Thursday, July 7, 2011

SENANGNYA DALAM HATI

Rasa seronok ari ni. Baru dapat uruskan rumah sendiri tanpa ada tangan2 yang lain. Banyak keje bleh buat. Tak terasa ada mata2 yang memerhatikan. Kalau tak, nak buat apa pun serba tak kena. And I don't like people know what I am doing..
Agenda pertama - nak kemas stor umah. Nak buang barang yang tak berkenaan. Banyak sangat barang sampai tak bleh nak letak apa2 dah. Orang rumah baru takde barang. Ni penuh ngan barang. Setakat ini baru 1/3 siap. Malas la pulak rasanya.
Agenda kedua- to be continue tomorrow. Simpan barang dalam almari yang sepatutnya. Chaiyok..
Agenda ketiga - keluar berjalan2 ngan Papa dan anak2. Horeyyyyyyyy

Sunday, July 3, 2011

ALISSA DAN KEPUTUSAN PEKSA

Dah lama tak update blog ni. Ummi mmg camni. Hangat2 tahi ayam.. Hhuhuhu tak pasal2 keluar tahi ayam..
Last Thursday ari ambil report card Alissa. Ummi mmg sangat sibuk. So Papa kena ambilkan. Dia bawa balik jugak la report card tu. Ermm not bad. Dapat nombor satu anak Ummi. Mana taknya, semua kertas dapat 100%. Tapi this year she really study and tak ponteng kelas. Tahun lepas sibuk ngan Ummi pregnant and deliver. This year pulun habis2an.
Adriana dah makin besar. Dah jalan dalam 7-8 langkah tapi biasalah malassssssss. Jln 2-3 langkah pastu dia merangkak. Tapi rasa lega memang tak terkata. Overall development seem to be appropriate. Seriau weh bila anak tak cukup bulan.