Monday, November 29, 2010

BANYAK CERITA TAPI...

Wah.. Seminggu dah tak update blog. Dah nampak sarang labah2 mula berada di blog ni.. Fuh, nak kata bz.. mmg la bz tapi mood untuk menulis takde. Gambar2 Alissa konvo dalam handphone papa. Kamera buat hal la pulak masa tu. Gelap gelita gambar. Dah puas suruh papa transfer gambar ceh.. sampai ke saat ini ntah mana gambarnya. Ni jelah yang ada untuk konvo Aliss
Ni gambar Ummi ngan anak2

Ni gambar Alissa ngan baju tok buat persembahan. Kan dia nak berdikir barat. Cewah...

Sehari sebelum tu Ummi kena jaga budak2 petang tu. Babysitter punya anak nak konvo la pulak. So Ummi bawa ler budak2 tu ke office. Kakak dah excited nak main sbb dia tau kat office Ummi ada banyak toys. Punya la syok dia main. Tok adik, Ummi bagi main ni. Ermm.. kan senang kalau ader kat Ummi. Adik bleh ddk.. Takpe, adik dok atas kerusi terus lagi bagus kan kan..


Seronoknya adik main..

Seminggu pastu balik Penang, raya aji. Dah story mory pasal balik Penangkan.. So no more story about it.

Ermm.. Nnt Ummi sambung ye..

Sunday, November 21, 2010

LAGI JALAN2

Semalam baru balik dari Penang.. Cuti dari raya sampai semalam. Lama betul tak cuti panjang.. Huh.. Memandangkan raya korban so banyak la daging korban. Ari2 dok makan daging korban. Muak ler pulak rasanya... Gigi pun dah penat nak kunyah.
Balik Penang, tak pegi la pulak Queensbay. Bulan ni kena jimat skit.. Nak bayar insurans ngan road tax kete ler.. Sian kete tu nanti.. So al biasa.. pegi Sunshine. Yang Ummi suka pasal Sunshine ni, barang ni memang murah dari pasaraya biasa. Pas gi Sunshine kiatorg gi Giant, so bandingkan harga memang beza. Walau pun beza 30 sen je tapi banyak gak tu. So sempat la Ummi sambar sluar selai.. Slai t-shirt kat Alissa ngan selai dress kat Adriana. Hhahaha.. Ingat nak jimat tapi habis gak la beratus2 balik Penang ni.
Ummi cukup suka gi pasar Bayan Lepas ni. Ummi sempat la borong ikan, sotong, udang ngan ketam. Murah tu. Kat Ipoh ni, kim salam la nak dapat harga camtu. Bleh blah..
So ari ni masak paprik sotong ngan masak lemak cili api ketam.. Wah.. lama tul tak makan ketam. Goreng ikan tuk Alissa. Ayam KFC pun banyak lagi. Bazir je beli, bukan nak makan pun.

Thursday, November 11, 2010

RESULT EXAM..

Alissa dah selamat peksa minggu lepas. So kelmarin dapatlah exam paper tu. Dia bawak balik suh sign mak bapak. Suh tgk la tu. So Ummi pun belek la satu2. Adohai.. yang lelain ok je tapi bila bab English tu, alamak skit je markahnya. Nak kena belaja English banyak skit nampaknya.
BM - 90% Oklah tu, bahasa kebangsaan beb.. Kenalah pandai.. Kalau tak, tak yah jadi warganegara Malaysia..
English - 78% Nak kena belaja lebih yg ni
Pendidikan Islam/ Jawi - 96% Pandai jugak bab2 ni sebab dia rajin dok menulis jawi
Sains - 100% Malam sebelom peksa dia dah study buku2 yang cikgu bagi untuk ulangkaji tu. Ummi je at one point cakap kat dia, penatlah nak tido.. hehehhehe sian dia tak abih ulangkaji
Matematik - 100% Dia sangat suka buat kira2.. Alhamdulillah bleh la score

Bayangkan la budak2 ni baru tadika tapi belajanya kalahkan Ummi masa darjah satu dulu. Our education nowdays is too advance.. Ye kee.. Ntahlah..

Semalam hari kanak2 sedunia, pakaian bebas ke skolah. Tapi Alissa pakai baju sukan. Sorry la anak Ummi ni, Ummi tersalah tgk surat tu. Ingatkan 10/11 tu ari Sabtu waktu nak konvo nnt. Kesian dia. Tapi bila balik dan tanya dia, ada 2-3 org budak lagi pakai baju sukan. Oklah tu ada geng.

Sabtu depan konvo ye.. Nnt Ummi tanya cikgu bebetul baju apa nak pakai. Jumaat malam tu kita gi gunting rambut kasi cun skit.

Wednesday, November 10, 2010

ADRIANA DAN FIRST FOOD

Adriana dah masuk 6 bulan. Masa untuk makan.... Ada orang kata dah boleh bagi makan bila umur 4 bulan. Tapi Ummi tunggu umur 6 bulan. Lagipun Adriana kan tak cukup bulan. So biarlah lambat sikit. Masa sembang2 ngan sorang doktor ni, dia kata kalau breastfeed bagi baby makan start umur 6 bulan. Tapi kalau tak breastfeed start at 4 bulan. Terpulang la pada masing2.


So Adriana Ummi bagi nestum (beras + milk). Dan memandangkan Tesco ngah ada sale untuk barangan baby so belikan dia Farley Rusk orginal, bubur nasi and mixed vegetable ngan custard pisang. Dia suka aje ngan rusk tu. Nestum tak berapa suka.



ni laa antara food Adriana..



Ummi blom sempat nak masak bubur and blenderkan. Tunggu la this weekend. Ummi buat banyak2 and simpan dalam freezer. Bleh guna banyak2 kali.



Untuk kakak, Ummi belikan multivitamin. Kesian bila ramai sangat orang kata kakak dah kurus. Memang kurus pun sejak kakak demam and sebenarnya sejak kakak dapat adik. Ummi dah tak masak macam selalu. Kesian dia..

multivitamin perisa oren from champs....



Tuesday, November 2, 2010

ALISSA DAN EXAM

Semalam start exam Alissa. Paper BM. Balik masa dalam kereta, dia tanya, Ummi camne nak eja ular. Ummi tanya kenapa? Dia kata tadi kena eja ular. Mcm mana. S..i..n...g.. ULAR. Ya Allah.. jauhnya bunyi ular. Biasalah dia dah bleh baca tapi spelling out.. Ummi pun jarang ajar kat umah. Sibuk memanjang. Apa yang disibukkan. No komen.. Ari ni exam English. Tanya dia ok ke.. Dia kata ok.. Biasa la jawapan camtu..
Esok Matematik and lusa Sains. 13/11 Majlis konvokesyen tadika dia. Dahsyat budak zaman ni. Kecik2 dah konvo..

KE UUM..

Sabtu lepas Papa, Ummi dan anak2 went to Kedah. Actually to UUM. But stay a night at Darulaman suites. It's very tiring. Dah la ari ujan tak berenti2. Tgk paper ari ni kat Changlun sampai banjir. Sib baik time Ummi pegi takde pape. Kalau tak naya je terkandas kat sana. Dah la minggu ni Alissa periksa ok. Jangan tak cayer lak yang Alissa umur 5 tahun tu pun peksa. Budak zaman sekarang. Kecil2 lagi dah peksa.
Kat sana sempat la diintroduce oleh Pak Su Awan ngan dua kedai yang dia kata best. Malam tu makan kat Mahani and Johari. Superb beb dia punya service. Ngan orang yang ramai. Dia bleh siapkan within 15 minit. Bayangkan makanan yang diorder ialah 2 ikan tiga rasa, 1 ikan masak steam, 3 hidang kailan ikan masin, 3 hidang ayam goreng kunyit, 3 hidang telur dadar ngan 3 hidang tom yam. Pantas giler. Cuma yang tak best minta air masak 2, punyalah banyak kali cakap. Tapi yelah, kat bahagian air tu bz sgt2. Bab makan excellent.
Ari Ahad tu singgah minum cendol pulut kat Joe cendol. Not bad. Tapi as Uncle Zainol cakap mana ada istimewanya cendol ni. Semua sama aje. Tapi sbb kedai ni orang ramai and glamour, that's why ramai org datang and kata sedap. Padahal sama aje rasanya. Bagi Ummi yes, that's true. No difference. Sebab cendol tetap sama. Tapikan lagi best cendol yang buat sendiri. Adik beradik sdn bhd punya. Sbb kitaorg suka buat cendol. Isi masa lapang bila dah berkumpul ramai2 kat kampung.
Masa pegi konvo tu, Ummi ngan anak2 stay about 2 hours in the car. Ulang.. IN THE CAR. Aduh.. Serik rasanya. Next time better stay at hotel aje. Ari ujan.. Camne nak gi jalan2. Dah tu ngan Adriana yang comel ni. Lagilah susah. So at last balik je cecepat. Bleh rehat kat hotel. By 5.30 bertolak balik. And sepanjang jalan boleh dikatakan asyik ujan. Dah musim hujan kann.. Cam Alissa selalu nyanyi. Oh katak Oh katak kenapa ko panggil hujan..