk...