Saturday, October 30, 2010

ANI SUP UTARA

Mlm tadi makan kat Ani sup utara. Ni kali kedua makan kat sini. Tapi service dia punya la teruk. Ingatkan ader la pembaharuan tapi sama aje.. Kalau macam nilah gerenti orang datang sekali aje.
Mula2 dulu elok sikit service. Makanan lambat sampai tu kira ok lagilah walaupun sebenarnya hati dah hot dah. Pastu order nasi tambah lagi la lambat.
Yang kali ni pulak lagi dahsyat. Tunggu dah 15 minit pun makanan belum sampai. 30 minit baru sampai makanan. Pastu datang pulak air. Masa makanan sampai tu pelik gak laa.. sebab order dua sup ayam, satu sup daging, satu sup campur ngan satu sup perut ngan nasi la. Kira set gitu. Tapi yang sampai 4 nasi ngan sup ayam, sup daging, sup campur n sup perut. 1 lagi sup ayam miss ngan 1 nasi. Papa pun cakap la ngan org tu yang nasi ngan sup tak sampai lagi ngan dia nak tambah 1 lagi nasi. Kejap2 waiter dia dtg tanya. Tadi order apa ye? Order baru ke yang lama punya? Order dah sampai ke belum? Bayangkan la kalau nak kena ulang sampai lebih 5 kali ngan orang yang berbeza. Pastu makanan tak sampai jugak. Hati dah panas dah. Geram giler dah. Ingat nak cancel order je. Lepas another 15 minit barulah makanan sampai. Yang sampai nasi warna kuning. Dia kata nasi putih dah habis. Aduh.. lagi lah angin dibuatnya. Apa punya service laaa.. Kalau macam ni punya service, orang datang sekali aje laaa.. Camne nak maju. Lembap..
Apa yang susah sangat bila nak bagi makanan tu. Dia yang salah ambil order. Patutnya hantarlah cepat2 ngan minta maaf. Ni maaf pun takde. Pasal nasi tu, at least tanya la dulu nak ke tak nak. Ni main hantar je.. Apa laaaaaaaaaaaaaa..
Ari ni nak ke UUM. Pakcik konvo.. Ermm Alissa dah syoko giler sbb nak dok hotel. Tak ingat Isnin nanti nak peksa. Takpelah Isha, kecil lagi. Enjoy dulu..........

Thursday, October 28, 2010

MATA BULAT..

Ari ni nak letak gambar Adriana yang matanya sangat laaa bulat. Makin montel budak sorang ni.. Alhamdulillah, kalau nak compare masa baru lahir, masyallah macam langit ngan bumi. Syukur anak Ummi sihat dan bertambah besar. Mana tak risau, lahir ngan berat 1.5kg. Pastu dok kat hospital about 1 month. Dengan wayar yang berselirat kat satu badan. Tapi yang tak bleh lupa tu bila ada satu jarum letak kat leher. Sebab suspect ada infection kat usus. NEC. So kena puasa and all the nutrition masuk kat leher tu. Huh.. Tuhan je tahu betapa sakit atinya tengok dia camtu. Tapi yelah untuk kebaikan. So inilah anak Ummi ari ni. Sihat and segar bugar.
Harap takkan ada apa2 masalah mintaknya..


bulatkan mata saya.....



tengok tangan saya yang ketul2 ni.. Sape lagi besar?

Wednesday, October 27, 2010

CERITA TENTANG AUTISM

Dah bbrp ari tak update blog. Sangat la sibukkkkkkkk..
Ari ni nak sambung sikit pasal autism.. Nak cerita bahagian mana yang selalunya budak autism fail masa buat ujian bahasa dan pertuturan.
Selalunya kemahiran pra verbal yang mmg obvius tak pass. Takde kontek mata, tak tahu ambil giliran masa main, perhatian yang terhad, atau langsung tak boleh nak tumpukan perhatian, tiada mainan simbolik contohnya kalau main ngan patung n tea set at least tahu guna tapi budak autism ni kadang2 hanya pusingkan mainan tu atau ketuk2 aje. Pastu tak tahu nak tiru action or sound. So kemahiran yang basic ni la nak kena tingkatkan. Tanpa yang basic ni, mcm mana nak proceed dengan yang lain. Tu yang kadang2 mak bapak ni tak faham. Diaorg pelik sbb nak kena main ngan anak. Hah.. Itulah rahsianya kalau nak anak autism ni success. Jangan harapkan orang lain sebaliknya mak bapak sendiri yang kena buat semua kerja tu.
Kalau nak improvekan kontek mata - galakkan anak untuk pandang ke arah muka kita. So barang yang kita nak bagi pada anak ni kenalah letakkan berhampiran ngan muka. So lama kelamaan dia biasa tgk kat face area.
Kalau nak improvekan ambil giliran- buatlah aktiviti yang menggalakkan berkongsi barang. Contohnya main bola bersama2. Passing to each other. Passing car to others. or susun barang tapi ikut giliran. Mula2 mak buat pastu anak buat.
Kalau nak improveka mainan simbolik - ajarlah anak cara yang betul untuk gunakan sesuatu mainan. Kalau sudu, gunakan untuk suap pada patung. Sambil main sambil bagi ransangan bahasa. That's the best.
Kalau nak cerita sangatlah banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Ok, nanti Ummi sambungkan sikit demi sikit ok. Banyak lagi yang nak dikongsikan.. Sampai jumpa lagi..

Saturday, October 23, 2010

DAN KLINIK LAGI

Petang semalam bawa Adriana pulak pegi klinik. Risau pulak bila dah beberapa ari asyik demam malam. Bila malam aje, badan panas. Lepas bagi paracetamol, deda dah badannya. Pastu batuk ngan selesema. Ermm mesti viral infection.

So went to the same clinic. Doktor bagi la ubat kahak, batuk, ubat titik for selesema ngan antibiotik. Ubat demam tak bagi sbb dah ada syrup paracetamol kat umah.



Harap2 semua akan ok laaa.. Bila dah baik semua anak2 Ummi, bleh la kita gi jalan2. Selagi tak baik, Ummi pun rasa malas nak gi mana2.

Friday, October 22, 2010

CABUT GIGI

Semlm Ummi gi cabut gigi. Konon2nya tak nak makan sebelum pegi tu. At last kena suruh makan jugak. Sebab dia nak bagi LA. Takut pening or pitam lepas cabut gigi. Maklumlah nak cabut gigi yang bongsu. So pegi la Ummi beli roti cream 60 sen tu dan makan. Masa masuk dalam kul 9.30 pagi. Tau tak keluar kul bape? 10.30 pagi. Aduiiii.... Lega betul bila dah habis. Memang la dia bius tapi suction tu yang tak tahan. Asyik nak muntah aje. Gag reflex kuat sangat. Nurse tu pulak kureng pandai skit. Asyik touch bahagian yang sensitif. Sabo jelah.
Habis tu doktor pun explain. Dia kata susah sikit nak cabut sebab gigi tu dah keluar dari soket dia. Ummi tau ler yang tu. Dulu masa mula2 datang pun diaorg dah explain. Pastu doktor tu kata dia kena belah beberapa bhgn gigi tu supaya mudah nak keluar. Masa dia tekan2 kat gigi tu sabo jelah. Memang x sakit tapi ngeri ngan cara dia pegang tu.
Doktor nak bagi antibiotik tapi disebabkan Ummi bresatfeed do tak bleh bagi. So dia bagi ubat tahan sakit ngan ubat kumur. MC dia bagi 3 ari. Tapi dia kata kalau ada apa2 bleh kol diaorg. So Ummi pun tanyalah bleh ke nak keje Monday ni. Maklumlah bz Ummi cakap ngan orang. So dia kata supposed to be ok tapi kalau tak ok bleh ambil MC ngan dia. Next Friday kena pegi bukak jahitan.
Weiiii.. serik rasa nak cabut gigi. Tapi sakit punya pasal gasak jelah. Dari sakit kepala dibuatnya baik sakit kejap aje. Harap2 oklah and cepat baik.
Balik tu Ummi tido jap. Pas bangun teringat nak ubah katil. Dah boring ngan position yang sama. So semalam jugak aktiviti kemas bilik dijalankan. Ubah semua kedudukan perabot. Basuh semua cadar and tanggal semua langsir untuk dibasuh. Mission complete jam 11 malam. Siap ngan mop lagi. Tapi kat balkoni tu, masyallah.. Banyaknya sampah coz Ummi sapu kat sana terus. So mission ari ni untuk kemaskan balkoni ngan susun semua barang kat situ. Ingat nak buat tempat main budak2 tapi ntah laa.. Silap2 jadi tempat keje Ummi.
Update : Alissa dah baik demam tapi masih batuk and selsema. Suara dah seksi.. Adriana on and off demam. Bila makan ubat dia sihat. Bila tak makan, panas badan dia. And she is also having a flu and coughing.

Wednesday, October 20, 2010

DAN BUSYNYA...

Adriana plak demam semalam ngan ari ni. So balik dari rumah babysitter semalam, terus mandikan dia. Kesian seharian tak mandi. Al maklumlah ada opah kat umah babysitter tu. So dia kata kalau demam jangan mandikan. Tapi Ummi kesian la jugak. Takkan tak mandi langsung. Mau belengas budak tu.. So malam makan ubat. Bertambah la panas badannya. Pagi ni makan ubat sekali lagi. So balik ni alhamdulillah badan dia dah tak panas lagi. Sihat dah anak Ummi ye. Horayyyy.. Pasni boleh meniarap puas2. Pastu bleh menjulur ke depan.. dan depan lagi...
Ari yang bz. Al biasa.. So many things to do and to complete. With the due date next week. Aduhhh.. Sabo jelah.
Esok nak cabut gigi yang bongsu. Aduiiii.. Takutnya. Harap2 sikit jelah sakitnya. Jangan la berhari2 sakit. Tak sanggup den..

Monday, October 18, 2010

KLINIK LAGI...

Asyik ke klinik aje laaa.. Ari ni Ummi EL. Semua demam except Ummi. Alhamdulillah masih sihat sejahtera. Tp takut la jugak, buatnya sakit tiba2. Tapi manalah kita tahukan. Semua sudah tertulis. So bawak Alissa again to the same clinic. Doktor kata tukar ubat batuk and dia bagi ubat untuk mudahkan pernafasan. So oklah. Harap2 semuanya sihat lepas ni.
Ahad lepas buat pot luck sesama jiran2. Dah lama tak buat makan2 so memasing pakat nak buat masak2 and makan2. Lauk atau bawalah apa2 dari rumah. Masak sendiri2. So Ummi masak daging masak kicap asa requested by papa. Antara menunya ialah nasi, kari ayam, daging masak kicap, ikan bakar, kerabu sotong, sayur kacang buncis, sambal udang, sambal belacan, sup tulang, ikan masin, kuih karipap, kek coklat, salad sausage and telo, nugget. Air oren. Self service. So ni la masanya dok sembang2. Tapi Ummi tak boleh nak menyembang lama. Adik nak tido plak..

Sunday, October 17, 2010

KLINIK..

Dah dekat seminggu Alissa demam. Semalam Papa pun demam jugak. Nasib baik adik ok. Kalau tak pengsan la Ummi. Tapi kakak demam badan dia sejuk. Bbrp ari yang lepas badan panas. Start semalam badan dia sejuk aje. Risau la jugak.
So decide to go to clinic. Awalnya plan nak i pagi or tengahari. Then dia nampak ok je. Bila dah start petang, mulalah tak larat. So after maghrib, kitaorg pun gi klinik. Memandangkan Ummi dok pegang adik so kakak masuk ngan papa. Tapi dah pesan ngan papa, kalau doktor bagi ubat kat papa bagitau dah ada except antibiotik. Untuk kakak ada empat ubat - demam, batuk, kahak and antibiotik.
Balik umah terus makan ubat. Punyalah seksa Ummi nak bagi. At last semua ubat keluar balik. Terus kakak tido. Harap2 sembuh la by esok. Ni yang buat Ummi susah nak tido. Yelah risau kalau jadi apa2 masa Ummi tido. Doktor suruh datang balik ari isnin kalau masih macam tadi. Maybe nak kena start ubat asma. Aduh jangan la mintaknya.
Kakak, kena kuat sikit tau. Kan jarang demam. Sekali kena masyallah dahsyatnya..

Friday, October 15, 2010

ALISSA DEMAM LAGI..

Tak baik2 lagi demam Alissa. Dari ari senin sampai ari ni. Takut gak tiba2 kena denggi. Nauzubillah. Harap2 demam biasa jelah. Pagi tadi dia tak nak pegi sekolah. Padahal dah pakai baju skolah. Tapi bila dah tanya banyak2 kali nak pulak dia gi skolah. Tapi dalam kete siap cakap 'Ummi, tak bleh pegi skolah. Nanti berjangkit' (Masa tu kan dia batuk ngan selesema ngan demam). Ummi pun tanyalah siapa yang ajar cakap camtu. Dia kata Isha sendiri laaa. Manalah gamaknya dia belaja berjangkit2 ni.

Balik tadi dah melepek dalam kete. Babysitter bagitau balik skolah tadi dah tak larat nak jalan. So tak mandi ari ni. Pastu tak makan. Aduh.. lagilah sakit anak oiiii.. Pastu Ummi bagilah whipped potato yang auntie timah bagi. Dia makan sikit. Masa balik singgah pasar malam. Memandangkan Alissa sakit so papa tinggal dalam kete jaga anak2. Ummi dengan pantasnya pegi beli - Sup (papa punya, dia kata nak makan benda yang panas2), air soya takde ais (alissa yang pesan), jagung kukus (Umminye favorite ngan Alissa), tau fu fa (papa punya), 100 plus botol besar (reserve for alissa). Hah sikit aje yang dibelinya. Nak cepat..

So balik dia makan la jagung skit, minum soya ngan kena paksa makan ubat. Abih camne nak baik kalau sepatutnya makan 10ml dia nak separuh aje. Sabo jelah.

alissa demam tak elok2 lagi.. Jangan melarat udah ler..

Adik plak sib baik dah baik dari demam. Tapi she is very easy girl. Tak banyak ragam. Malam pun tido awal. Biasa kul 8 dah tido. Lega Ummi bila boleh buat macam2 keje pastu. Kalau tak, tu yang baju bertimbun2 tu. Alasan je tu... Hhehhehe..
Semenjak dua menjak ni adik suka tido cam dalam gambar ni. Kalau tak tido gini, siaplah tangan dia. Dok garu sana garu sini. Ummi takut adik susah nak bernafas. Tapi bila dah selalu tengok dia tido camni baru rasa lega sikit.
Adriana pun dah dok pusing2 dua tiga kali. menjulur ke depan pun dah ada skit2. Ermm tak sabar nak rengok adik merangkak. Cepat2 la besar...

Adriana dengan gaya tido barunya...

Thursday, October 14, 2010

RONDA2 BLOG ORANG LAIN

Ari ni bz sesangat ngan keje yang tak penah abih. Normal ok kalau keje tak habis... Biasa la tu.. Ari ni Alissa ada sesi bergambar kat KG. Demam2 pun dia still gi skol, yelah nak ambil gambar. Balik tadi siap bleh posing2 lagi bagitau cikgu suruh buat camni. Yolah tu anak Ummi. Alhamdulillah budak2 ni dah makin sembuh dari demam. Panas lagi badan tapi dah sihat skit laa.. Tak la Ummi terisau2..
So 2nite, memandangkan dua2 dah tido so Ummi pun apa lagi. Jalan2 lepak kat blog orang. Yelah Ummikan baru dalam dunia blog ni. So kenalah mendalami lagi camne nak majukan blog sendiri. Insyallah tengah berusaha ke arah tersebut. Kena rajin2kan diri update blog ni. Maklumlah bila datang mood malas, apa pun tak buat.

Tuesday, October 12, 2010

SO SO SO STARVING..

Apa kena tah ari ni.. Lapar giler2. Kul 10 dah rasa cam menggigil2 badan Ummi. So at 1 pm, cepat2 gi makan. Menu for today, since going to start the diet is clayport ye mee. Ermm sedap.. Dah habis makan, rasa nak makan lagi. OMG.. Apa kena la perut ngan selera ni. So Ummi gi beli fruits and coklat. Hehehhehe yang sebenarnya tingin nak makan coklat. Belasah jelah. Ummi beli apple and plum. So long tak beli plum.. Dulu2 rajin beli. Nowdays very selective bila nak beli plum.


california plum.. yum yum yum



and dah lama tak makan apple.. sejak mengandung until beranak asyik dok makan oren aje. Alissa pun dah jadi geng bila makan oren..

Petang gi Tesco, ingat nak beli susu Adriana. Habis la pulak tin besar. Tinggal yang kecil aje. Sold out ler..b So dah takde nak buat camne. Sok jelah tengok kat UO. Pastu as usual beli ikan siakap for Alissa. Demam pun sempat nak demand2. Nak makan ikan siakap. Sian la pulak. Nampaknya sok kena la masak ikan siakap. Sampai umah Adriana terus tido. Bleh la Ummi siapkan keje yang mana tergendala ye.. Kalau tak jangan harap..

Monday, October 11, 2010

HARI YANG GELAP..

Semalam bleh plak blackout dari kul 6.30 sampai 10 mlm. Ada pencawang terbakar. Hhuhuhu.. Satu taman bergelap. Nak dijadikan citer, jiran2 buat pot luck depan umah Faezah. Ada la dalam 5 family gitu. So dengan pasang lilin dan pelita, bentang tikar, memasing sibuk makan dan bercerita. Anak2 kecil sumer ada. Adriana pun join sekali. Tapi dalam kul 9 Ummi dan Adriana masuk lam umah. Dia dah ngamuk2. Ermmm tak leh Ummi nak bersembang2 kan.. Dah la semalam Ummi penat giler. Adriana asyik nak berdukung aje. Penat wooo nak dukung aje..
Mana taknya, dia dok penat meniarap ngan nak angkat bontot. Bila dah penat dia nak orang dokong plak.. Saboo jelah..
Tapi weekend ni Ummi asyik nak masak ngan makan je. Sepanjang ari Sabtu menunya ialah nasi lemak lauk ayam goreng, goreng pisang, pengat pisang, agar2 milo ngan kuey teow goreng. Ahad plak goreng pisang, nasi ngan daging masak black paper stail Ummi laa, masak lemak cili padi ikan merah ngan kacang and sayur campur. Malam tak dapat nak masak sebab gelap. So masing2 pakat kelaparan..

DEMAM..

Dah bbrp hari tak update blog. No time ke? No no no. Mana bleh takde masa. Masa ada cuma tak sempat nak mengupdate apa2. Sabtu malam Ahad, Adriana demam. Ari ni kakak pulak yang demam. Aduhai.. Kesian anak2 Ummi. Pagi tadi Alissa dah pesan ' Ummi jangan lupa ambil ubat hijau ngan merah ye, Isha demam.'n Ummi pun kata ye, tak lupa. Bila dah bz sgt sampai lupa nak ambil ubat. Dah sanpai umah babysitter baru teringat. Ya allah, ubat anak Ummi. So malam ni panas sikit badan dia. Harap2 tak melarat laaa.. Selalunya demam one day aje.Esok promise Ummi ambil ubat. Dah set dalam handphone pun. Bersalah betul rasanya.




Gambar Alissa yang tgh demam..

Friday, October 8, 2010

KESIAN..

Masa balik tadi, terjumpa la ngan sorang Uncle ni. Sekali tengok muka dia, ada darah macam dia terlanggar sesuatu. Pegang beg plastik yang nampak cam berdarah. Tapi Ummi takde la tengok betul2 apa ada dalam beg plastik tu.

Uncle: Mana farmasi?

Me: Uncle jalan depan. Tepi Maybank tu ada farmasi.

Uncle: Boleh kasi tunjuk ka? Saya punya mata kurang nampak.

So Ummi pun temankan dia jalan kat farmasi tu. Sekali farmasi tu tutup. Kena la jalan jauh sikit. Ummi jalan perlahan tapi pusing belakang tengok Uncle tu lagi perlahan jalannya. So Ummi slow down lagi. Sambil jalan dia bagitau dia ada isteri anak. 2 anak lelaki. Tapi semua sibuk. Dia datang hospital naik teksi. Ummi dengar jelah tak kata apa2.. Iye kan aje. Tiba2 bila Ummi belok ke kanan., Uncle tu boleh langgar satu tiang yang ada kat tengah2 tu. Masyallah dia tak nampak tiang yang besar tu.. Ummi pun tolong kutip cermin mata dia.
Sib baik ada cleaner lelaki kat situ. Ummi minta dia temankan Uncle tu pegi farmasi. Kawan cleaner tu siap suruh pegang tangan Uncle tu sebab takut dia langgar tiang lagi. Sebelum pergi Uncle tu siap cakap 'Terima kasih banyak2 ye'.
Sian Ummi tengok dia. Manalah pegi anak2.. Dah la kurang nampak. Silap2 boleh kena langgar. Fikir kejap, bayangkan kalau esok anak kita buat camtu kat kita.. Huhuuhuhu..

Thursday, October 7, 2010

BOSS IS ALWAYS RIGHT..

Masa meeting ari tu, Boss bagitau

Rules no 1 - Boss is always right

Rules no 2 - If boss is wrong, follow rules no 1 which is boss is always right.

Betul ke camni? Rata2 ni la hakikatnya.. Walau betul macam mana pun kita, takkan menang punya.. Erm payah2..

APA HAL NAK JADI POMPUAN LAK..

Alkisah laa seorang pesakit ni.. Rupa2nya dia lelaki. Mati2 ingat dia pompuan bila melihat penampilan dirinya. Siap berbedak, berlipstick and berhandbag gitu.. Rahsia dia terbongkar hari ni bila boss panggil..

Boss: Remember the patient that I refer to u?

Me: Ermm.. She didn't want to come. She wanted to stop for a while because she has a heart problem.

Boss: She is he.. Not she..

Me: Hah...

Boss: We just realize it. And I want to present his case during the national meeting. Blaaa..

Terkejut beruk Ummi dibuatnya. Seram sejuk pun ada. Apa daaa patient ni. Bagitau la dia lelaki.. Yang kitaorg ni, bila tgk nampak cam pompuan terus la register as a pompuan.

So citer di sebaliknya ialah SN ni terperasan la pulak yang IC dia nombor ganjil kat belakang. Selama ni manalah nak ambil pusing sangat. So dia pun curios dan tanya la betul2 kat patient ni. So si patient ni pun mengaku laaa.. Dia tak buat operation tapi dia pakai je cam pompuan. Hishhhhhhh..

Moral dari cerita ni -sila2 la check IC tu samada no ganjil atau genap di belakangnya. Faham2 sendiri laaaa..

Tuesday, October 5, 2010

PENING PENING..

Pening bila keje bawah orangkan? Dan of course pening jugak bila keje sndrkan? Ermm.. keje memang tak penah abih. Dan bertambah lagi pd esok dan esok dan esokkkkkkkk.. Bila kita buat keje, ada org hargai dah tentu kita rasa happy. Bila kita buat keje, org tak appreciate langsung, rasa cam baik tak yah buat keje.. Tapi keje tu satu ibadah. Jangan harapkan balasan dari org atas setiap benda yg kita buat. Tapi keberkatan dalam bekerja tu yang penting. Bila keje kerana Allah, dah sah2 akan mendapat ganjarannya. Kalau tak dunia mestilah di akhirat..

Everybody was so hungry today.. So masa makan pun tak pandang kiri kanan dah. Starving ok. Tapi Ummi jadi tamak la pulak. So bila dah ambil byk nasi, at last tak habis gak. Dah membazir.

And masa balik singgah pasar malam to buy chicken and etc. Harap2 la lepas ni rajin ler Ummi dok masak kat dapur. Kesian dapur tu. Sejak Adriana around, susah bebeno Ummi nak masak. Ye ke? Ke alasan je yang lebih...

LAJUNYA...

Semalam ada kursus di Hospital Selayang. So early in the morning dah kena keluar rumah. By 6 am jalan.. So Alissa diminta untuk tengok2kan Adriana. Susu dah bagi and biasanya dia akan tido je pastu. Papa send Ummi to hospital..

3 of us pegi kursus tu. Sebenonya 4 org tapi that guy tumpang masa balik je. So Ummi dok la depan. Biasalaaa.. Mula2 tido pastu bila bangun tak boleh nak tido dah. Tapi masa bangun tu, masyallah driver tu bawa up to 160km/hr. Hishh.. Sabo jelah. Tuhan jelah yang tahu betapa takutnya.. Selalu naik gak ngan transport office tapi dok belakang. So tak takut sangat. But this time dok depan weiii.. Mana tak gayat semacam.

Masa kat highway oklah lagi. Tapi bila dia masuk rawang, huhuuhuu doa jelah takde apa2 yang berlaku. Rasanya kaki tu dah pijak brake sendiri. Ngeri btol laaa.. Dia dok sondol2 kete kat depan. The journey take about 2 hours. As usual macam yang kitaorg expect laaa..

Masa balik lagi hebat. From Selayang to tol Rawang took about 20 minutes. From tol rawang to Ipoh took about 1 hour. Fuyoo.. laju giler dia bawak. Average rate 140-150 km/hr. So keluar kul 4.30 pm and sampai ipoh kol 6.10pm. Tapi honestly this driver memang pandai giler bawa kete ok. Tak rasa pun bila dia brake emergency and so on. Smooth aje. Yelah nama pun driver. Sah2 teror bawa kete.

Ummi rasa kalau Papa yang bawa camtu dah kena jerit dah. Tak sanggup den.. Takut wooo.. Ummi nak hidup lama lagi. Anak kecik2 lagi ler...

Sunday, October 3, 2010

SAMBUNGAN AUTISM

Ari tu kita dah citer tentang ciri2 autism. Hari ni nak bagitau camne diaorg diagnose autism. Hanya penuhi kriteria yang di bawah, maka boleh lah kita tau samada budak tu ada autism atau tak. Bagi Ummi yang dah biasa jumpa ni, tengok pun dah tau. Cuma perlu confirmation dari doktor. Eden bleh cakap ada features of autism but confirm by the doktor.

Sowi la sbb Ummi copy dari http://specialchildren.about.com/od/autismspectrumdisorders/a/autismfactsheet.htm. Maklumlah kalau nak translate takut salah makna la pulak. So better get the English copy. Later kalau Ummi ada masa, kita translate ye..

The new Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 4th edition (DSM-IV) which defines all known medical disorders for the purposes of diagnosis, describes six characteristics of ASDs. To qualify for a diagnosis, a person must have a total of six or more items from (1), (2), and (3), with at least two from (1) and one each from (2) and (3):

1. Qualitative impairment in social interaction, manifest by at least two of the following:
A. Marked impairment in the use of multiple nonverbal behaviors, such as eye-to-eye gaze, facial expression, body postures and gestures, to regulate social interaction
B. Failure to develop peer relationships appropriate to developmental level
C. Lack of spontaneous seeking to share enjoyment, interests, or achievements with other people (e.g., by lack of showing, bringing, or pointing out objects of interest)
D. Lack of social or emotional reciprocity

2. Qualitative impairment in communication, as manifest by at least one of the following:
A. Delay in, or total lack of, the development of spoken language (not accompanied by an attempt to compensate through alternative modes of communication such as gesture or mime)
B. In individuals with adequate speech, marked impairment in the ability to initiate or sustain a conversation with others
C. Stereotyped and repetitive use of language, or idiosyncratic language
D. Lack of varied, spontaneous make-believe, or social imitative play appropriate to developmental level

3. Restrictive repetitive and stereotypic patterns of behavior, interests, and activities, as manifested by at least one of the following:
A. Encompassing preoccupation with one or more stereotyped and restricted patterns of interest that is abnormal either in intensity or focus
B. Apparently inflexible adherence to specific nonfunctional routines or rituals
C. Stereotyped and repetitive motor mannerisms (e.g., hand or finger flapping or twisting, or complex whole-body movements)
D. Persistent preoccupation with parts of objects.

Delays or abnormal functioning in at least one of the following areas, with onset prior to age 3 years:
1. Social interaction
2. Language as used in social communication
3. Symbolic or imaginative play

Harap2 maklumat ni dapat membantu anda di luar sana. Better dapatkan intervention sebelum terlambat. Kalau dah lambat very hard to do therapy.

DEMAM..

Kesian anak Ummi yang sorang ni. Tak penah2 menangis tengah malam. Tiba2 malam tadi dia nangis punya la kuat kol 2 pagi. Ingat nak minum susu. Dah bagi susu pun nangis jugak. Ummi pun dukung la bawa jalan2. Laaaa.. patut la dok nangis sakan. Hari hujan, sejuk agaknya. Lupa Ummi nak pakaikan barut. Sekarang ni siang tak pakai barut, malam je pakai. Tapi malam ni apa sebab tah Ummi bleh lupa. Dah tua Ummi ni kan.


So after pakaikan barut, dia pun diam and tido sampai pagi. Hishhh teruk betul Ummi ni. So pagi ni bila bangun dia meragam sikit. Nangis kuat2. Nak kena dokong je. Rasa badan cam panas sikit. Nak demam agaknya anak Ummi ni. Kesian betul laaa..


Isi minyak yu yi kat perut, belakang ngan tapak kaki. Pastu pakai topi ngan stokin.





Tak lama pastu dia tido. Sampai saat ini asyik tido je. Bangun kejap samada minum susu or dia nak pastikan Ummi dekat dgn dia. Kalau lambat respon, dia nangis kuat2. Huuhuhuh.. dah belaja nangis kuat2 ye..

ALISSA DAN HOMEWORKNYA...

Semalam ada open house depan umah ni. So by 6 pm Ummi ready2kan anak2. Alissa ngan baju princessnya.. All the time nak baju princess. So 4 of us pegi laa.. Papa awal2 lagi dah jalan menonong ke depan. Bukan nak tolong bawa anak2. Sabo jelah.. Menunya bihun/mee/kuey teow either tomyam or kari. So Ummi makan bihun tomyam. Alissa ngan papa makan kuew teoy tomyam. Pastu ada rendang ngan lemang and kuih muih. So apa lagi.. bedal makan laaa.

Balik umah Ummi suruh Alissa buat keje sekolah. Dua tiga menjak ni malas beno nak buat keje skolah. Sampai boleh cakap 'Ummi, Isha malas nak pegi skolah' or Isha nak tido lagi'. This time no excuse. Nak kena jerit tak pun cubit je. So dengan hati yang malas dia pun buat la keje skolah 'tulisan jawi'. Dan bbrp minggu ni asyik keje skolah untuk hujung minggu ialah tulisan jawi. Minggu lepas lagi teruk - sampai 5 pages dia kena buat. So Ummi paksa gak tulis walaupun tak cantik. Yang penting belajo menulis jawi tu. Jangan sok beso2 tak reti baca jawi lak. Ummi walaupun sangkut2 tapi bleh la jugak baca jawi.

Nampak tak huruf apa dia kena tulis.. Nga gitu..


Bukannya tak pandai nak tulis. Malas je lebihnya. 'Ummi, tolong la buat' takpun 'Ummi, Isha tak pandai'. Sabo jelah. Yang ghain tu boleh plak buat sendiri and dapat tiga bintang lagi.

KASUT BARU..

Huhuhu.. Raya Ummi tak beli apa2 pun untuk diri sendiri. Yang penting lepas untuk anak2. Pas raya, cam nak beli sesuatu untuk diri sendiri. Dah lama tak reward myself. Apa salahnya kann.. Memandangkan selipar keje cum kasut keje dah buruk bebeno (padahal Ummi baru beli aje) so Ummi bercadang untuk beli kasut baru. This time a very diffrerent one. Nak beli kasut penuh gitu. Dah berapa lama tinggalkan kasut penuh ni. Dulu2 rajin laa... Sekarang no no no.. Tapi kasut baru ni, Ummi beli kasut penuh. Jangan tak cayer lak..




Taraaaaaaaa.. That's my new shoes.. Mulai Senin ni Ummi akan pakai kasut ni pi keje. Dah lama tak bergaya ok. Sekali sekala apa salahnya.. Tapi oh kasut, jangan pulak ko makan kaki aku nanti.

CITER TENTANG MAXIS

Ingat lagi tak pasal apa Ummi hangin ngan MAXIS? Citernya camni.. Dulu masa pakai MAXIS, semua ok. 2-3 bulan ni bil melambung2. Bila tanya ngan papa, dia kata mana tau. Ummi lagi la, pakai pun lam RM 50 je sebulan. Tapi apsal bil tinggi sgt. Tapi ada la papa ngaku yang ada sebulan tu dia pakai banyak untuk bayar game. Tapi yang herannya ni tiap2 bulan bil tinggi. So papa check ngan MAXIS centre. Rupa2nya internet unlimited dia dah ditukarkan jadi 3G je. Kalu guna lebih kena bayar. Pastu customer service dia asyik dok kol suh bayar. Mana tak bengang kalau hari ni bayar RM 300, sok suh bayar lagi. Giler ke apa dok ari2 nak bayar bil. Dah laa service tak bagus mana. Balik kampung Ummi kat Raub tu pun takde internet line. Buat penat bayo jeee... Duit customer diaorg nak cepat2 tapi service cam hampeh..

Sebelum ni dah cakap ngan papa suh tukar CELCOM tp wat derk aje. Bila dah jd camni, baru nak take action. Tu laaaa kan dah cakap dulu...



Terima kasih jelah MAXIS yeee.. Loyal customer korang tak nak jaga. Konon nak dapatkan customer baru. Apa2 jelah...

Saturday, October 2, 2010

MAXIS VS CELCOM

Semalam Ummi ngan Papa gi both of this centre - MAXIS centre and CELCOM centre. Gi MAXIS pasal nak pay everything and stop the service. So orang tu kata akan terima bil lagi next month, kiranya final bil laa. Kalau kitaorg guna lepas bayar everything semalam, dia akan chargekan. Kalau tak ,kena bayar RM 0.00 jelah. Kitaorg tak tutup terus sbb nak pakai no yang sama. Yelah susah la pulak bila nak guna no lain. Dah 10 tahun kitaorg guna no ni. Kira loyal customer la ngan MAXIS. Tapi bila jadi camni Ummi pun hangin la jugak satu badan. Nanti Ummi citer pasal apa nak marah ngan MAXIS ni.

So kitaorg pegi la pulak CELCOM Centre. Dua2 ni dekat2 aje. Senang keje. Parking kat satu tempat, pastu jalan gi dua2 centre. Punyalah senang nak register. Lam masa 15 minutes, settle everything. Comparison antara dua company ni

MAXIS - principal kena bayar RM 50, subline RM 30. Internet (dulu2 papa ambil unlimited, RM 99) So total kena bayar dalam RM 180 untuk line sahaja without using it.

CELCOM - principal kena bayar RM 50, subline RM 5. Internet (blom register lagi -ingat nak ambil broadband rege RM 58). So total RM 55 and kalau register internet later baru lam RM 113. Berapa banyak dah bleh jimat. Walaupun tak tau lagi service dia camne, tapi sebab hati sakit sangat ngan maxis so takpelah. Ummi bukan jenis yang suka tepon2 org ni. SMS pun malas. Org tu bagitau ada 20 jam free talking and 1500 free SMS between principal and subline. So Ummi kata ngan papa, pas ni call2 selalu. SMS pun biar byk2 sebab dah free. Ni tak SMS pun jarang2, kol lagi la bbrp saat je.. Rugi tak ambil peluang yang ada.
Yang MAXIS dulu Ummi tak tau pun berapa dia bagi free untuk talking and SMS.

Apa2 pun harap2 jgn jadi cam ngan MAXIS dulu. Bengang mmg sangat bengang..

ADRIANA DAH MENIARAP DENGAN JAYANYA....

Dah bbrp hari tak masukkan entry. Penat sesesangat ngan keje yang tak penah habis. Memang la takkan habis pun. Dah seminggu sejak Adriana belaja meniarap. Lam masa bbrp hari je dia dah boleh meniarap dengan jayanya. Mula2 dulu tangan tak lepas lagi. Skrang ni bukan main lagi. Jap2 dia dok pusing and meniarap. Non stop. Bila dah penat terus tido. Kat umah babysitter pun sama. Dok meniarap tak berenti2. Mulut pun sama bising. Takpe la sayang oiii.. Janji dah dapat skill yang baru.



Sungguh2 anak Ummi meniarap...




Tgk tu. Gigih betul nak maintain kepala dia..



Bleh tgk kiri kanan lagi. Sebelahnya kakak tengah main games. Adik tumpang tengok jelah...

Nampak tak rambut Adriana? Dah tumbuh dah rambut dia. Blom la panjang lagi tapi dah nampak la lam 1 cm. Ok la tu. Nnt2 panjang la rambut adikkan. Bila kepala dah botak nampak tembam la pulak adik ni..

Jangan nanti bila dah asyik meniarap, berat pun turun. Risau gak Ummi. Yelah skrang pun babysitter cakap kurang minum susu. Dia asyik syok meniarap. Takpe, wait and see la adikkan.